Thursday, July 16, 2009

S.P.I.E.S

Salam.Baru- baru nie(sabtu n ahad..11-12 Jul 09) saya n kengkawan,lin,tini n an p satu kem pembangunan modal insan kat Ampnag Pecah,Kuala Kubu Baru.ERM,bes la jugak...Sebenarnya kitaorg just tulis je nama bila ade kawan bagitau nk p ker x satu prgram tanpa bertanya progrm ape.tambh2 ag saya n geng memang suka tambah pengalaman.huhu..Bas yang ambil ktorg tue ade campur gan bdk- bdk luar iaitu dari ITKAU..Mula- mula dengar xtaw ape benda 2..pastu tye la gan bdk2 dlm bus,rupenyer Institut Kulinari..hehee..Sampai jer kat K em tue,ase macam pelik jer sbb semuanya bdk2 lagi..kira remaja lah.Kitorg jer yg plg tue..huhu...yela,peserta prgrm tu kebanyakan umr 16,18...muda belia ag..Tapi bila dah bercampur gan bdk2,dengn kiter2 skli jd bdk..huhu..Org kata nk jd muda,rasa mu n kelihatan muda kena la bergaul gan bdk- bdk..huhuhu.Peserta lain yang terlibat adalah dari Darul Quran n ade la beberapa kolej lagi.

Memang bes r prgram ni,sebab didedahkan dari pelbagai sudut seperti fizikal,sosial emosi dll.Ade peserta di situ bertanya kami ni masih sekolah ker?perasan kitorg jd bdk skol..huhu.ade plak yang kata umur 16 tahun...hehehee..mula- mula kami mengiyakan jerr..tp bila nk balik kami bgtau the truth..huhuhuhu

Korang taw x ape 2 S.P.I.E.S ?First sy pon x taw..jap,nk cerita pasal prgrm ni dulu.Rupe-rupenye prgrm ni under ngri Selangor utk anak- anak Selangor,ptut la ade lagu ngri Selangor.Saya n geng je tibe2 tercampak dkat prgrm ni..huhu.Ia adalah atas keprihatinan kerajaan negeri Selangor menerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan,Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan.S.P.I.E.S merupakan Spiritual,Phyical,Intellectual,Emotional dan Social.Pe pun,lau nk taw lebih lanjut,layari jer www.spies.selangor.gov.my.

Tuesday, May 5, 2009

TAZKIRAH

1-Omar bin Al-Khattab r.a ketika diatas mimbar, katanya: Saya telah mendengar Rasulullah saw bersabda: sesungguhnya segala amalan itu disertai dengan niat, dan sesungguhnya bagi tiap-tiap seorang apa yang diniatnya. Maka barangsiapa berhijrah kerana dunia mendapat habuannya atau kerana perempuan yang akan dikahwininya maka hijrahnya kepada sesuatu yang ia berhijrah kepadanya. (AlBukhori:sohih)

2-Harith bin Hashim telah menanya Rasulullah saw, katanya: Hai Rasulullah, bagaimana datangnya wahyu kepada engkau? Maka Rasulullah menjawab: kadangkala datang kpdku seperti bunyi loceng, dan itulah yang sangat memeranjatkan aku, kemudian menjauhi ia dpd ku, hingga aku benar-benar sedar dan faham sesuatu yg disampaikan, dan kadangkala datang kepadaku seorg malaikat berupa lelaki lalu menyampaikan kepadaku, maka aku telitikan sesuatu yg disampaikan. Berkata Aisyah r.a.: demi Allah, sesungguhnya aku lihat Rasulullah ketika turunnya wahyu pada hari yg bersangatan sejuk setelah ia lenyap dpd nya, maka mukanya berpancaran peluh. (AlBukhori:sohih)

3-Drpd Muaz bin Anas ra bahawa Rasulullah saw bersabda, "sesiapa yg meninggalkan pakaian yg indah dgn tujuan merendah diri kpd Allah, sedangkan ianya mampu berbuat demikian, maka Allah memanggilnya pada hari kiamat dihadapan orang ramai, kemudian Allah menyuruhnya memilih pakaian yang ia suka dpd berbagai-bagai pakaian orang yg beriman. (Attarmidzi: )

4-Dpd Amru bin Shuaib dari ayahnya dan dari datuk lelakinya ra katanya: Rasulullah saw telah bersabda "sesungguhnya Allah mencintai dan suka bila melihat segala kesan kenikmatan yg diberikan kpd hambanya" (Attarmidzi)

Monday, May 4, 2009

AL-KULIYYAH

Fadhilat Membaca Bismillah


Membaca Bismillah setiap kali melakukan sesuatu pekerjaan atau perbuatan sebenarnya memberi kebaikan yang sangat banyak. Allah sendiri memerintahkan para malaikat supaya mencatat pahala bagi umat manusia yang membaca Bismillah.

Seseorang yang membaca Bismillah sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, akan aman dariapda gangguan syaitan, kecurian, maut yang mendadak dan bala. Sementara pasangan yang membacanya ketika hendak berjimak, akan melahirkan anak yang soleh dan bagi ibu bapanya kebajikan sejumlah tarikan nafas anak itu.

Membaca 41 kali Bismillah ke telingan orang yang pengsan, insya Allah dia akan segera sedar. Membaca 313 kali Bismillah serta 100 kali selawat ke atas Nabi SAW pada waktu pagi hari Ahad sewaktu matahari terbit dengan menghadap kiblat, insya Allah akan mendapat rezeki yang tidak terduga.

Bagi ibu bapa yang mempunyai anak yang bebal, eloklah dibaca Bismillah sebanyak 786 kali, kemudian ditiupkan pada air lalu diberi minum anak itu selama tujuh hari pada saat matahari terbit, insya Allah lenyaplah kebebebalannya. Perkara yang sama juga dilakukan kepada adik-beradik, suami, isteri atau sesiapa yang dimaksudkan.

Sesiapa yang membaca 50 kali Bismillah di hadapan orang orang zalim, akan tunduk dan takutlah orang zalim itu. Bagi perempuan yang hamil, tulislah 61 kali kalimah Bismillah hingga akhirnya dengan huruf Arab di atas kertas putih lalu sisipkannya ke perut wanita itu, insya Allah hidup anak yang dikandung itu.

Mereka yang berniaga, bacalah 786 kali di hadapan dagangannya lalu dihembuskan selama tujuh hari. Insya Allah dengan izin Allah akan majulah perniagaannya.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Menurut tafsir Hanafi, barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih-buih laut.

  • Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
  • Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
  • Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut.
  • Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
  • Mengucap La Haula Wala Kuwwata Illa Billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.
  • Mengucap Inna lillahi Wa inna Ilaihi Rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.
  • Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya. Mudah-mudahan ingatan kita sentiasa mengingati ALLAH maha pencipta dan kekasihnya Nabi MUHAMMAD Sallallahualaihiwassalam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NUFFNANG

GuaBlog.com