Saturday, December 8, 2012

segmen: cari follower by nakahime

 mari bersama-sama menyokong segmen yang dibuat blogger lain. kali ni nk join contest oleh NAKAHIME nie...
 klik banner ni taw...penat cartoon coomeey nie berlari-lari mencari follower ..:)

cinta dewa dewi English

 dulu minat giler gan SPIDER, lagu die sume meletopp , kalu tak silap aku masa tu tengah meletup lagu LAUK KU CUKUP MASIN, ALADDIN  ketika aku sekolah menengah dalam tahun 2001 ... pastu ak asyik ulang tayang tengok telemovie GOSOK.
sekarang tahun 2012 ak minat giler lagu TAPI BAGAIMANA , Tam punyer suara memang betul2 mantop!

gambar hiasan semata-mata

klu sape tahu lagu CINTA DEWA DEWI, cubalah nyanyi ikut melodi tue untuk lirik yg aku ubah nie,
 lirik ni lbh ilmiah kerana ak saje2 buat untuk lebih 'minat' belajar bahasa Inggeris..
maaflah yer kalau rase xsesuai lirik ni...
suka2 je buat nie..

ADA BUDAK NAK BERCERITA,
ADA BENDA NAK DIKATA,
KERANA AKHIR DIA TERSEDAR,
APAKAH KEPENTINGAN SEBENAR.

NYESAL DULU AKU MALAS BELAJAR,
CAKAP INGGERIS TERBELIT PUNYA LIDAH,
NASIBLAH BAIK PERNAH KU HAFAL LAGU NIRVANA.

BIAR APA ORANG KATA,
AKU LANGSUNG TAK AMBIL PEDULI,
AKU TAHU MANA SATU,
YANG BAIK DAN PENTING UNTUKKU.

MEMANG BENAR CINTA ITU BUTA,
TAPI NAK BUAT MACAM MANA AKU DAH SUKA,
PADA 'WORD' DAN 'GRAMMAR'
YANG PELIK  DAN JELIK TAPI BENAR.


jom join bloglist AYU INSYIRAH tahun 2012

mata dh penat nk tengok skrin laptop nie, tapi tak bermakna xleh join  contest oleh AYU INSYIRAH ..hehe..br pertama kali terjah blog nie dh jatuh hati sebab banyak sangattttt bunga... rasa nk nyanyi lagu BUNGA-BUNGA CINTA pulak..hohoho
jum ramai2 join ek ..klik je kat jambangan bunga ros ni..okesss

bloggership giveaway by fatini irdina

 xtaw nk post ape dlm blog hujung minggu nie, so ase nk try join contest lah..tgk hadiah yang disediakan mmg best, so ape lagi, jum join ramai2!

tarikh tutup telah dicepatkan kepada 10 disember taw... jangan lupe klik banner kat bawah nie yer

sahabat

sahabat,
gelak tawamu,
begitu indah saat bertemu,
tutur bicaramu,
ku dengar tanpa jemu,
dihatiku engkau sentiasa bertamu,
tidak pernah lokek berkongsi ilmu.


reunion 5A SMKT 2010

Friday, December 7, 2012

sekali makan nak lagi, oh durian crepe!

lembut...
berkrim...
oo, inilah rase nyer makan durian crepe nie.
 Along tolong belikan durian crepe ni, 1 paket RM 10 je, ade 6 di dalam satu kotak.
kata Along , dia tempah di internet  di sini

 cukuplah sekali cuba yer..nant nk try search tengok cara buat durian crepe ni..



Thursday, December 6, 2012

SILA JANGAN BACA SEKERAT-KERAT ,WALAUPUN NAMANYA PANTUN DUA KERAT

BAHAGIA DATANG TANPA DIPINTA,
BUKALAH HATI CINTA PENCIPTA.

JAUH DI MATA DEKAT DI HATI,
MAAF DIPINTA IKHLAS DI SANUBARI.

ON LAPTOP LAYAN INTERNET,
SELAMAT MALAM GOOD NITE!

PERGI PULAI NAIK BOT,
HATI TERKENANG MULUT MENYEBUT.

LEPAS NAIK BOT NAIK TITI,
HANTAR MESEJ TANDA DIRI DIINGATI.

BELI KELAPA AMBIL SABUT,
HIDUP JANGAN SERABUT!

TAHUN BARU DATANG LAGI,
TAHUN DAHULU BERLALU PERGI.


Monday, December 3, 2012

cek mek molek + agar-agar laici = minum petang

petang-petang macam nie perut mula la rase nak makan macam-macam.nak pergi pasar malam mane bukak lagi masa nie... rase rajin pulak nak surf resepi2 mudah untuk makan petang..kebetulan pulak kat dapur ade bahan-bahan yang dikehendaki..ape lagi, bermulalah misi  'menjadikan dapur seperti kapal pecah' bermula...

musim hujan nie perut memang cepat lapar. kebetulan pulak stok ubi keledek memang banyak di dapur, sebab ubi keledek ni kalau makan time baru masak semasa hujan pulak memang 'umphh'....

misi pertama membuat kuih CEK MEK MOLEK...kuih tradisional Kelantan...senang je.
 cara-cara nye:
-4 atau 5 biji keledek direbus, bila masak buang kulitnya.
-keledek dilenyek sampai hancur.
-sedikit gandum dicampur dengan keledek , dan ditambah sedikit air supaya mudah diuli. tambah secubit garam .
-bila adunan dah sebati, ambil sedikit adunan tadi, dah buatkan kecil-kecil besar bola ping pong, lepas tue leperkan dan letakkan sedikit gula ditengah-tengah.
-bentukkan jadi bujur. lepas tue goreng dalam api yang sederhana sehingga kekuning-kuningan.


kuih cek mek molek yang tak berapa molek bila aku yg buat..kali pertama buat..boleh dimaafkan lagi kan....
agar-agar laici

cara-cara:
-1 plastik agar-agar dimasak bersama 1500 ml .
-setelah agar-agar masak, masukkan 1 cawan gula (kalu xnak manis sangat, kurangkan), 1 tin susu cair dan 1 tin laici .buah laici tue ptong kecil-kecil taw... boleh masukkan kismis jugak kalau nak
-bila dah mendidih, letakkan dalam  bekas dan sejukkan pastue masukkan dalam peti ais..baru best makan ..


tengah sejukkan agar-agar... agar-agar laici yang dah sejuk tak sempat pulak nk snap, sbb seblum ak snap, banyak mulut dah 'ngapp' dulu.huhu

selamat mencuba! maaflah kalu resepi  tak setaraf chef..:)

Saturday, December 1, 2012

murtabak diraja santapan semua...

Hari ini hari pertama menginjak ke bulan terakhir tahun 2012, bulan kelahiran aku.

Pada hari pertama bulan Disember nie aku dengan member, nama manje nyer ALONG menyertai kelas membuat MURTABAK RAJA di Kolej Komuniti Pasir Mas. Aku nak bagitaw harga murtabak raja ni mahal taw, mencecah rm18.00 satu, so aku pun nak taw la apesal harga dier mahal sngat..tue aku pun beria- ia ikut kelas ni walaupun kelas nie prefer kepada mereka yang nak bukak business ..byr tak mahal pun, RM20 je berbanding ilmu yang diperolehi...

Nak taw ape special murtabak nie, specialnye adalah ia mengandungi 3 LAPISAN di mana lapisan pertama adalah INTI, lapisan kedua INTI dan ketiga adalah TELUR..memang tebal dan puas hatilah..so pnt nk tlis, lyn je gmbr yg smpt snap...:)

Mula-mula 1kg gandum( untuk 7 biji murtabak) dicampur setengah cawan myak, satu setengah cawan air, 1 sudu garam dan gula, 

adunan digaul menjadi ketulan yang kenyal, perlu kesabaran yang tinggi untuk memastikan tepung ini 'masak'  atau betul2 lembut. lenguh tangan nak uli ni, makan masa setengah jam kot...

doh yang kenyal dan lembut digentel menjadi bulat camnie...

pastu doh tadi disapu marjerin untuk elak ia melekat 

untuk inti,sedikit minyak digunakan untuk menumis 1 inci halia, 4 ulas bawang putih, 1  kilo bawang besar diptong dadu

kemudian masukkan 250gm perencah KERUTUB ADABI , daging cincang 1 kg, sedikit asam jawa dan gula melaka sebanyak 2 keping

setelah inti tadi masak, ambil inti tadi dicampur dengan sedikit bawang besar dan 2 biji telur

bagi acar atau pencicah, hanya didihkan satu jug air.Bila dah mendidih, tutup api dan masukkan gula, garam secukup rasa, cuka , bawang besar dipotong gelang dan cili  merah .

doh yang digentel bulat2 tadi , ambil satu dan jadikan ia senipis ini..jangan sampai koyak taw...


dalam usaha melenyek doh..hehe..sesuai ke ayat 'lenyek' nie...bantai je lah..tangan penuh minyak nie...

Masa untuk menggoreng, yang sebelah tue adalah Umie atau Kak Ma  yang mengajar cara buat murtabak nie
dah siap!nie lah MURTABAK RAJA
bila dah dipotong pecah pulak,,huhu...tp nie bukan murtabak yang cantik di atas tue, ni murtabak raja lain untuk 'testing' ..hehee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NUFFNANG

GuaBlog.com