Saturday, December 11, 2010

selamat tinggal TANJONG MALIM





pintu masuk UPSI..abadikan di sni...


salam 1 malaysia..penatnyerrr
xhbs2 ag duk packing brg dr smlm.blik td dr pekan tdo kejap,bgn2 tgk jam dh pukul 4.
cpt2 kne sttle sume sbb MLM NI BLIK KG! yahoooo

bila dh sem akhir ni,brg2 bertimbun2,ingatkan skit ke..tp skli simpan,ha...
bersusun beg ak.huhuhu..cmne la nk naik bus mlm ni..

ak sedey nk tinggalkan bumi tg malim yg baru kucintai ini..
selama 3 thun stgh ia berbakti kpdaku,cewaah..
mcm bunyi ak ni peladang di sni lak..


SEDEY NK TINGGALKAN HOUSEMATE c104
..kerana di rumah ini ak mengenal erti setia,berkorban dan berjuang.


SEDEY NK TINGGALKAN KWN2 PEND.BIMBINGAN N KAUNSELING sesi 07/08
...kerana di dalam blik kuliah ak bljr bergaul,bertolak ansur.


SEDEY NK TINGGALKAN BLOK C,KOLEJ AMINUDDIN BAKI
...kerana di sini ak mngenal hdup berdikari.


SEDEY NK TINGGALKAN UPSI ..kerana di sini
ak mengenal ilmu kaunseling.


SEDEY NK TINGGALKAN TG MALIM ..kerana di sini
ak belajar naik bus...



simpang 4 nk p UPSI,kuil,proton city n pekan tg malim


kuil yg sguh besar betul2 tepi simpang


tempat menunggu bus di kolej kediamanku,KAB



kolej aminuddin baki


tini n sue sdg menghayati pemandangan tg malim dr jejantas tuk kali terakhir


kalau bus p pekan lambat sgt,kite org lalu atas jejantas ni p pekan,dkt skit..


dr ats jejantas tu nmpk sbhgian pekan tg malim.yg plg nmpk adalah KFC..dr sni dh leh bau kfc..menggoda2 ak untk p perabih duit kt stu..huhu


jangan x tahu dkt bus stop tg malim ade lampu mcm i-city.lalalalala




bus stop tg malim..kejap ag ak nk tgu bus mahligai di sinilah


orang kata tg malim pekan koboi..tp ak xkisah sbb kat mane2 pon duit still hbis gak kan wlpon kedai2 kt sni biasa je..yg plg besar supermarket ak rase GRAND UNION je kot..huhu

Friday, December 10, 2010

BERAKHIR PENYEKSAAN

Alhamdulillah...
dpt jugak ak tgk hasil kerja buat ak selama dua semester ni.
Pagi2 lgi tunggu dkt makmal kimia dua untk amik tesis yg
dijilid di situ...
fuhhhh...lega bila tgk 6 buah tesis aku duk depan mata.

Macam nk menangis beb nk settle bende ni...
tahap degree pun punyer susah nk wt tesis,
xtaw la cmne bdk master nnti..tabik spring r...



tgokk..fresh2 ag tesis br amik..duk dlm kotak ag..xsbr tol nk cr nma aku..hahaa




sampai 6 buah ak jilid..padahal yg wajib jilid 3 jer,1 untuk penyelia,penyelaras,fakulti...tp ak buat lebih sbb KPM nak jugak,sekolah tmpat ak wt kajian pon mintak n yg pling ptg DIRI SENDIRI..ak jilid untk diri ak la..nk tunjuk dkt anak cucu cicit nanti.lalalala




inilah hasil titik peluh ak.nti tesis ak akan diletakkan di library UPSI(tue pon kalau dpat A)..huhuu..mcm2 ujian nk wt bnde ni,print xusah ckplah,mcm bersedekah je duit kat CC tue..kalau salah format penulisan or margin lari,kena print ag.kalau sehelai xpe,ni 100 muka surat.kopak la duit ma abah ak.Naseebbbbb ak baeeeekkk skit sbb ak ade printer ak sendiri.pastu tumpang printer kwan bile ink dh low.biase la beb..ni bru namanye menggunakan sepenuhya perkhidmatan printer tu..




edisi saya sayang printer saya...

Wednesday, December 8, 2010

DALAM HATI ADA TAMAN

benih cinta ditabur dalam persahabatan,

dibajai pula kasih dan sayang,

tumpang berputik bila kwn tersenyum suka,

hati berbunga bila kwn2 dah berpunya,

berbunga jd sejambak bila kwn2 berbahagia,

terbina taman bila kwn2 nk kahwin.



mulut banyak berkata2,

ttg hidup dan cinta,

ttg bicara dan berita,

skrg kita biarkan tinta,

menulis dan bercerita.



idea datang mencurah,

tak payah nk perah,

tapi ni bukan sakit parah,

masa depan masih cerah,

walaupun tak jadi pensyraah.



bukan nak berucap,

hanya nak bercakap,

dari kacamata kanta lekap,

manusia semua nak lengkap.


ku tidak pnda nak bermadah,

takut terima padah,

tapi aku cuba beri faedah,

guna pelbagai kaedah.

aku yg berfalsampah....

luka luaran boleh diubat,
luka dalaman sudah berkarat,
tambah pula jika dibiar melarat,
tanpa ingatan pda akhirat.

kte bukan malaikat,
x kira duk jauh atau dekat,
cpt amik telekung n pelikat,
menuju jalan yang berkat.


org yg sedih tak semestinya menangis,
org yg ketawa tak semestinya suka,
org yg mrh tak semestinya tak syg,
org yg ganas tak semestinya tak lembut.

Pendaftaran BlogLarian 2

Pendaftaran BlogLarian 2: "Assalamualaikum...



Kepada semua rakan blogger, lama tak update en3 sejak sibuk dengan BlogLarian. Kali ni tentang BlogLarian juga, memandangkan pendaftaran dah ramai, maka terpaksa buat Borang pendaftaran baru. Kepada yang nak join bloglarian, sila buat seperti yang dinyatakan



1) Pastikan ada Banner BlogLarian

2) Jadi Follower BlogLarian

3) Lengkapkan Slogan 'Saya suka berblogwalking kerana....' (tidak lebih 30 patah perkataan)

4) Tag 3 orang rakan atau lebih

5) Beritahu rakan tag anda tentang BlogLarian

6) Akhir sekali Masukkan tajuk dan link en3 tadi dalam komen ini bersama tajuk blog untuk disenaraikan

contoh:

Furdunesia@nline

http://furdunesia.blogspot.com....



Kepada yang sudah mendaftar di Bacto.blogspot.com, diharap jgn mendaftar lagi untuk proses kemaskini. Terima kasih

Sumber:

Furdunesia@nline
"

Tuesday, December 7, 2010

CARI PERBEZAAN

hanya gambar jadi kenangan...



mse muda2 dlu..sem 2 kot..



sem 7..dh nk hbis..sume nmpak lain


dh cuba besarkan gambr,tp mcm xcun r..jgn di cri ak di sni,
sure x nampak punyer.. xcam bila ramai2 gni..hehe

tgu la 5 tahun lagi,sure orang2 dlm gmbr ni berubah dr segi
fizikal,kematangan dan mungkin dah datang berdua..hehehee

apa ertinya...

Ingat sejadah sahaja tak bererti,

kalau kita tak reti,

tanya dulu pada hati,

ingatkah aku pada mati,

yang sentiasa menanti ,

cukupkah amalan untuk di nisab nanti,

layakkah aku d syurga jannati?



sebelum kita bersemadi,

di alam abadi,

cermin dulu peribadi,

dosa dah berbaldi-baldi,

pahala pula hanya kurus melidi,

tidak malukah kepda YA RABBI?



Perjalanan hidup masih jauh,

kita perlu melabuhkan sauh,

bukan di dahan yang rapuh,

supaya keimanan dapat menyuluh,

mengelakkan hati dari hancur luluh,

bagai dihiris sembilu buluh,

dilakukan tanpa mengeluh,

itulah tanda keimanan yang kukuh.

tesis

tesis buat duit ku mlayang bagai layang2,

terbang dgn bayang2,

makan pon x kenyang,

mcm duit 2 ak xsayang.


x buat dapat susah,

kalu dh buat lg susah,

sape yg kisah,

bila kita keluh kesah,

nak jilid n sah,

mujur ada tikar sejadah,

boleh juga ku bermujahadah...



inilah ak slpas wt tesis,

siap boleh beri hipotesis,

termasuk juga sintesis,

ak juga leh hipnosis,

tgk ape yg x kena sis!


msih xhbs lg cerita ak ttg tesis,td br ak pi jilid,
tp ari jumaar br dpat amik.
hati xtenang slagi tesis siap dijilid n siap dhantar.

yela,sume org dh siap,ak xnak la duk lama dkt kolej
gara2 proses penjilidan tesis yg lambt coz lagi lama duk kolej
kediaman,lagi byk kena byar.
kolej dh tetapkan slpas 11 dis2010,sape nk stay kolej ak kena bayar
RM 4.00 sehari...wa...ak xnakkk...
duit dh la xde,nk byr mende tu lagi,pastu nk
beli tket blik kg lgi....



tesis2 inilah yg mnjdi rujukan aku n rakan2 slama 2 semester.bilik tesis menjadi bilik kunjungan yg wajib jika p library.

Sunday, December 5, 2010

MUHARAM

AWAL MUHARRAM

Wahai Tuhanku, berikanlah daku ilmu hikmah, & hubungkanlah daku dgn orang2 yg Sholeh [Al-Syura':83]

Muharram merupakan bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Hijrah Rasulallah dari Mekah ke Yathrib kiraan bulan dibuat mengikut tahun masihi. Hijrah Rasulullah telah memberi kesan besar kepada Islam samada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah & syiar Islam itu sendiri.Pada asasnya, Muharram membawa maksud "diharamkan" atau "dipantang" iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Mekah. (Al Baqarah 91).Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas & ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan tersebut.

DIANTARA AMALAN YG DISUNATKAN DLM BULAN MUHARAM :
1. Berpuasa.
Maksud Hadis:Brgsiapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharram pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun.
Maksud Hadis:brgsiapa yg berpuasa tiga hari dalam bulan Muharram iaitu hari Khamis, Jumaat & Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
2. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir & sebagainya.
3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijjah selepas Asar sebanyak 3X
4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3X

Abul-Laits Asssamarqandi meriwayatkan dgn sanadnya dr Ibnu Abbas RA berkata: Nabi SAW bersabda yg bermaksud;
Brgsiapa yg berpuasa pd hari Assyuuraa' yakni 10 Muharram, maka Allah akan memberikan kpdnya pahala 10,000 malaikat;
dan barangsiapa yg puasa pada hari Assyuuraa', maka akan diberikan pahala 10,000 org Haji dan Umrah, dan 10, 000 org mati syahid;
dan siapa yg mengusap kepala anak yatim pada hari Assyuuraa', maka Allah akan menaikkan dgn rambut satu darjat.
Dan brgsiapa yg memberi buka puasa org mukmin yg berpuasa pd hari Assyuuraa', maka seolah2 memberi buka puasa semua umat Muhammad
SAW. dan mengenyangkan perut mereka.

Sahabat bertanya; Ya, Rasulullah, Allah telah melebihkan hari Assyuuraa' dari lain-lain hari.
Jawab Rasulullah: Benar!.
Allah telah menjadikan langit dan bumi pada hari Assyuuraa',
dan menjadikan Adam juga Hawa pada hari Assyuuraa';
dan menjadikan Syurga serta memasukkan Adam di syurga pada hari Assyuuraa';
dan Allah menyelamatkan dari api neraka pada hari Assyuuraa';
dan menenggelamkan Fir'aun pada hari Assyuuraa';
dan menyembuhkan bala Nabi Ayyub pada hari Assyuuraa'
dan Allah memberi taubat kepada Adam pada hari Assyuuraa';
dan diampunkan dosa Nabi Daud pada hari Assyuuraa';
dan juga kembalinya kerajaan Nabi Sulaiman pada hari Assyuuraa';
dan akan terjadi Qiyamat pada hari Assyuuraa'

Abul-Laits meriwayatkan dgn sanadnya dari Ikrimah berkata; Hari Assyuuraa' ialah hari diterimanya taubatnya Nabi Adam. Dan ia pula hari turunnya Nabi Nuh dari perahunya. Maka ia berpuasa syukur; dan ia pula hari tenggelamnya Fir'aun dan terbelahnya laut bagi Nabi Musa a.s. dan Bani Israil. Maka mereka berpuasa; kerana itu jika dapat; engkau berpuasalah pada hari Assyuuraa'.

Abul-Laits meriwayatkan dgn sanadnya dari Muhammad bin Maisarah berkata; Bahawa siapa yg melapangkan pada keluarganya pada hari Assyuuraa', maka Allah akan meluaskan rezekinya sepanjang tahun itu.

Said bin Jubair dari Ibn Abbas r.a. berkata; Ketika Nabi SAW. baru hijrah ke Madinah, mendapatkan kaum Yahudi puasa pada hari Assyuuraa'; maka tanya kepada mereka tentang itu. Jawab mereka; "Hari itu Allah memenangkan Nabi Musa a.s. dari Bani Israil terhadap Fir'aun dan kaumnya. Maka kami puasa kerana mengagungkan hari ini". Maka sabda Nabi SAW.; "Kami lebih layak mengikuti jejak Musa dari kamu". maka Nabi SAW. menyuruh sahabat supaya berpuasa.

AMALAN SUNAT PADA 10 MUHARRAM
Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):

1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya- Allah akan melapangkan hidupnya pd tahun ini.
2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
3. Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bg tiap2 rambut yg disapunya.
6. Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
8. Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pd tahun itu. Lafaz niat: "Shj aku mandi sunat hari Asyura krn Allah Taala."
9. Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.
12. Membaca "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer". Fadilatnya - Tidak mati pada tahun ini.
13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
14. Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.
.
Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda, "Seutama2 puasa sesudah puasa bulan Ramadan ialah puasa bulan Muharram dan seutama-utama solat sesudah solat fardu ialah solat malam". (Sahih Muslim)

Abu Musa Al Madani meriwayatkan dari Ibnu Umar r.a.; "Brgsiapa yg berpuasa pada hari Asyura adalah seperti berpuasa setahun & siapa yg bersedekah pd hari Asyura adalah bagiku bersedekah setahun." (HR Albazzar)

Dari Abu Qatadah Al-Anshari r.a. katanya Rasulullah s.a.w. ditanya org tentang puasa hari arafah. Jawab baginda, "Semoga dapat menghapus dosa tahun yg lalu dan yg akan datang". Kemudian Nabi ditanya pula tentang puasa hari asyura. Jawab baginda, "semoga dapat menghapus dosa tahun yg lalu".(Sahih Muslim)

Dari Aisyah r.a. katanya "Biasanya org Quraisy pada masa jahiliah berpuasa pada hari asyura & Nabi s.a.w. pun berpuasa. Ketika Baginda tiba di Madinah, Baginda juga berpuasa pd hari asyura & menyuruh org lain berpuasa juga". (Sahih Muslim)

Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, ketika Nabi s.a.w. tiba di Madinah, Baginda melihat org yahudi berpuasa pada hari asyura. Nabi pun bertanya, "Hari apa ini ?". Jawab mereka, "Hari ini ialah hari yg baik. Pada hari ini Allah melepaskan Bani Israil dari musuh mereka, kerana itu Nabi Musa berpuasa kerananya". Sabda Nabi, "Aku lebih berhak daripada kamu dgn Musa". Oleh itu Nabi berpuasa dan menyuruh org lain berpuasa pada hari asyura. (Sahih Bukhari)

Rasulullah s.a.w. bersabda; "Berpuasa kamu pada hari ke sembilan dan sepuluh Muharam dan jangan meniru cara orang-orang Yahudi." (HR Al Baihaqi )

Bersabda Rasulullah SAW: Sesiapa yg berpuasa sehari dlm bulan Muharram maka baginya menyamai 30 hari berpuasa."

Bersabda Rasulullah SAW : "Sesiapa yg berpuasa pada 10 Muharram maka ALLAH anugerahkan pahala 10 ribu ibadah para Malaikat, dan dikurniakan pahala 10 ribu syuhada' (mati syahid), dan dikurniakan pahala 10 ribu pahala Haji dan Umrah"

Bersabda Rasulullah SAW : "Sesiapa yg melapangkan kesempitan keluarganya pada 10 Muharram maka ALLAH melapangkan kesempitannya sepanjang tahun tersebut."

Bersabda Rasulullah SAW "Seafdhal-afdhal puasa selepas puasa Ramadhan ialah puasa dalam bulan Muharram dan seafdhal-afdhal solat selepas solat fardhu ialah solat pada 1/3 malam 10 Muharram"

Bertanya para sahabat : "Wahai Rasulullah ! Apakah kelebihan 10 Muharram berbanding dgn hari2 yg lain ?" Sabdanya :
- ALLAH menciptakan langit, bintang dan sebagainya pada 10 Muharram
- ALLAH menciptakan gunung-ganang pada 10 Muharram
- Diciptakan lautan pada 10 Muharram
- Diciptakan Qalam (pena untuk menulis amal manusia) pada 10 Muharram
- Diciptakan papan tulis (Luh Mahfuz) pada 10 Muharram
- Diciptakan Adam a.s. pada 10 Muharram
- Dimasukkan Adam a.s. ke dalam syurga pada 10 Muharram
- Dilahirkan Ibrahim a.s. pada 10 Muharram
- Diselamatkan Ibrahim a.s. dari api Namrud pada 10 Muharram
- Diselamatkan anaknya Ismail a.s. dari sembelihan pada 10 Muharram
- Ditenggelamkan Fir'aun pada 10 Muharram
- Diampunkan dosa Daud a.s. pada 10 Muharram
- Dilahirkan Isa a.s. pada 10 Muharram
- Dikeluarkan Idris a.s. daripada perut ikan Nun pada 10 Muharram
- Disembuhkan penyakit Ayub a.s. pada 10 Muharram
- Diangkat Isa a.s. ke langit pada 10 Muharram
- Diterima taubat Adam a.s. pada 10 Muharram
- Dianugerahkan tahta kerajaan kepada Sulaiman a.s. pada 10 Muharram
- Diciptakan Arasy pada 10 Muharram
- Awal-awal hujan yg turun dari langit pada 10 Muharram
- Awal-awal rahmat diturunkan pada 10 Muharram
- Diselamatkan bahtera Nuh a.s. daripada tenggelam pada 10 Muharram
-
" Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi terang" (Ar-Ra'd:28)

Firman Allah SWT didalam surah Yasin ayat 65; yg bermaksud ……`Pada hari Kami tutup mulut mereka, dan berkatalah kepada Kami tangan mereka dan memberi kesaksian kaki-kaki mereka terhadap apa yg dahulu mereka usahakan'.
Sesungguhnya Allah SWT menakdirkan kebaikan dan keburukan dan sebab-sebab di antara keduanya. Dia-lah yang telah menentukan taqdir-taqdir dan mengatur sebab-sebabnya.
Wallahua'lam.

Sebagaimana Ibnu Abbas ra mengatakan: “Jika datang Hari Raya, hari Asyura’, hari Jumaat yang pertama dari bulan Rajab, malam Nisfu Sya’ban, Lailatul Qadar, dan malam Jumaat, roh-rohnya para mayat semua keluar dari kubur mereka dan mereka semua berdiri di pintu-pintu rumahnya seraya berkata: “Belas kasihanlah kamu semua kepada kami di malam yang berkah ini dengan sedekah satu suap, sebab kami memberikan sedekah. Jika kalian bakhil dengan sedekah, dan kamu sekalian tidak mahu memberikannya, maka hendaklah kalian mengingat kami dengan bacaan surah Al-Fatihah di malam yang penuh keberkahan ini.

berkarya

Aku menulis untk kenangan,
aku menulis untk ingatan,
aku menulis untuk perkongsian,
aku menulis untk kehidupan.

Maju ke hadapan,
mara ke depan,
tidak menoleh untk masa silam,
tidak berpaling untuk masa kelam.

Seiring dengan pegangan,
sejalan dengan pedoman,
kejayaan dalam genggaman,
kebahagiaan dalam tangan.

Tiada batasan dalam berkarya,
selagi diri mampu berdaya,
menggunakan semua deria,
supaya hidup bertambah ceria,
hati pula riang ria.

wonderful travelling

letihnyaaaa..
ak bru je smpai dr kmpung kul 8.00 mlm.
penat tgu bus nk balik kolej lgi,penat
sbb perut lapar lagi.

mGu lepas,ari khamis ak ke terengganu sbb ak jd
urusetia KARNIVAL KEUSAHAWANAN N ICT di FELDA JERANGAU,
TERENGGANU. slpas tu, ak rushing blik ke kmpng di klntan
sbb dkt je klu naik dr kuala terengganu ke kota bharu,dalam
2 jam n tmbang hnya 14 ringgit.
sampai kampung dlm kul 12.oo tgh malam n pg esoknya
ak beli tket blik tg malim.
xpenah lagi ak blik kg sehari .
xpuas woo...

blik kg wlaupun hujan n xleh p mane2 ak xkisah pon,
asalkan bersama gn family,mkan xcukup pon xpe asal ma
abah ade depan mata.

msa nk pergi td ma dh pesan suh blik cpt n jg diri sbb
ak blik sowang diri je ke TM ni.kwn2 lain msih kat kolej.
Demi tesis, ak snggup berhbis duit dtg blik cni,huhuhu...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NUFFNANG

GuaBlog.com