Saturday, March 30, 2013

RINDU MEMBUAK-BUAK

Tanggal 22 mac 2013 bermula perjalanan ke Tg Malim menaiki komuter. Kebetulan pula membawa para pelajar menyertai kursus kepimpinan di Kolej Aminuddin Baki, UPSI.
kursus kepimpinan SMK WARISAN PUTERI bersama fasilitator JAWATANKUASA MAHASISWA KOLEJ AMINUDDIN BAKI, UPSI

Dah lama tinggalkan Tanjong MaliM, rindu membuak-buak .Perjalanan memakan masa selama 3 jam setengah bermula dari stesen komuter Seremban, transit sekejap di Rawang dan meneruskan ke stesen komuter Tg Malim. Walaupun penat, tapi  tidak bosan kerana permandangan amat berbeza dari menaiki bas.

Dari jauh datang ke mari,
Datang bersama teman-teman,
Tanjong Malim menggamit memori,
Di sini tersimpan berjuta pengalaman.
 pelajar penuh dengan pelbagai  , guru pengiring pula penuh dengan lawatan ke kampus UPSI..huhu
permandangan dari atas bas kampus baru UPSI
kampus lama UPSI di depan SITC...tempat aku konvokesyen, sekarang dan tak konvo di sini, ditukar di kampus baru UPSI

teringat zaman belajar dulu, dewan kuliah adalah rumah kedua...
on the way ke Tg Malim menaiki komuter

tidak lupa juga melawat Perpustakaan Tuanku Bainun


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NUFFNANG

GuaBlog.com