Saturday, September 1, 2012

SAMPUL DUIT RAYA THE RED WARRIORS

Salam Merdeka Raya.
 Actually aku xde perkara pun nk di update, tp sebab  boring xtaw nak buat apa (padahal ade je kerja sekolah ) aku share  ckit lah pasal sampul raya yang aku dapat..Dapat sampul kosong je , tu pun rembat adik punyer..hehe..memang tahap umur aku skrg ni tak MELAYAKKAN menerima duit rya,  ak pulak kena bagi duit raya..TP tak kisah pun.
Thun ni ak kumpul lagi sampul duit raya, cuma masalahnye cmne la ak boleh lupa nk amik gmbr. Yang ade kat tangan aku pulak hanya sekeping je smpul raya, tu pun sebab ak amik nk tunjuk dkt pelajar2 aku. KORANG ADE TAK MACAM AKU ADE? hhehehe



Sokongan padu kami pada TRW sehinggakan sampul duit raya pun ade taw..hehe
Sambil2 tu ak nk selit sikit gmbr raya aku untuk tahun ini ..




Sunday, August 5, 2012

kalau dah dapat cuti, duduk je kat umah...

salam Nuzul QURAN. Hari ni sekolah aku amik cuti peristiwa, so xpyh bgn pagi hari ni..huhu..
tp aku ni jns rjin p skolah, td terasa nk p skol untuk amik brg, bukan pagi sangat, dah tengah hari bebenor, kul 12 pulak tu.
Lepas amik barang, saje lalu depan pejabat, kononnya nk tunjuk muka sikit kat pengetua kata aku time cti pun rajin dtg.
Pengetua nmpk aku terus panggil..panggil ade niat tu..ak ingat saje die nk tye kbar ke ape..rupe-rupenye die nk bagi keje..huhu..PADAN MUKA aku..hoho..
 org bagi cuti nk p skol, kan dh dpt keje tambahan.

Nie antara keje yg pengetua bagi...
~ TUBUHKAN UNIT SIARAYA (radio sekolah), latih pelajar untuk jadi DJ, berani bercakap

~sediakan satu TEMPAT DI DINDING SEKOLAH untuk pelajar buat luahan perasaan,diorang boleh conteng, boleh buat ape saje asalkan xconteng tandas dan perabut sekolah


~gantung BENDERA untuk bulan kemerdekaan


~ade masa, buat la BLOG untuk PENGETUA,  tlg UPDATE sekali..(ni ak ase dh jd kaunselor serba boleh ni)

Saturday, August 4, 2012

AKADEMI RAMADHAN..menuju puncak takwa

Selamat berpuasa diucapkan....
Jika ada masa terluang, bacalah buku karya ABDUL RAZAK MUTHALIB ini.Lain dari buku biasa.
Apa yang dapat aku simpulkan setelah membaca buku setebal  64 ms ini  memudahkan aku memahami bulan penuh barakah ini.
Pengarang telah mengibaratkan:

RAMADHAN sebagai sbuah SEKOLAH @ U,

UMAT ISLAM sebagai PELAJARNYA,

setiap pelajar akan melalui MINGGU ORIENTASI iaitu dengan MEMPERBANYAKKAN PUASA SUNAT BULAN SYAABAN.

PENGAJIAN bermula apabila tibanya SATU RAMADHAN di mana buku panduan adalah AL QURAN.

SILIBUS WAJIB utk pelajar adalah TAHAN DIRI DARI MAKAN DAN MINUM SERTA PERKARA MEMBATALKAN PUASA.

digalakkan pelajar  memilih SILIBUS PILIHAN iaitu BERTERAWIH, BERSAHUR DAN LEWATKAN SAHUR, BYKKAN SEDEKAH,TADARUS, JAMU ORG BERBUKA dan IKTIKAF 10 MLM TERAKHIR.



Sunday, July 8, 2012

di sini segalanya bermula...





  SMK WARISAN PUTERI,SEREMBAN. Tarikh 23 mei 2012 adalah tarikh keramat aku mendaftarkan diri untuk berkhidmat sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah atau bahasa mudahnya jadi cikgu la..hehehe

Add caption
 
Add caption




Saturday, July 7, 2012

MENGHILANG BUKAN BERERTI TIADA...

Inilah post pertama aku untuk tahun ini.Banyak perkara ynag berlaku, asenyer belum bersedia lagi untk berkongsi.Banyak perubahan telah berlaku, terutama dari segi kerjaya...alhamdulillah..sdg meniti laluan kerjaya impian.

tapi...sebelum aku mdpt kerjaya impian ini,aku suka nk berkongsi kerja ini..jgn pndg remeh dengan babysitter...sbb melalui kerja inilah aku menjdi seorang wanita yang penuh sifat keibuan..chewaaah..ehehhe.

Inilah kekasih hatiku...










Saturday, January 21, 2012

kembali lagi!

bru ade kesempatan update blog.berada di kg,
rase malas pulak nk ke cc .
banyak kerja lain lagi dari menghadap komputer.

sekarang ak tgh berdebar2 sebab nak menghadiri temuduga
oleh SPP(SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN).
x taw bila akan dipanggil tapi temuduga akan berjln dari
30 FEB hingga 16 MAC.

moga 2 semua berjln lancar.

Friday, August 5, 2011

salam ramadhan .


Firman Allah SWT yang bermaksud:

Wahai orang-orang yang beriman! diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa. (al-Baqarah: 183)

Puasa mendidik dan membentuk muslim bersifat sabar dalam apa jua situasi dan keadaan. Sabar yang paling kuat adalah sabar dalam melawan kehendak nafsu ammarah dan sering mengajak tuannya ke lembah kejahatan dengan melakukan perkara-perkara haram dan menjauhkan dirinya daripada melakukan ketaatan kepada Allah SWT.

sumber: http://jejakjejaka.wordpress.com

RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERPUASA!

ISTIADAT KONVOKESYEN KE 13









Hari penuh bersejarah dalam lipatan pengajian aku adalah hari jumaat, 29 jul 2011.
Istiadat konvokesyen ke 13 telah diadakan di dewan SITC,UPSI dan aku mendapat
segulung ijazah yang diimpikan selama ini.
penat berhempas pulas 4 tahun terasa berbaloi.
yang paling penting, pengorbanan yang diberikan ibu bapa dan keluarga amatlah besar
dan aku sangat2 menghargainya.begitu besar pengorbanan dari segi tenaga, kewangan dan juga sokongan yang tdak berbelah bagi .

sayu hati ini sebenarnya ketika menerima ijazah.sayu kerana selepas ini, aku akan menghadapi cabaran yang sgt2 berbeza di dunia pekerjaan yang sama sekali tidak sama dengan dunia pengajian.

ucapan tahniah dari kawan2 tidak ptus2 ditrima. semoga selepas ini, kita semua akan dapat posting dan berjaya dalam kerjaya dan berjumpa lagi .

Wednesday, July 27, 2011

SEMAKIN HAMPIR!


Alhamdulillah, hanya tinggal dua hr lg .
Jumaat ni. 29 julai 2011 mncatat sejarah besar
dalam dairi hidup ak.
ISTIADAT KONVOKESYEN KE 13 UPSI .
4 tahun berhempas pulas
dengan pElbagai tugasan bagi melengkapkan lagi
pengajian IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN BIMBINGAN
DAN KAUNSELING, UPSI.

Tidak sabar rasanya hendak berjumpa kawan-kawan dan memakai jubah.

ak berharap semua akan berjalan lancar.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NUFFNANG

GuaBlog.com