Ingat sejadah sahaja tak bererti,
kalau kita tak reti,
tanya dulu pada hati,
ingatkah aku pada mati,
yang sentiasa menanti ,
cukupkah amalan untuk di nisab nanti,
layakkah aku d syurga jannati?
sebelum kita bersemadi,
di alam abadi,
cermin dulu peribadi,
dosa dah berbaldi-baldi,
pahala pula hanya kurus melidi,
tidak malukah kepda YA RABBI?
Perjalanan hidup masih jauh,
kita perlu melabuhkan sauh,
bukan di dahan yang rapuh,
supaya keimanan dapat menyuluh,
mengelakkan hati dari hancur luluh,
bagai dihiris sembilu buluh,
dilakukan tanpa mengeluh,
itulah tanda keimanan yang kukuh.
No comments:
Post a Comment