Thursday, August 12, 2010

salam ramadhan

Syukur ke hadrat Ilahi aku masih lgi punya waktu untuk menikmati ramadhan tahun ini.Alhamdulillah kolej dengan surau dekat je..Jalan kaki pun smpai..Ini memudahkan lagi aku menunaikan terawih.Time tak bz sgt gn asgmt ni la nk turun ke surau..Masa hari pertama,penuh Surau Al-Falah dengan jemaah-jemaah .Harap2 di minggu seterusnya pun penuh jugak la.
Kli ni bazaar di kolej berubah tempat.Klau dulu depan dengan surau,sekarang beralih dekat dengan pintu utama.Bazaar pun bertambah berbanding dahulu.Ini memberi peluang untuk pelajar dan orang luar berniaga.Di sini ade tip yang diambil dari sumber : http://www.utusan.com.my/ :

Setiap orang yang mengerjakan puasa perlu mematuhi beberapa peraturan dan adab yang boleh menyempurnakan ibadah tersebut. Antara yang terpenting adalah:

1. Menjaga lidah daripada berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena-mengena dengannya;

2. Memelihara mata dan telinga daripada melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh syarak dan yang sia-sia;

3. Mengawal perut daripada merasai makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur syubhat terutama ketika berbuka dan berusaha sedaya mungkin untuk menghasilkan pemakanan yang halal lagi bersih.

Ulama silam pernah berpesan: “Apabila kamu berpuasa maka perhatikanlah apa yang akan dijadikan makanan berbukamu dan di manakah kamu akan berbuka?” Ia adalah panduan yang terbaik bagi mengawasi diri daripada terjebak dengan unsur-unsur makanan yang tidak halal;

4. Berusaha menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan daripada mendekati atau melakukan maksiat dan perkara yang sia-sia. Dengan demikian ibadah puasanya akan suci dan sempurna. Terdapat ramai yang memenatkan diri dengan berlapar dan berdahaga, membiarkan diri terdorong kepada perlakuan dosa dan noda, kerana itu puasanya rosak binasa dan keletihannya tidaklah berbaloi sebagaimana maksud sabda Rasulullah s.a.w.: Ramai yang berpuasa tidak mendapat ganjaran daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga. (Riwayat an-Nasaei)

Meninggalkan maksiat menjadi kewajipan kepada seluruh orang Islam sama ada mereka sedang berpuasa atau tidak. Apatah lagi bagi yang berpuasa, ia lebih dituntut dan diwajibkan. Sabda Rasulullah, Puasa itu adalah ‘perisai', sekiranya seseorang daripada kalangan kamu sedang berpuasa janganlah dia bercakap kotor, melakukan keburukan dan berbuat bodoh. Jika ada orang lain yang mengejinya atau cuba memeranginya maka hendaklah dia katakan kepada orang itu: “Saya sedang berpuasa.” (Riwayat Bukhari dan Muslim);

5. Jangan membanyakkan tidur pada siang harinya dan makan pada malamnya, bahkan bersederhanalah pada kedua-duanya bagi menyelami kejerihan lapar dan dahaga. Dengan demikian sanubarinya terkawal, keinginan nafsunya kurang dan hatinya ceria. Itulah rahsia dan intipati puasa yang perlu dicapai;

6. Jauhkan diri daripada mengikut dorongan nafsu ketika berbuka dengan beraneka jenis makanan yang lazat-lazat. Sebaik-baiknya adat makannya sama sahaja pada bulan puasa dan bulan-bulan yang lain. Penggemblengan diri dalam mengurangkan tuntutan jasmani dan keinginan perasaan memberikan kesan yang positif terhadap kecerahan hati nurani yang amat dituntut terutama pada bulan Ramadan.

Mereka yang menjadikan keinginan nafsu perut sebagai tunggangan akal ketika berbuka yang menyalahi kebiasaan pada bulan-bulan lain sebenarnya terpedaya dengan pujukan iblis. Rayuannya bertujuan menghilangkan barakah (berkat) ibadah puasa mereka, nikmat limpahan ketenangan daripada Allah s.w.t., kekhusyukan diri ketika bermunajat dan berzikir kepada-Nya.

Kenyang

Sepatutnya orang yang berpuasa mengurangkan kadar pemakanannya sehingga terserlah kesan puasa itu kepada dirinya. Kekenyangan adalah punca kelalaian, kealpaan, keras hati dan malas untuk taat kepada Allah s.w.t..

Sabdanya: Takungan jelek yang dipenuhkan oleh manusia adalah kantong perutnya, memadailah baginya beberapa suapan yang dapat meneguhkan tulang belakangnya. Jika dia enggan maka berikanlah sepertiga (bahagian perutnya) untuk makanan, sepertiga kedua untuk minuman dan sepertiga terakhir bagi pernafasannya. (Riwayat Ahmad dan at-Tarmizi)

Terdapat ulama yang mengungkapkan kata-kata berikut: “Sekiranya perutmu kenyang anggota-anggota lain akan lapar (akan menurut turutan nafsu) tetapi sekiranya perutmu lapar kesemua anggotamu akan kenyang.”

As-Salaf as-Soleh (mereka yang terdahulu) mengurangkan perkara kebiasaan dan dorongan diri serta memperbanyakkan amal ibadat pada bulan Ramadan secara khusus bahkan itulah adat mereka sepanjang masa;

7. Tidak menyibukkan diri dengan urusan duniawi pada bulan Ramadan, bahkan mengambil kesempatan bagi beribadat kepada Allah dan mengingati-Nya sebaik mungkin. Justeru, dia tidak melakukan perkara duniawi melainkan sekadar keperluan hariannya atau kepada mereka yang berada di bawah tanggungannya. Demikian yang selayaknya dilakukan pada bulan Ramadhan yang mulia ini sama seperti pada hari Jumaat yang sepatutnya dikhususkan bagi amalan akhirat;

8. Mempraktikkan amalan sunah seperti segera berbuka apabila masuk waktunya, berbuka dengan buah tamar (kurma) dan jika ia tiada memadailah dengan segelas air serta melambatkan makan sahur.

Nabi s.a.w. berbuka dahulu sebelum Baginda mengerjakan solat Maghrib. Sabda baginda: Umatku sentiasa berada dalam keadaan baik (berkat) selama mana mereka mempercepatkan berbuka (apabila masuk waktunya) dan melambatkan makan sahur. (Riwayat Bukhari dan Muslim);

9. Menyediakan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa sekalipun dengan beberapa biji tamar atau segelas air. Sabda baginda s.a.w.: Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa baginya ganjaran seumpama pahala orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya (orang yang berpuasa). (Riwayat al-Baihaqi dan Ibnu Khuzaimah)

10. Memenuhi malamnya dengan amalan sunat seperti solat terawih, witir dan sebagainya.

Adalah dinasihatkan kepada para imam supaya tidak mempercepatkan solat terawihnya seperti mana amalan kebiasaan di masjid dan surau.

Perbuatan tersebut menjejaskan mutu ibadat solat tersebut kerana meninggalkan ‘wajib-wajib' solat seperti meninggalkan tomakninah semasa rukuk dan sujud, mencacatkan bacaan al-Fatihah sebagaimana sepatutnya lantaran ingin kecepatan dalam mengejar waktu sehingga menyebabkan makmum di belakang tertinggal rukun-rukun penting dalam solatnya. Amalan terawih seperti itu adalah tidak sempurna dan berkurangan pahalanya.

Oleh itu berwaspadalah terhadap cara demikian dengan kembali mengamalkan ibadah solat seperti waktu-waktu lain, menyempurnakan kiam, bacaan al-Fatihah, rukuk, sujud, khusyuk, hadir hati dan semua peradaban solat dan rukunnya.

Bagi makmum pula disyorkan supaya sentiasa bersama imamnya sepanjang solat terawih itu sehinggalah selesai sama ada 20 rakaat ataupun lapan rakaat. Sabda Rasulullah s.a.w., Apabila seseorang menunaikan solat bersama imamnya sehinggalah imam itu (selesai dan) beredar, dikirakan untuknya (makmum) pahala kiam semalaman. (Riwayat an-Nasaei)

- NAZMI AIDARUS ialah Pegawai Hal Ehwal Islam, Jabatan Mufti Negeri Terengganu.

Saturday, August 7, 2010

BENGKEL TOT

Bengkel Latihan Jurulatih Karnival Usahawan & ICT 2010 & Multimedia Kratif( 7-9 Ogos 2010 di De Palma Hotel,Ampang.



Aktiviti hari pertama
1.pendaftaran
2.ice breaking
3.makan malam
4.aktiviti bebas
5.beradu

Aktiviti hari kedua
1.pagi:membuat blog,belajar audacity dan photostory
2.petang:team building-meneka pergerakan yag dibuat ahli dalam kumpulan
3.malam:ceramah keusahawanan
4.beradu

Aktiviti hari ketiga
1.pagi-pengurusan acara
2.bentang photostory
3.taklimat karnival u & i 2010
4.tengahari:pemberian sijil,hamper dan check out




belajar membuat blog


lps tu bljr ptong2 lagu guna audacity


ceramah kepentingan bidang keusahawanan


sesi bergambar

Sunday, March 7, 2010

KSU

Pada 19-21 Februari telah diadakan Kursus Satria Unggul di Sek.Model Khas Seri Tualang,Temerloh , Pahang bagi para pengawas,pengerusi ,pengawas asrama dan ketua kelas.SMK Abu Bakar turut menghantar pelajarnya dalam program ini dan jumlah semua peserta dalah 152 orang.

Gr0up aku seramai 11 org telah bertolak awal lagi.Aku terpaksa korbankan cuti raya cina semata- mata untuk program nie.sedi tp xper..berbaloi..hehe.
Tentatif program bermula pukul 3.00 ptg dengan pendaftaran dan sedikit taklimat dari guru sekolah.TQ kpd PRS skolah ni y byk membantu dlm urusan pendftran n bhn2 yg kami perlukan utk prgram.

Malam pula dalam kul 9.00 pm sesi ice breaking.Linda yg handle.Mcm2 xtct yg diadaakan spt melukis muka smasa zaman baby,susun ikut saiz kasut,bulan kelahiran,bilangan adik beradik.



ice breaking






gaya apakah ini?


si buta ku sayang



Lps rehat,buat inventori JEPI .


pelajar menjawab inventori JEPI


Dalam kul 10.30,xtvt Menuju Puncak yg dihandle Lin pula di mana xtvt ni memupuk semangat kerjasama.Lps solat Zuhur,xtvt Mak buyung pula dan diteruskan lepas asar dgn xtvt Si Buta Ku Sayang.


hati-hati..jaga belon tue


banner

Esknye plak pgi2 ag buat senamrobik seperti live dance,tango,senaman korporat dan byk ag,Tini yg handle bab ni sbb die mmg suka senam robik.Ak tgk budak2 enjoy buat ni sbb boleh bergerak n nyyi..fasilitator pon suka..hehee..


senam robik

Lps rehat,buat inventori JEPI .Dalam kul 10.30,xtvt Menuju Puncak yg dihandle Lin pula di mana xtvt ni memupuk semangat kerjasama.Lps solat Zuhur,xtvt Mak buyung pula dan diteruskan lepas asar dgn xtvt Si Buta Ku Sayang.
Mlm xtvt diteruskan dgn The Power OF love.Bertambah power bila Budi yg handle.
Hari ahad,last day lps senam robik adalah modul aku.Modul sub conciuos iaitu AKU SATRIA UNGGUL.Alhamdulillah,i do my best.

Slps xtvt tue,para pljr bagi respon yg baik n mintak kmi dtg ag.Mereka smgt mreka nk jd pemimpin smkin berkobar2.Hopefully ilumu yg xseberapa yg kmi sbg fc berikan dimanfaatkan betul2 yer adik2!


BARISAN FC DGN KAUNSELOR


Saturday, March 6, 2010

SEMINAR SILANG BUDAYA


pameran..tp trlindug plak dgn kami di dpn..hehehe


we all!


pemandangan sekitar auditarium kejuruteraan UPM


nak blik pon still nk bergmbr


paper bag yg penting..free...hehehe


bile mata mengantuk...dlm slide pon ak amik gmbr..banner xjmpa..hehee


fungsi BNK...


yg penting tali tag name dr PERKAMA ..HEHE


aKhiRNya ak menjejakkan kakiku juga di bumi UPM.

Dah lama nk pegi tp xde pluang ..tp xjpe jugak dengan kawan2 yang belajar di sana sebab masing2 ada kerja.xper lah...

Aku pergi ke UPM kerana menghadiri satu seminar cross cultural anjuran pelajar kelas CPE 3300,Jab.Pend.Kaunselor dan Psikologi Kaunseling,Fakulti Pengajian Pendidikan,UPM.

Dari serata IPTA dtg seperti peserta dr UUM,UIA,UM,USIM,UNITAR dan UPSI sendiri.
Ramai,aku dgr pengerusi majlis kata dalam 300 org.

Berbaloi bayar rm 20 sebb byk ilmu yg xde dlm blik kuliah diberi di sni.Yg pntg dpat paper beg n beg free dr pihak penaja..hehehee

Kami yg dtg dr UPSI dengan 1 buah bas dan 1 coaster terlewat smpai sebab tersesat dalam kampus UPM.Punyer la besar UPM nie,,aku rasa kalau nak jalan ke satu-satu fakluti memang x habis.Nasib baik aku duk UPSI,sume fakluti dekat je dan area kampus pun xluas..bersyukur..huhu

Masa sampai ceramah dah start iaitu tentang PERKHIDMATAN KAUNSELING DI JABATAN POLIS DIRAJA MALAYSIA.Lpas rehat kejap,sambung pulak Antara slot2 dalam seminar ini adalah PERKHIDMATAN KAUNSELING DI JKM,PERKHIDMATAN KAUNSELING DI JABATAN PEMBANGUNAN WANITA DAN PERKHIDMTAN KAUNSELING DI HOSPITAL.

Majlis penutup dirasmikan oleh setiausaha PERKAMA.

Thursday, February 25, 2010

MAULIDUR RASUL

Alhamdulillah,dipanjangkan umur lgi untuk mnyambut maulidur rasul pada tahun ini.
Teringat ketika sekolah dahulu,setiap tahun perarakan dengan melalui jalan- jalan sekitar kawasan kampung berhampiran sekolah.
Dimeriahkan lagi dengan selawat puji-pujian dan kain rentang memuji junjungan besar.

Di sini ada sedikit info yang diambil dari http://www.al-azim.com/masjid/rabiulawal/maulud.htm.
Seperti kelaziman tahunan, umat Islam di Malaysia akan menyambut hari sempena keputeraan Rasulullah saw pada 12 Rabiulawal setiap tahun.Umat Islam di Malaysia akan mengadakan berbagai aktiviti dalam acara sambutan Maulidur Rasul. Kerajaan Malaysia mengisyhtiharkan 12 Rabiulawal setiap tahun adalah cuti umum. Diantara acara-acara dalam sambutan Maulidur Rasul ialah Perarakan, Syarahan, Forum, Marhaban dan Jamuan di peringkat kampung sehinggalah ke peringkat kebangsaan.

Objektif diadakan sambutan Maulidur Rasul ialah untuk mengembalikan ingatan kita umat akhir zaman terhadap junjungan besar kita Muhammad Rasulullah saw. Dengan mengingatinya akan menambahkan lagi perasaan cinta kasih kepadanya serta mengenang, menghargai serta mengambil iktibar kisah suka duka perjuangannya. Walaupun sambutan Maulidur Rasul ini adalah satu adat sahaja tapi ia adalah adat yang bersifat ibadah dan wajar diteruskan, InsyaAllah.

Tuesday, February 23, 2010

GAJAH ..GAJAH


Inilah tempat yg dituju...


buat2 berani..takut gak sebenarnye ni..


beranikan kami bergambar depan gajah..huhuh


anak gajah nie sma tinggi gan kami..pdhala br umur 6 thun.nmanye SANUM.(mcm hindustan)hehhee


eiii...buat2 gosok belalai gajah..hehehe


bilang ade brpe ekor gajah?


besarnyer rangka kepala gajah nii

OTW blik program dr Temerloh,singgah di Lanchang tgk gajah.
xpenah ag tgk gajah real.dalm tv tue sllu la tgk.

gajah haiwan yang terancam,
manusia janganlah berlaku kejam.

Monday, February 22, 2010

JOM JALAN KE BUKIT CAHAYA SERI ALAM


tegok peta dulu...


sejuk nyer...


TAMAN HAIWAN


taman paku pakis



berbasikal di sawah




Aku rasa semester ini kerap sgt ak berjln2..
seminggu skli mesti kuar dr Tg.Malim.
Mcm kali ini,secara kbtulan p BT.CAHAYA sbb masa tu duk KL lagi,bru smpai dri kg.
so,memang xpaln nk jln2 ni..tp disebbkan masa pon byk ag,ak n geng pon plan nk p sni..huhuu

xmau ckpa byklah..tgk picuter2 ak kat sne ni..hehheee

Thursday, February 18, 2010

NAIK KERETA API


tiket kereta api


4 the first time,ak naik keta api.Sebelum ni xpnah n xberminat nk naik sbb ak rse lama sgt keta api bergerak..smpai pun lmbat..

Dahla ak frust sbb kena dtg awl ke kolej.Nk duk lama2 kat umah pon xboleh.xlepas ag rindu kat family dh kena dtg sni.Awl plak tu..
Nak buat cmne,dtg awl sbb nk wt program.

Tp kli ni utk blik Tg.Malim,kwn2 belikan ak tiket keta api.dioarg kata xcuba xtaw best ke x naik keta api.

Ak naik kat Stesen Wakaf Bharu gan Ann Sbb Aku xpandai nk tgu kat Pasir Mas.
Mase ak naik tu dkt coach F1, keta api mula bergerak..
Ak naik dlm kul 6.15 pm n keta api ni dtg tepat pd masa.Die xtgu dh org lain .so ak memang jln cpt menyelinap cr coach aku.

ak terkejut taw sbb dier bergerak songsang..huhuh..rse mcm pening2 lalat r..
yer la..mne penah naik kenderaan yg berjln mengundur..huhuhu
tp lama2 ak dah ok,x pening lagi.

Sampai je Tanah Merah,Kwn2 ak yg lain.tini,dila n linda (2 org ni first time dtg kelantan) pon naik..meriah ckit bila ade kwn2 ...

pastu p mkn kt kantin..adus..seksa betul nk jln.Asyik nk jatuh jer sbb ak bergerak melawan arus perjlnn keta api..xtahn r sbb asyk nk kena pegang dinding keta api je.
Pastu mse nk msuk tndas die..sempit sgttt...huhuuhu..xselesa mcm kat rumah ..huhuhu

Satu agi,dalam keta api,rupa-rupanya memang lampu sentiasa terpsg.Klau ikut hti,memang xselesa tdo tp dah bdn dh letih,pejam je mata,terus lelap.

Dalam kul 7.30 am,aku sampai kat KL Central.Kira sampai awl jgak lah tu.
Tp perjlnn nk blik tg Malim still jauh ag.
Pe pun,best jgk naik keta api..hehehehee

Thursday, February 11, 2010

MeLANCONG di CaMeRON hIGhlaND







Memang dah lama plan gan kengkwn nk pi Cameron.Dari sem satu ag.Kebtulan pd jumaat lps(5 feb),Siti kawan sya yg tggal di sana ajk p rumah dia.
Lebih krg 3 hari 3 mlm bermula jumaat hga ahad.
First time sampai umah siti yg kat kg.Raja,sejukk sgt!!

Pijak karpet pon rase mcm pijak air sbb cuaca di situ lembap.
Masa nk tdo,Siti bagi sweater yg tebal..tetiba jer rase cam duk universiti.Aku memang tak tahan sejuk sbb bdn pon kurang lemak kan..huhuhu..Kawan aku ,Tini kata aku xbleh p oversea sbb sejuk d sini pon ak x thn..heheeeeeeee
Bila nk mandi pg esok,sejukkkkk sgt air dier..sampai ak mdi guna air panas...heheee

Siti bawak jalan2 p GUNUNG BRINCHANG,BOH TEA CENTRE SUNGEI PALAS,MARDI,BIG RED STRAWBERY FARM n xigt ape nma tmpat die yg ade byk pokok2 bunga hiasan.

Lps tue p psr mlm dkt Tanah Rata.Tp ak rs sgt beruntung sbb pd ms ak pergi tu,ade mjls Jamuan Teh Sempena Hari Keputeraan KDYMM Sultan Pahang.Dapat tgk sultan Phg yg berjiwa rkyt dr dekat n yg plg ptg dpt mkn free...heheheee..
Mcm2 brg ak beli sbb ma dah berapa kali pesan kalu p Cmeron suruh beli TEH..mcm2 jns teh lah..ak nk sebut pon xtaw..huhu..yg plg famous adalah strawberi jeruk..

Siti ada bg strwberi segar..aku n kwn2 mkn smpai kakak Siti pesan jgn mkn byk,nti skt perut..huhu

Ak ucpkan byk terima kasih kat Siti sbb tlg bwk jln2,bg tumpang rumah n mcm2 ag...
Terima kasih jgk dkt kakak2 n Parents Siti yg bawak kami berempat roUND2 Cameron.

BYEEEE......
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NUFFNANG

GuaBlog.com