Thursday, February 25, 2010

MAULIDUR RASUL

Alhamdulillah,dipanjangkan umur lgi untuk mnyambut maulidur rasul pada tahun ini.
Teringat ketika sekolah dahulu,setiap tahun perarakan dengan melalui jalan- jalan sekitar kawasan kampung berhampiran sekolah.
Dimeriahkan lagi dengan selawat puji-pujian dan kain rentang memuji junjungan besar.

Di sini ada sedikit info yang diambil dari http://www.al-azim.com/masjid/rabiulawal/maulud.htm.
Seperti kelaziman tahunan, umat Islam di Malaysia akan menyambut hari sempena keputeraan Rasulullah saw pada 12 Rabiulawal setiap tahun.Umat Islam di Malaysia akan mengadakan berbagai aktiviti dalam acara sambutan Maulidur Rasul. Kerajaan Malaysia mengisyhtiharkan 12 Rabiulawal setiap tahun adalah cuti umum. Diantara acara-acara dalam sambutan Maulidur Rasul ialah Perarakan, Syarahan, Forum, Marhaban dan Jamuan di peringkat kampung sehinggalah ke peringkat kebangsaan.

Objektif diadakan sambutan Maulidur Rasul ialah untuk mengembalikan ingatan kita umat akhir zaman terhadap junjungan besar kita Muhammad Rasulullah saw. Dengan mengingatinya akan menambahkan lagi perasaan cinta kasih kepadanya serta mengenang, menghargai serta mengambil iktibar kisah suka duka perjuangannya. Walaupun sambutan Maulidur Rasul ini adalah satu adat sahaja tapi ia adalah adat yang bersifat ibadah dan wajar diteruskan, InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NUFFNANG

GuaBlog.com