Monday, August 30, 2010

with yana n the gang

Hri tu berbuka pose gan geng2 kelantan,ari ni gan geng mix..haaaha..I mean gn geng lain lak.YANA N THE GANG. Dlm kls konsultasi ag ktorg planning nk berbuka kat luar.Kelam kbut ckit sebb xde keta yg leh disewa. Sume nk berbuka kt luar kot.
But,tetibe je ade yg bg no tpon keta kancil tuk disewa.Per ag,grab je la.lgpon sewa xmhl,1 jam 5 inggit jew.huhu

Tepat jam kul 6,kitorg berlima iaitu dr kanan(mcm kwad lak)-CIK IDA,CIK YANA,CIK AIN,CIK LIN N SAYER! HEHE.Tempat mkn pilihan adalah RAKYAT TOMYAM...dkt je gn pekan Tg Malim.




Ni la kedai mkn RAKYAT TOMYAM.plih seat dlu...





k lin tgh plih menu dlu. ktorg tgu turn tgk menu




lps order,ktorang blah jap.Lgpon wktu berbuka lmbt ag.p jln2 kat pekan .Tgk tudung n bju2 rya..huhuhu




pstu lps g jalan2 kat pekan,trus p kdai mkn td.WAH...mknn dh smpaiii. NI GMBR BEFORE MKN..HEEEHE.Ape lg,mulakan dengan doa makan.





NI GMBR AFTER MKN..HEHE.alhamdulillah.licin pinggan.

packing time...

Sunyi r kolej.Pakat2 blik kg sume pdahal cutinye mgu depan(4.9).Kat surau pon jemaah dh kurang.Dalam rumah ak pon dh dua org blik.Rumate blik pg td.Mlm ni tdo sowang2..huhu.Nasib baek bulan pose..heehe.
ak n rumate sibuk je duk packing beg2 awl2 lg..tkut2 nti nk blik xsempat..hohoho



beg my rumate.. xisi byk brg ag tu...



ni beg ak..stu je beg br settle.ade 2 beg ag...hahaaa



Ak de bli beberapa brg nk bwk blik kg.Hadiah hr rya untk adik2...kesian diorng berharap ak bli per2 yg diorng xjmpe kt kg kan.



bju rya untuk adik2 ku..aina n ainman.



brooch n gelang kristal ni untk my mum n ain





keropok yg ak n kwan2 bg nama keropok roda or stereng!nk wt blik kg utk raye..rm 15 satu..

Kena Saman!!!

Apelah nsib ak mgu ni.Kna saman gan JHEPA!huhu.Ak rse bkn besar pon kslhn ak-just pakai SANDAL. Tp tu r,klau dh buku disiplin dh tls xleh pakai sandal,nk wt cmne kan.Dh nk dkt ujung sem ni kopak la duit nk byr...Ak xtaw pulak kls kat Proton City pon diorng jaga.Selalu ak pakai sandal p kls ok jer...

Dh memang kerja diorng jaga tatatertib pemakaian pelajar



surat jemputan ke bhgn perundangan pelajar.naik mahkamah la aku coz ni dh kslhn kedua..hohoho




see?ape kslahn saye?hehee...





ni la SANDAL ksygnku yg xleh pakai dah.Kat UPSI xleh pakai cmni.SALAH!



ha.....yg ni sure lulus punyer lau pakai.ksut bertutup cmni la yg blh pakai msk kuliah.Bakal cikgu katakan..tp jgn lak pakai kst sukan dgn bj krung.xsesuaiiiiii

Wednesday, August 25, 2010

BERBUKA PUASA

Sedey la buke pose semalam...sebab semalam hr last nk berbuka dengan kwn2 rapat coz diorng dh nk blik kg.Ak je yg blik lmbt.Sem ni dh la sem last berpuasa bersama,pastu diorng lak blik awl..huhu...Walaupun xsume kawan2 join buke pose ni,xkisah r.Yg ptg memori bersama.Dalam 7 org p berbuka iaitu An,Dila,Tini k Gie,Linda,Ida n AKU..HUHU. Kiteorang x p berbuke pose jauh pon, hanya di kedai bapa saudara kawan yang dekat dgn kolej KHAR N KUO.Senang nk blik nti ade bus.


pilih tempat duduk dulu

Kiteorg pergi lepas solat mangrib sebab kalu pergi time org nk berbuka,sure penuh kedai2 makan.Makan dulu kueh kat umh,pastu br tempah mknn berat.



Lama juga tgu mknn sampaI.Macam- macam topik dibualkan tp xsmpai gak mknn.Nasib baik dah makan kat umah..huhu..kalu x,berangin jugak.SABAR..SABAR..





Bila makanan sampai,sume terus je makan,xtgk dah org lain.





Last ,smpai gak mknn aku,Bihun tomyam..Yummy..


Chicken chop pon order jugak.Kawan aku punyer..hehee

Lesen Oh Lesen

Dah lama sebenarnye ak belajar kereta ni.Dari sem lepas ag sehingga lesen L pon kena renew.So cgu memndu ak suruh cepat ak test JPJ tkut lesen L mati ag.Tension r ak coz minggu ni bz sgt.Masa xde nk luang utk bljr kereta.Minggu ni memang mnggu yang membuatkan hati aku x tenang.Sebab ak kena test ujian memandu kereta padahal ak memang xmahir langsung..kawalan stereng pon x ok.Gear asyk tertkar je.Tp,oleh krn ak nk lesen sblm raya,ak p jugak belajar memandu. Fuh, nsib baik ak sempat memahirkan diri.

Pada hari nk test tu(selasa), aku memang bangun awal sebb xleh nk tido duk fikir boleh x ak buat .Dahla ak tengahari tu ade midterm kaunsling kanak- kanak.Ak dah bagtaw awal2 dekat lecturer,Cik Emi yg aku xdapat hadir mid term.Tapi cik Emi suruh ak datang juga,sbb klu ak xdatang,ak sorang je akan jawab soalan esei.Orang lain jawab soalan objektif n struktur. Nasib baik ak sempat pergi kls kerana test JPJ tu hbs kul 12.Kelas kul 1.

Oleh kerana aku smpai awal kat sekolah memandu IMK tu,ak n member 2 orang lagi asyik duk mengingat kembali step atas litar n jalan raya.Tengok je kereta JPJ masuk,aku dah mula gelabah. Masa JPJ bagi taklimat,nmpak mcm ok jer JPJ yg akan menguji aku kejap ag.Tapi xtahu la orangnya jensi mcmna.Tgk luaran mcm ok.Kurang skit rasa tkut aku.

Lepas dpat nombor,terus je pergi dekat litar sebb nk wt bukit.memang nervous tahap tertinggi r aku time ni.Muka dah pucat,tangan menggeletar.Orang lain pon same je mcm aku gak..huhuu

Kul 10 .00 pg bru start test kereta. Tibe je turn ak bawk kerete,ak pon pergi la amik kereta kancil .Tp xsyok nye sbb masa bljr keta bru,tp nk test kereta buruk.Dengan lafaz Bismillah dan memakai taling pinggang keledar,ak pon naik bukit dengan slow2 sambil memastikan tayar pijak garisan kuning. Alhamdulillah,lps je tgk tyr pijak grsn kuning,ak trik handbrek.pastu angkat tangan dekat penguji.Slow2 ak tekan minyak dan clutch dan lepaskan clutch slow2 sambil hand brek ditrunkan.

Lps je bukit,wat 3 penjuru n parking.Nasib baik xlanggar tiang.Ak duk dlm keta tu punye la tkut,tkut terlanggr tiang n takut kereta mati enjin masa 3 penjuru. Nasib semua ok.JPJ pon panggil aku untuk sign n pergi ke jalan raya plak. Fuh,dah lepas bahagian dalam litar memang rase lega.Tunggu bahagian di jln ry lak.Selalunya bila ak bawa gan cgu memandu kat jalan raya,mesti enji mati or gear xmsuk. Tapi nasib baik bila gan JPJ semua ok.Mybe JPJ yg duk tepi aku tu hensem kot..ahahhaaaa..Aku dapat markah 17/20 sebab markah lulus dia 16/20.Bila aku tgk dkt kertas yg JPJ tanda tu,rupanye ak telah melakukan 3 kesilapan:
1.tidak mrmbrtulkan cermin pandang depan dan belakang
2.Tidak menggunakan gear tangan dengan betul semasa berhenti di persimpangan
3.Tidak menggunakan gear yang sesuai dengan kelajuan



APe pun,aku dh lps ujian yg plg dtkuti ni..Ucapan syukur ke hadrat ilahi.Raya ni ak beraya dengan lesen kereta.hahahaa..( walaupun xde kereta kat umah).TATAAA

plastisine !

Sape xsuke kan kalu pergi kelas leh enjoy...leh main2,leh jd kanak2. Tp,main2 jgk,tujuan main tu kena tahu gak taw.Sem ni kelas yg paling diminati aadalah kls kaunseling kanak-kanak. Nak thu knape? sebb dlm kls ni boleh main2..hahaa....xcaye yer..tgk la..mgu lps main gan miniature animals,mgu ni main gan plastisin plak.Sebenarnya kalu ikut buku suruh guna clay,tp xde clay kat cni so lecturer gunakan plastisin.

Best taw,bukan sekadar main.Yg ptg kena aplikasi dalam sesi kaunseling individu dengan kanak- kanak nanti.
Tahu tak ape tujuan kita gunakan plastisin ni?meh nk habaq .Dengan plastisin ni,kita dapat bantu kanak- kanak bercerita tentang mereka dari aspek "merasai, mendalami dan meluahkan" emosi utama.Bila guna media seperti plastisin ni,ia bukan sahaja membantu kanak- kanak mengekspresi pelbagai emosi, tetapi juga menjadikan ia lebih kreatif dan satu cara simbolik sebagai perwakilan individu,objek,perasaan dan isu.


Tengoklan ape yg kami semua buat dengan plastisin dalamm kelas tadi.Lecturer sibuk buat sesi dengan kumpulan lain,kami pulak sibuk main dengan plastisin..huhu.


ni yg kwn2 aku buat...

Sunday, August 15, 2010

YEAYH..DAPAT SIJIL..



Kursus pra perkahwinan.Itulah aktiviti aku pd hjg mggu ini.Aku dah dapat sijil yg penting dlam hdup ni,klau xde xleh kahwin.Ak n k lin,tergerak hati nk ambik kursus kahwin awal walaupun kwan2 lain x nak dftar ag.Aku dftar awal bukan sebab gatal nk kahwin (calon xde ag..heehee)..tp ak tkut di masa hadapan yuran naik n kot2 xde mse nk amik.Mjur juga aku amik di bulan puasa,yuran dia hanya rm 70 je sbb ditolak makanan dan minuman. Kita xthu kan ape yg berlaku di masa dpn.Senang ati bile dh amik awl ni tp aku xbgtaw family aku lagi,tkut kena kahwin awl..haahaa.

So time jd pelajar ni la nk amik peluang ,masa pon byk terluang,baik aku isi dengan menghadiri krsus ini.Kursus diadakan di bangunan e-learning UPSI pada 14,15 Ogos.Ustaz yg beri ceramah pon sume best2.Penerangan yg diberikan memang mantap!




para peserta kursus khusyuk dengar ceramah

Antara pengisian kursus yg boleh aku kongsikan adalah:

Hari pertama
1)aqidah islamiah
2)fiqh ibadah
3)perkahwinan dan prosedur
4)akhlak
5)hubungan dengan keluarga

Hari kedua
1)komunikasi
2)pengurusan stres,konflik dan kaunseling
3)pengurusan kesihatan
4)pengurusan kewangan dan masa
5)pembubaran perkahwinan


antara kandungan ceramah yang disampaikan

Friday, August 13, 2010

EDISI KHAS RAMADHAN

Salam...aku bersantai2 petang jumaat ni smabil surf internet.Juadah berbuka sudah dibeli,tunggu azan sahaja.Sedang aku bersenang lenang ini, kawan serumahku telah memberikan satu risalah ramadhan yang aku rasa patut disebarkan ilmu dan peringatan ini kepada orang lain.
:)

Dari Ali r.a yang bermaksud:
sesungguhnya amalan yang paling sulit ada empat perkara:

1.memberi maaf pada waktu marah
2.suka memberi pada waktu susah
3.menjauhi yang haram pada waktu sunyi
4.mengatakan yang hak kepada orang yang ditakuti atau kepada orang yang diharapkan sesuatu



JIKA HARTA IBARAT RACUN,
MAKA ZAKATLAH PENAWARNYA,
JIKA UMUR MEMBUAHKAN DOSA,
MAKA TAQWA DAN TAUBATLAH UBATNYA,
JIKA SELURUH BULAN ITU PENUH DENGAN NODA,
MAKA RAMADHANLAH PEMUTIHNYA...

Thursday, August 12, 2010

Miniature animals

Hari pertama puasa..best sgt ari ni sbb dalam kelas subjek Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak.Cik Emi dah pesan seminggu sebelum kelas suruh beli patung berbentuk haiwan yang kecil sebab nk praktis n berlakon jd kanak2..huhu.. kak liin belikan aku seekor lady bird..comel taw..hhuhu


NI LA MINIATURE ANIMAL..ADE YG KAMI BELI..ADE YG CIK EMI PUNYER

Tujuan penggunaan miniature animal adalah untuk membantu kanak-kanak bercerita tentang cerita mereka dari aspek perhubungan.Melalui miniature animal ini juga,kita boleh meneroka perhubungan lepas,semasa dan akan datang antara diri kanak- kanak dengan orang lain.

Kami semua dlam kelas terasa macam bdak2 baru dapat mainan.best sgt2...memang enjoy kls ni..tq cik emi...hehhee


SEMPAT AG SNAP PIC..TGK LA MINIATURE ANIMAL ATAS MEJA TU...


CIK EMI SEDANG BAGI PENERANGAN..KAMI SEMUA KHUSYUK DGR..

salam ramadhan

Syukur ke hadrat Ilahi aku masih lgi punya waktu untuk menikmati ramadhan tahun ini.Alhamdulillah kolej dengan surau dekat je..Jalan kaki pun smpai..Ini memudahkan lagi aku menunaikan terawih.Time tak bz sgt gn asgmt ni la nk turun ke surau..Masa hari pertama,penuh Surau Al-Falah dengan jemaah-jemaah .Harap2 di minggu seterusnya pun penuh jugak la.
Kli ni bazaar di kolej berubah tempat.Klau dulu depan dengan surau,sekarang beralih dekat dengan pintu utama.Bazaar pun bertambah berbanding dahulu.Ini memberi peluang untuk pelajar dan orang luar berniaga.Di sini ade tip yang diambil dari sumber : http://www.utusan.com.my/ :

Setiap orang yang mengerjakan puasa perlu mematuhi beberapa peraturan dan adab yang boleh menyempurnakan ibadah tersebut. Antara yang terpenting adalah:

1. Menjaga lidah daripada berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena-mengena dengannya;

2. Memelihara mata dan telinga daripada melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh syarak dan yang sia-sia;

3. Mengawal perut daripada merasai makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur syubhat terutama ketika berbuka dan berusaha sedaya mungkin untuk menghasilkan pemakanan yang halal lagi bersih.

Ulama silam pernah berpesan: “Apabila kamu berpuasa maka perhatikanlah apa yang akan dijadikan makanan berbukamu dan di manakah kamu akan berbuka?” Ia adalah panduan yang terbaik bagi mengawasi diri daripada terjebak dengan unsur-unsur makanan yang tidak halal;

4. Berusaha menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan daripada mendekati atau melakukan maksiat dan perkara yang sia-sia. Dengan demikian ibadah puasanya akan suci dan sempurna. Terdapat ramai yang memenatkan diri dengan berlapar dan berdahaga, membiarkan diri terdorong kepada perlakuan dosa dan noda, kerana itu puasanya rosak binasa dan keletihannya tidaklah berbaloi sebagaimana maksud sabda Rasulullah s.a.w.: Ramai yang berpuasa tidak mendapat ganjaran daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga. (Riwayat an-Nasaei)

Meninggalkan maksiat menjadi kewajipan kepada seluruh orang Islam sama ada mereka sedang berpuasa atau tidak. Apatah lagi bagi yang berpuasa, ia lebih dituntut dan diwajibkan. Sabda Rasulullah, Puasa itu adalah ‘perisai', sekiranya seseorang daripada kalangan kamu sedang berpuasa janganlah dia bercakap kotor, melakukan keburukan dan berbuat bodoh. Jika ada orang lain yang mengejinya atau cuba memeranginya maka hendaklah dia katakan kepada orang itu: “Saya sedang berpuasa.” (Riwayat Bukhari dan Muslim);

5. Jangan membanyakkan tidur pada siang harinya dan makan pada malamnya, bahkan bersederhanalah pada kedua-duanya bagi menyelami kejerihan lapar dan dahaga. Dengan demikian sanubarinya terkawal, keinginan nafsunya kurang dan hatinya ceria. Itulah rahsia dan intipati puasa yang perlu dicapai;

6. Jauhkan diri daripada mengikut dorongan nafsu ketika berbuka dengan beraneka jenis makanan yang lazat-lazat. Sebaik-baiknya adat makannya sama sahaja pada bulan puasa dan bulan-bulan yang lain. Penggemblengan diri dalam mengurangkan tuntutan jasmani dan keinginan perasaan memberikan kesan yang positif terhadap kecerahan hati nurani yang amat dituntut terutama pada bulan Ramadan.

Mereka yang menjadikan keinginan nafsu perut sebagai tunggangan akal ketika berbuka yang menyalahi kebiasaan pada bulan-bulan lain sebenarnya terpedaya dengan pujukan iblis. Rayuannya bertujuan menghilangkan barakah (berkat) ibadah puasa mereka, nikmat limpahan ketenangan daripada Allah s.w.t., kekhusyukan diri ketika bermunajat dan berzikir kepada-Nya.

Kenyang

Sepatutnya orang yang berpuasa mengurangkan kadar pemakanannya sehingga terserlah kesan puasa itu kepada dirinya. Kekenyangan adalah punca kelalaian, kealpaan, keras hati dan malas untuk taat kepada Allah s.w.t..

Sabdanya: Takungan jelek yang dipenuhkan oleh manusia adalah kantong perutnya, memadailah baginya beberapa suapan yang dapat meneguhkan tulang belakangnya. Jika dia enggan maka berikanlah sepertiga (bahagian perutnya) untuk makanan, sepertiga kedua untuk minuman dan sepertiga terakhir bagi pernafasannya. (Riwayat Ahmad dan at-Tarmizi)

Terdapat ulama yang mengungkapkan kata-kata berikut: “Sekiranya perutmu kenyang anggota-anggota lain akan lapar (akan menurut turutan nafsu) tetapi sekiranya perutmu lapar kesemua anggotamu akan kenyang.”

As-Salaf as-Soleh (mereka yang terdahulu) mengurangkan perkara kebiasaan dan dorongan diri serta memperbanyakkan amal ibadat pada bulan Ramadan secara khusus bahkan itulah adat mereka sepanjang masa;

7. Tidak menyibukkan diri dengan urusan duniawi pada bulan Ramadan, bahkan mengambil kesempatan bagi beribadat kepada Allah dan mengingati-Nya sebaik mungkin. Justeru, dia tidak melakukan perkara duniawi melainkan sekadar keperluan hariannya atau kepada mereka yang berada di bawah tanggungannya. Demikian yang selayaknya dilakukan pada bulan Ramadhan yang mulia ini sama seperti pada hari Jumaat yang sepatutnya dikhususkan bagi amalan akhirat;

8. Mempraktikkan amalan sunah seperti segera berbuka apabila masuk waktunya, berbuka dengan buah tamar (kurma) dan jika ia tiada memadailah dengan segelas air serta melambatkan makan sahur.

Nabi s.a.w. berbuka dahulu sebelum Baginda mengerjakan solat Maghrib. Sabda baginda: Umatku sentiasa berada dalam keadaan baik (berkat) selama mana mereka mempercepatkan berbuka (apabila masuk waktunya) dan melambatkan makan sahur. (Riwayat Bukhari dan Muslim);

9. Menyediakan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa sekalipun dengan beberapa biji tamar atau segelas air. Sabda baginda s.a.w.: Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa baginya ganjaran seumpama pahala orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya (orang yang berpuasa). (Riwayat al-Baihaqi dan Ibnu Khuzaimah)

10. Memenuhi malamnya dengan amalan sunat seperti solat terawih, witir dan sebagainya.

Adalah dinasihatkan kepada para imam supaya tidak mempercepatkan solat terawihnya seperti mana amalan kebiasaan di masjid dan surau.

Perbuatan tersebut menjejaskan mutu ibadat solat tersebut kerana meninggalkan ‘wajib-wajib' solat seperti meninggalkan tomakninah semasa rukuk dan sujud, mencacatkan bacaan al-Fatihah sebagaimana sepatutnya lantaran ingin kecepatan dalam mengejar waktu sehingga menyebabkan makmum di belakang tertinggal rukun-rukun penting dalam solatnya. Amalan terawih seperti itu adalah tidak sempurna dan berkurangan pahalanya.

Oleh itu berwaspadalah terhadap cara demikian dengan kembali mengamalkan ibadah solat seperti waktu-waktu lain, menyempurnakan kiam, bacaan al-Fatihah, rukuk, sujud, khusyuk, hadir hati dan semua peradaban solat dan rukunnya.

Bagi makmum pula disyorkan supaya sentiasa bersama imamnya sepanjang solat terawih itu sehinggalah selesai sama ada 20 rakaat ataupun lapan rakaat. Sabda Rasulullah s.a.w., Apabila seseorang menunaikan solat bersama imamnya sehinggalah imam itu (selesai dan) beredar, dikirakan untuknya (makmum) pahala kiam semalaman. (Riwayat an-Nasaei)

- NAZMI AIDARUS ialah Pegawai Hal Ehwal Islam, Jabatan Mufti Negeri Terengganu.

Saturday, August 7, 2010

BENGKEL TOT

Bengkel Latihan Jurulatih Karnival Usahawan & ICT 2010 & Multimedia Kratif( 7-9 Ogos 2010 di De Palma Hotel,Ampang.



Aktiviti hari pertama
1.pendaftaran
2.ice breaking
3.makan malam
4.aktiviti bebas
5.beradu

Aktiviti hari kedua
1.pagi:membuat blog,belajar audacity dan photostory
2.petang:team building-meneka pergerakan yag dibuat ahli dalam kumpulan
3.malam:ceramah keusahawanan
4.beradu

Aktiviti hari ketiga
1.pagi-pengurusan acara
2.bentang photostory
3.taklimat karnival u & i 2010
4.tengahari:pemberian sijil,hamper dan check out




belajar membuat blog


lps tu bljr ptong2 lagu guna audacity


ceramah kepentingan bidang keusahawanan


sesi bergambar
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NUFFNANG

GuaBlog.com