Saturday, September 22, 2012

UNIK BETUL HANDPONE NI..NAK SEBIJIK!

 Sambil tunggu kawan aku pergi BANK ISLAM , ak sempat jalan-jalan dekat area bangunan kedai kasut BATA depan PERPUSTAKAAN AWAM N9. Boring kalau nak tunggu dalam bank tu.
Sambil-sambil jalan singgah la di satu kedai handphone. First ak tengok ak ingtkan dia jual handphone mainan, sebab casing handphone yang diberi nama LANBORGINI tue sebijik mcam tepon mainan.
Aku pun mintak la kakak yang jual tu tunjuk adaakah itu handphone betul atau mainan.

Tapi cantik n unik design dia, ade yang SLIDE dan ada yang LIPAT.Setiap kali kita tolak slide or buka lipatan handphone tu, akan kuar bunyi macam di litar...siap lampu kereta bernyala lagi..fuyoooo...

Yang aku tahu, handphone ni MADE IN CHINA, ada kamera tp xsure berapa MP, boleh masuk DUAL SIM. Terdapat pelbagai pilihan warna -MERAH, KUNING, PUTIH,harga pun tak mahal dalam RM 299 ++..klu nk sure, kena p kedai tanye tauke die

Kalau ak beli ni, ak rase  kena gelak gan budak-budak skol..tp yang paling haru kalu bawak balik kampung, kot2 di ambik oleh 'anak-anak' aku dijadikan  barang permainan diorang ...






JAUHKAN KEDAI KASUT DARI AKU!

 Assalamuaikum dan Salam sejahtera...
 Hujung minggu baru sempat nak update blog. Dahla hari ni je yang cuti, semalam sekolah ganti...Penat la jugak, kalau tak penat maknanye seseorang tu adalah robot,opss xleh tulis 'seseorang' , salah penggunaan ayat untuk robot..maybe kena guna 'sebuah' robot..huhu..bantai je la..
Fokus update pagi bukan nk ckp pasal robot ke atau nk ajar penggunaan kata yang betul , cuma nak berkongsi perangai pelik aku selepas bekerja ini....

Minggu ini sahaja, aku telah  membeli 4 pasang SELIPAR/SANDALS/KASUT ..whatever la nk panggil ape pun kerana semua tu pakai dekat kaki..hehhe

Nampak je kedai kasut, mesti nak masuk...padahal baru je beli. Tak taw la ape yang menyebabkan diriku TERTARIK nk jugak melangkah masuk.

Bila fikir punya fikir, kenapa la ku TAK BERKIRA sangat kalau beli kasut ni, padahal kasut BUKAN BARANG KEPERLUAN, tapi KEHENDAK...
 ak list beberapa sebab knp ak beli jugak:
1)Kalau ak xbeli sekarang, nanti lain kali datang harga lagi mahal, rugi ooo.Sales untuk kasut berjenama kadang-kadang bermusim

2) Beli dulu, nanti kalau emergency contohnya kasut tercabut tapak ke, putus ke xperlu tergesa-gesa nak p cari kat kedai .Balik rumah boleh terus tukar

3)Yang paling penting, ak xbeli untuk diri aku je, ak turut beli untuk adik-adik ak sekali.. kakak yang baik kan..hehehee

4)Senang nak matching dengan baju. Kalu pakai baju biru, kasut pun kena biru..tp kalu terlampau nak matching haru biru jugak dibuatnya...

5)Time duit ade sikit ni , boleh la beli, kalu dah 'kering' sangat,  tengok dan telan air liur je la...

Yang kaler pink itu untuk adik aku yer..yang lain sume ak punye..hehe

Sunday, September 16, 2012

kalau cuti dipanjangkan lagi...

Mane la ckup cuti 3 hari, nk shopping pun ase xlepas. Kalu seminggu baru best skit nk planning pergi mana2 yang jauh cikit dari kesibukan kota. Tu la kata-kata orang yang dapat cuti tapi xbersyukur (ak pun kdg2 mcm ni gak :(  ) .
Tapi kalu banding dengan mereka yang nak dapat cuti sehari pun payah, mmg kita betul2 kena bersyukur. Setakat ini Alhamdulillah , kerja sebagai cikgu ade jugak cutinya.Budak-budak cuti skolah, kami pun cuti..hehe..tp kdg2 tak begitu, kerana kalu budak2 cuti, cikgu2 kena merancang rancangan tahunan, memeriksa  kertas peperiksaan dan banyak benda yang melibatkan pengurusan. Maaflah kalau ape aku tlis x  sama dengan pengalaman guru lain .Lagi pun ak masih lagi GURU BAHARU...

 OK, sebenarnya ak nk kongsi selama 3 hari bercuti sempena cuti HARI MALAYSIA, ak n geng serumah sempat pergi shopping di GM KLANG, AEON KLANG dan NILAI.Memang shopping sakan  kawan aku seorang ni, sebab dia sedang mencari barang hantaran perkahwinan dia hujung tahun nanti. Aku pun ikut gak shopping..hhehe


Ni kali pertama sampai di GM Klang. Dengar kata  ini bangunan baru , berpindah dari bangunan lama yang bersebelahan sahaja. Patut lah masa sampai masih banyak kedai belum dibuka. Orang kata kat cni kalau beli borong dapat murah sedikit.
ni barang yang ak borong di GM. CUTE... Kalau beli satu harganya RM 1.50.. tapi  kalau beli banyak lebih pada 20 pieces  akan dapat harga RM 1.00 setiap satu.
 Niat di hati beli bende2 comel n cute ini untuk anak murid yang suka menolong cikgu, rajin dan bersahsiah baik.
depan pintu masuk GM ade air terjun .pose jap
Next stop adalah di AEON BUKIT TINGGI. Misi mencari barang untuk hantaran aku..ops...hantaran kawan, AIDA..HEHE

AEON BUKIT TINGGI

ade gak tempat yang penuh kehijauan dalam shopping compleks ni,boleh berehat sekejap


Sempat lagi ak grab kasut POLO ni..selesa...

Tabik tuan..hehehhe

Destinasi terakhir , NILAI 3...

Perabot pelbagai jenis menjadi pilihan pembeli di Nilai



Contoh hantaran yang siap digubah.Boleh la cilok idea cikit dari sini

kat cni memang terdapat pelbagai jenis barang untuk hadiah perkahwinan, hantaran .Rambang mata untuk memilihnya.Harga pun boleh tahan

Aida begitu tekun memilih bekas hadiah untuk majlisnya nanti..tema purple yer...
Hampir pukul 8.00 malam jgak lah ak tiba di rumah.Penat sangat-sangat... Ape pun, puas hati dapat release tension dengan  shopping!

FUN FAIR at SEREMBAN DUA


Tengah sedap2 menjamu selera di sebuah restoran Tom Yam di Seremban Dua, tiba2 mata terlihat satu  spotlight memancar terang benderang dari satu tempat. Curious sangat nak taw cahaya tu dari mana. Makan pun rase nak cepat-cepat... So lepas je bayar, terus ajak kawan pergi mencari dari mana datangnya cahaya itu....

Cari punya cari, rupanya cahaya dari sebuah FuN fAiR ,   tak jauh dari kompleks mahkamah S2 dan Klinik Kesihatan S2.


tERINGIN jUgaK Nak main BendE pUsing2 ni, Tapi Ak takUT PEning Pulak.. lAGIPun terasE gAYat CKIT..hehe
sORry gambar blur plak


Aku kalau main bnde ni selalu xkena, buat bazir duit beli token je....:)
Jalan-jalan pusing fun fair je, x de niat nak main permainan kat cni.Sebab bila ak tengok sekeliling, sume budak-budak yang main..tAK DE PUN ORang MuDA bELia macaM aKU NI duk main permainan kat SinI. Buat Malu jE KAlu ak YANG Main..hehee

PORT DIKSON -BANDAR TENTERA DARAT

Habis sahaja waktu persekolahan petang  khamis bertarikh 6 sept, aku n kawan-kawan bergegas ke rumah terbuka guru sekolah kami yang baharu, Fazilah. Planning nak pergi dalam pukul 2.30 petang, ngam2 habis waktu sekolah, tapi ade pulak yang dapat rezeki lebih nak  belanja makan hari tu, terpaksa la kami bertolak ke rumah Fazilah selepas waktu Asar.Rezeki jangan ditolak, orang nak belanja bukan selalu. Sedap pulak makan mihun bersama ayam goreng berempah di Restoran Kayu Manis.Dekat je dengan Bandar Warisan Puteri.
PD bukannya jauh, dalam 40 minit, tapi bila kita bertolak petang maknanya akan balik malam.Kalau esok x sekolah xpe, ni sekolah...penat la sikit.

Rupanya rumah Fazilah ni dekat sangat dengan GLORY BEACH RESORT PD. Senanglah nanti kalu kami nak bercuti. Kekenyangan makan mihun bersama ayam berempah tergugat apabila terbau aroma mee kari hidangan special Mama Fazilah. Apa lagi, serbuuuu!!




Perut pun dah kenyang, tiba masa untuk keluar bersiar-siar pulak.Fazilah membawa kami ke PANTAI TANJONG GEMUK, hanya beberapa langkah sahaja dari rumahnya. Dekat sangat... Kalau rase stress atau nk kedamaian, singgahlah di pantai ini. Cuma bayu laut yang bertiup terasa sedikit panas. So, pakai la krim untuk elak sunburn... :)

pantai Tanjong Gemok

walapun dah hampir pukul 6 petang, bahang kepanasan masih terasa, tapi tidak menjejaskan kami untuk bergambar..chill!!

Saturday, September 1, 2012

RUMAH DISERBU!

Tetibe plak rumah aku jadi kecoh.
Jiran2 masing2 mengintai dari jauh ape yang terjadi.
Tak terkawal.
Tak sangka.
Tak terkata.

haha..pandai x ak wat suspen..:)..

sebenarnya xde la gempak sangat. cuma sabtu 1 Sept mencatit sejarah tersendiri dalam dairi aku, tak taw la orang lain macam mana.
Aku dan 2 orang lagi kawan serumah berpakat menyediakan membuat sedikit jamuan.Nak kata open house mcm besar sangat, sebab para pelajar kami  je yangberia-ia nk datang.
Ingtkan tak ramai yang datang, rupa-rupanya sampai ade yang tak dapat masuk ke teratak kecil aku ni..
Yang penting, MERIAH  dan  HAPPENING!

TOMYAM YANG LAZAT DISEDIAKAN

ROTI JALA PUN ADA


KERUSI XCUKUP, ADA BERSILA DI LANTAI..


MAKAN SAMPAI KENYANG YA...

RUMAH DIPENUHI PELAJAR-PELAJAR




SAMPUL DUIT RAYA THE RED WARRIORS

Salam Merdeka Raya.
 Actually aku xde perkara pun nk di update, tp sebab  boring xtaw nak buat apa (padahal ade je kerja sekolah ) aku share  ckit lah pasal sampul raya yang aku dapat..Dapat sampul kosong je , tu pun rembat adik punyer..hehe..memang tahap umur aku skrg ni tak MELAYAKKAN menerima duit rya,  ak pulak kena bagi duit raya..TP tak kisah pun.
Thun ni ak kumpul lagi sampul duit raya, cuma masalahnye cmne la ak boleh lupa nk amik gmbr. Yang ade kat tangan aku pulak hanya sekeping je smpul raya, tu pun sebab ak amik nk tunjuk dkt pelajar2 aku. KORANG ADE TAK MACAM AKU ADE? hhehehe



Sokongan padu kami pada TRW sehinggakan sampul duit raya pun ade taw..hehe
Sambil2 tu ak nk selit sikit gmbr raya aku untuk tahun ini ..




Sunday, August 5, 2012

kalau dah dapat cuti, duduk je kat umah...

salam Nuzul QURAN. Hari ni sekolah aku amik cuti peristiwa, so xpyh bgn pagi hari ni..huhu..
tp aku ni jns rjin p skolah, td terasa nk p skol untuk amik brg, bukan pagi sangat, dah tengah hari bebenor, kul 12 pulak tu.
Lepas amik barang, saje lalu depan pejabat, kononnya nk tunjuk muka sikit kat pengetua kata aku time cti pun rajin dtg.
Pengetua nmpk aku terus panggil..panggil ade niat tu..ak ingat saje die nk tye kbar ke ape..rupe-rupenye die nk bagi keje..huhu..PADAN MUKA aku..hoho..
 org bagi cuti nk p skol, kan dh dpt keje tambahan.

Nie antara keje yg pengetua bagi...
~ TUBUHKAN UNIT SIARAYA (radio sekolah), latih pelajar untuk jadi DJ, berani bercakap

~sediakan satu TEMPAT DI DINDING SEKOLAH untuk pelajar buat luahan perasaan,diorang boleh conteng, boleh buat ape saje asalkan xconteng tandas dan perabut sekolah


~gantung BENDERA untuk bulan kemerdekaan


~ade masa, buat la BLOG untuk PENGETUA,  tlg UPDATE sekali..(ni ak ase dh jd kaunselor serba boleh ni)

Saturday, August 4, 2012

AKADEMI RAMADHAN..menuju puncak takwa

Selamat berpuasa diucapkan....
Jika ada masa terluang, bacalah buku karya ABDUL RAZAK MUTHALIB ini.Lain dari buku biasa.
Apa yang dapat aku simpulkan setelah membaca buku setebal  64 ms ini  memudahkan aku memahami bulan penuh barakah ini.
Pengarang telah mengibaratkan:

RAMADHAN sebagai sbuah SEKOLAH @ U,

UMAT ISLAM sebagai PELAJARNYA,

setiap pelajar akan melalui MINGGU ORIENTASI iaitu dengan MEMPERBANYAKKAN PUASA SUNAT BULAN SYAABAN.

PENGAJIAN bermula apabila tibanya SATU RAMADHAN di mana buku panduan adalah AL QURAN.

SILIBUS WAJIB utk pelajar adalah TAHAN DIRI DARI MAKAN DAN MINUM SERTA PERKARA MEMBATALKAN PUASA.

digalakkan pelajar  memilih SILIBUS PILIHAN iaitu BERTERAWIH, BERSAHUR DAN LEWATKAN SAHUR, BYKKAN SEDEKAH,TADARUS, JAMU ORG BERBUKA dan IKTIKAF 10 MLM TERAKHIR.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NUFFNANG

GuaBlog.com