Saturday, October 9, 2010

Tesis-BERSYUKURLAH

Penat sgt sem ni.
Tesis memang buat ak xsenang hti.
Semalam p SHAH ALAM utk kutip data kajian.
Kajian ak spesel ckit,sbb byat di
SM PENDIDIKAN KHAS VOKASIONAL ,SHAH ALAM.
Orang lain sume di sekolah biase je.
Sbb ak punyer kajian ttg kecenderungan kerjaya dlm
klgn pelajar cacat pdengran.Tu yg pergi kat sni.





Ak n kwn 3 org bertolak dr TG MALIM pul 8 .00 pg lagi,
smpai sana dkt kul 10.00 pg.Kaunselor kat skolah ni,
ak pggil KAK RA sahaje sbb dier akak member ak.Baik sgt.
Ak x pernah masuk skolah pendidikan khas taw,
ni la kali pertama.Rase lain skit suasana kat cni.

Kak Ra bawak melawat bilik kaunseling untuk
bincng pasal soal selidik kami.
Kami bukan boleh main bagi soal selidik ni taw,sbb
pelajar di sni bukan seperti orang biasa,mereka istimewa
n memerlukan bantuan kami dalam setiap perkara.
Sambil2 tu Kak Ra tnjuk satu bilik terapi untuk
pelajar berkeperluan khas ni,
bahan2 dalam blik ini mahal dan diimport dr England.


BOLA YANG BERCAHAYA...AK XSEMPAT TANYA APA FUNGSI DIA DALAM TERAPI




ANTARA BAHAN DAN PERALATAN DALAM BILIK TERAPI

Lepas jumpe pengetua n kaunselor,keluar jp sbb
nti petang bru leh edar soal selidik.
Kami amik peluang pusing2 SA.
Pastu singgah TESCO SA,nk beli buah tgn
untuk sekolah.


TESCO SHAH ALAM



cari2 brg dlu



Amik jer gmbr KFC ni,tp x singgah mkn pon.:(



Pada sbelah petang ,dalam pukul 5 kalau akau x silap,
semua pelajar dari kategori masalah pembelajaran, bisu dan
cacat pendengaran berkumpul di dewan makan.
Aku n kawan2 agak runsing sbb tgh fikir cmne la nk berkomunikasi n terangkan
kalu diorang xfhm soalan?
Ak dh get ready dgn pen n kertas nk melukis n tlis ape2 kalu
diorang x fhm.
Nasib baik Kak Ra n kawannya yg lain tlog kami berinteraksi.

Satu pengalaman baru bagi aku sbb ak xpernah berjumpa dgn pelajar
berkeperluan khas ni secara dekat.
Aku dekati mereka seorang demi seorang.
Cuba bayangkan soal selidik aku ( SOAL SELIDIK JEPI DARI JOHN HOLLAND)
punyer la byk item.192 item!
Ak terpakse gunakan bahasa isyarat .Tu pun kaunselor di stu
beri tunjuk ajar.Klau diorang xfhm jugak, ak lukis
dalam kertas.

Ak sempat belajar beberapa bahasa isyarat yang mudah seperti:
1.TERIMA KASIH
2.SUDAH SIAP
3.SUKA?
4.TIDAK SUKA?
5.FAHAM?
6.MESIN

Sori lah sbb dlm blog ni ak x taw cmne nk tunjuk cara2 buat isyarat tu.
Gmbar pon xsempat nk amik.

Nsib baik ade pelajar yg boleh bercakap membantu aku semasa
menerangkan maksud setiap soalan.
Bila hbis je kutip semua soal selidik yang memakan masa hampir 2 jam,
ak rasa lega sungguh.


Semasa dalam kereta hendak balik,
Ak menginsafi diri...
Sangat2 bersyukur dilahirkan sempurna.
Ak rasa nak menangis bila ak tgk pelajar2 ni..
Muka mereka sume suci bersih.
Cuba bayangkan kita tidak boleh bercakap dan tidak dapat mendengar?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NUFFNANG

GuaBlog.com