Saturday, October 13, 2012

kata-kata motivasi (part 1)

Aku ingin berkongsi beberapa kata-kata motivasi yang aku suka dan memberi semangat.Ada antara kata-kata ini dipetik dari filem, buku dan ada juga dari idea sendiri ...:)

1.SIAPA DIRI KITA DILIHAT SELEPAS KITA BANGKIT DARI KEJATUHAN.

2.DI MANA ADA AIR,
DI SITU ADA KEHIDUPAN,
DI MANA ADA KEHIDUPAN,
DI SITU ADA HARAPAN,
DI MANA ADA HARAPAN,
DI SITU ADA KEGEMBIRAAN.

3.SAKIT HANYA SEMENTARA TETAPI PENGAJARAN SELAMA-LAMANYA.

4.KEMARAHAN ORANG JANGAN DIBUAT, KESAYANGAN ORANG JANGAN DIAMBIL.


HIMPUNAN GURU MUDA 1M KPM

Inilah kali pertama program yang aku sertai kena bertolak seawal 3.45 pagi...adoss..mata mcm xleh nk buka bila alarm berbunyi pukul 3 pagi. Aku n kawan2 yang terpilih kena berkumpul di PPD Seremban dan perlu bergerak awal supaya dapat sampai di KEM TASEK UTARA, PUSAT KOKURIKULUM, JABATAN PELAJARAN JOHOR pukul 9.00 pagi.
Walau pun penat, puas hati sebab jumpa ramai kawan lama yang belajar bersama di UPSI dulu-LIN, NIK, AYU,FARAH, ILA, ZANA, MUNI, SALINA, ED, ZIZIE ...


Pameran dari Pendidikan Seni

pameran dari Kementerian Kesihatan




Perasmian oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran

Saya nak jadi cikgu...


YANG DEDIKASI...
YANG RAJIN...
YANG PENYAYANG...
YANG SABAR...
YANG KOMITED...


YANG SENTIASA AMBIL PEDULI
KEPADA SEMUA MURID SAYA...

KERANA SAYA
SAYANG GENERASI DAN
NEGARA SAYA.




BULAN BAHASA KEBANGSAAN

Jemputan ke majlis pelancaran  Bulan Bahasa Kebangsaan di Stadium Tertutup Nilai tidak disia-siakan pada 10 Oktober 2012.Walaupun meredah hujan bersama Pn Hamidah, kami tetap setia menanti sehingga majlis tamat.
Aku sempat menyalin beberapa bait puisi yang dibacakan oleh penggiat seni tanah air, Mazlan Tahir

HAKIKAT BAHASA,
BAHASA BUKAN SEKADAR DERETAN BUNYI,
BAHASA BUKAN SEKADAR DERETAN SUARA MEWAKILI AKSARA,
BAHASA BUKAN SEKADAR YANG DITANGKAP TELINGA,

BAHASA ASAS JATI DIRI,
BAHASA JUZUK DIRI YANG HAKIKI.

Ada lagi bait2 yang diucapkan tapi ak tak sempat nak tulis...

NEGARA TANPA BAHASA IBARAT JASAD TANPA ROH.




artis jemputan, Hattan menyampaikan lagu BISO BONAR dan RENDANG TIDAK BERBUAH

Sunday, October 7, 2012

SF BEAUTY PILIHANKU

Aku ingin berkongsi sedikit produk kecantikan yang aku pakai..SF BEAUTY namanya...
Bagi aku, ak sangat puas hati dengan produk ini kerana KULIT YANG DULU KUSAM ,LESU DAN BERJERAWAT hilang dengan cepat dalam tempoh seminggu. Kulit menjadi GEBU, HALUS DAN LICIN.

 infomasi mengenai SF -penemuan daripada sumber semulajadi untuk rawatan wajah yang ringkas .

SF BEAUTY mempunyai dua jenis produk iaitu ;
 1)KULIT NORMAL(rm 100 termasuk pos)  
 2)KULIT BERMINYAK (rm120 termasuk pos).

 Ia didatangkan dengan set iaitu:
~ 1 SF SABUN KECANTIKAN,
~1 SF KRIM MALAM
~1 SF KRIM SIANG

set SF BEAUTY untuk kulit normal

Sabun kecantikan-natural dan bersih dengan vitamin E menolong meningkatkan metabolisme kulit, merencatkan proses penuaan, mengurangkan kedutan dan mengekalkan kelembapan semula jadi kulit untuk rasa segar, licin dan bersih.
Krim malam-Bahan semulajadi dirumus untuk menghilangkan jeragat di samping memutih dan membersihkan kulit.
Krim siang-Sebagai pelindung UV disamping melembab,melembut dan menyihatkan kulit.

Panduan penggunaan:
1-cuci muka dnegan sabun 2 kali sehari
2-Guna krim malam pada malam hari sewaktu hendak tidur
3-Guna krim siang pada siang hari untuk pelindung UV

Kulit akan mendapat kelembapan semula jadi dalam tempoh 1-3 MINGGU

produk ini diluluskan Kementerian Kesihatan Malaysia:
SF BEAUTY SOAP NOT110600593K
SF DAY CREAM NOT110600954K
SF NIGHT CREAM NOT11060059


Sesiapa yang berminat sama ada sekitar SEREMBAN dan seluruh SEMENANJUNG serta Sabah Sarawak boleh sms saya :

(yaty~ 014-2990177 atau emel yatt_pmas@yahoo.com.my)



Sampai jugak akhirnya di Melaka!

Dari Pengkalan Balak ke Tanjong Bidara,
Mencari cencaluk di Melaka.

Dah lama nk p Melaka, bandaraya bersejarah...
Sabtu lepas ( 6 Okt 12) baru berpeluang berjalan-jalan di Melaka. Tapi xmasuk pun kawasan bandar, hajat di hati nk p A  Famosa, tapi ramai kawan2 yang posting Melaka kata jalan sangat sesak kalu nk masuk bandar.
Hajar dan suaminya yang baik hait bawak aku pusing-pusing Melaka, tak pergi bandar pun ..hanay sekitar Tanjong Bidara sahaja.

 Tapi tak lupa jugak bawak balik BELACAN dan CENCALUK..trademark Melaka tu...









DATANG MELAKA WAJIB PEKENA ASAM PEDAS DAN IKAN BAKAR,BARUTERANGKAT!



cendol leman dawi

 Entry yg sepatutnya update minggu lps br nk publish hari ni.. xsempat nak buka blog ..tambah- tambah sekarang ini bz dengan gerak gempur maju  PMR.Memang kena gempur habis-habisan budak-budak form 3 ni.
Ok, bdan pun dah letih, minda dah xleh nk wat keje, ape kaat segarkan anak tekak dengan CENDOL LEMAN DAWI. Minggu lepas  30 .9 .2012 bersamaan hari ahad yang indah  sempat la jalan2 sekitar Seremban. Pastu singgah dekat gerai Leman Dawi ni yang katannya sangat popular dan pernah disiarkan di kaca tv. Leman Dawi ni sangat peramah, tanya je pasal apa saja, insyaallah dia boleh cerita..sampai ak kesian tgk dia asyik bercakap je..ehhehe
Apa yang best kat gerai dia ni, harga tak mahal pun, dalam satu mangkuk cendol +kacang+jagung hanay RM2.50..air minuman seperti sirap dan barli percuma je..Pastu kalu kita nk tambah cendol or gula melaka or ais percuma jgk.tambah n makan sampai kenyang....




pemili kedai yang ceria, Leman Dawi

dah habis licin semangkuk cendol..xlarat nk tambah


time panas tengahari  cendol ini sangat2 melegakan tekak anda..:)

Saturday, September 22, 2012

PERKONGSIAN GEN Q ISU 10

3 pesanan agar hubunganmu terpelihara
Diriwayatkan daripada Abu Dzar al Ghifari beliau berkata:
'Rasulullah S.A.W telah bersabda kepadaku (maksudnya) :' bertakwalah kepada Allah di mana-mana sahaja kamu berada, susulilah kejahatan dengan sesuatu kebaikan dan berakhlaklah dengan manusia dengan akhlak yang baik.'(riwayat al- Tarmizi)

Pakaian kita identiti kita
 1.Sederhana berpakaian
2.Tidak menyerupai pakaian non muslim
3.Tidak berpakaian menimbulkan fitnah

Adab menegur
1.Cari waktu yang tepat
2.Merahsiakan nasihat,tidak menegur depan orang lain
3.Memahami kedudukan orang yang menegur
4.Teguran secara umum dalam urusan dunia dan agama
                                                                                          
  SUMBER: GEN-Q  ISU 10

NAK MENUNTUT ILMU ADOBE PHOTOSHOP DENGAN SAPE EK?

Minggu lepas meting di sekolah boleh dikatakan hampir setiap hari.Jadual meting minggu lepas:

selasa 18 Sept-TAKLIMAT PROFESIONALISME DI PPD SEREMBAN


rabu 19 Sept-TAKLIMAT PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU-what make a good teaching n mentoring
khamis 20 Sept-MESYUARAT UNIT HAL EHWAL MURID

Setiap kali selepas meting yang bermula pukul 3.00 petang dan akan berakhir jam 5.00 petang amat-amat memenatkan.Jangan ingat cikgu akan balik awal.Salah tu... waktu lepas sekolah lah adalah masa untuk pengurusan dan musyawarah bersama pihak pentadbir serta guru lain .Berbincang tentang cara meningkatkan prestasi para pelajar.

Ok, ak cume nk bagitaw dalam meting  minggu lepas ak dpat jawatan baru, EDITOR majalah sekolah..
Aku memang xde pengalaman tp akan cuba yang terbaik!

Dalam pada tu, puan pengetua nak aku buat biodata dia dalam bentuk yang lain dari kebiasaan. Apa yang aku faham dari dia nak adalah kalau boleh biar nampak gempak dengan layout dan gambar yang carntik.

Jadi, terpaksalah aku belajar menggunakan ADOBE PHOTOSHOP. ak bukan mahir gan bnde ni, kena try n error. disebabkan malas nk install, nanti laptop ak berat nk loading, ak  guna aplikasi ini:

http://apps.facebook.com/online_photo_editor/?fb_source=search&fb_appcenter=1#_=_

Fungsi hampir sama dengan photoshop, tapi terhad..boleh la try dari xde langsung ...

ni gmbar ak berjaya buat...bagi diriku, dah rasa kembang semangkuk..hahhah..xde la canggih mcam orang lain...




UNIK BETUL HANDPONE NI..NAK SEBIJIK!

 Sambil tunggu kawan aku pergi BANK ISLAM , ak sempat jalan-jalan dekat area bangunan kedai kasut BATA depan PERPUSTAKAAN AWAM N9. Boring kalau nak tunggu dalam bank tu.
Sambil-sambil jalan singgah la di satu kedai handphone. First ak tengok ak ingtkan dia jual handphone mainan, sebab casing handphone yang diberi nama LANBORGINI tue sebijik mcam tepon mainan.
Aku pun mintak la kakak yang jual tu tunjuk adaakah itu handphone betul atau mainan.

Tapi cantik n unik design dia, ade yang SLIDE dan ada yang LIPAT.Setiap kali kita tolak slide or buka lipatan handphone tu, akan kuar bunyi macam di litar...siap lampu kereta bernyala lagi..fuyoooo...

Yang aku tahu, handphone ni MADE IN CHINA, ada kamera tp xsure berapa MP, boleh masuk DUAL SIM. Terdapat pelbagai pilihan warna -MERAH, KUNING, PUTIH,harga pun tak mahal dalam RM 299 ++..klu nk sure, kena p kedai tanye tauke die

Kalau ak beli ni, ak rase  kena gelak gan budak-budak skol..tp yang paling haru kalu bawak balik kampung, kot2 di ambik oleh 'anak-anak' aku dijadikan  barang permainan diorang ...






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NUFFNANG

GuaBlog.com