Saturday, December 1, 2012

murtabak diraja santapan semua...

Hari ini hari pertama menginjak ke bulan terakhir tahun 2012, bulan kelahiran aku.

Pada hari pertama bulan Disember nie aku dengan member, nama manje nyer ALONG menyertai kelas membuat MURTABAK RAJA di Kolej Komuniti Pasir Mas. Aku nak bagitaw harga murtabak raja ni mahal taw, mencecah rm18.00 satu, so aku pun nak taw la apesal harga dier mahal sngat..tue aku pun beria- ia ikut kelas ni walaupun kelas nie prefer kepada mereka yang nak bukak business ..byr tak mahal pun, RM20 je berbanding ilmu yang diperolehi...

Nak taw ape special murtabak nie, specialnye adalah ia mengandungi 3 LAPISAN di mana lapisan pertama adalah INTI, lapisan kedua INTI dan ketiga adalah TELUR..memang tebal dan puas hatilah..so pnt nk tlis, lyn je gmbr yg smpt snap...:)

Mula-mula 1kg gandum( untuk 7 biji murtabak) dicampur setengah cawan myak, satu setengah cawan air, 1 sudu garam dan gula, 

adunan digaul menjadi ketulan yang kenyal, perlu kesabaran yang tinggi untuk memastikan tepung ini 'masak'  atau betul2 lembut. lenguh tangan nak uli ni, makan masa setengah jam kot...

doh yang kenyal dan lembut digentel menjadi bulat camnie...

pastu doh tadi disapu marjerin untuk elak ia melekat 

untuk inti,sedikit minyak digunakan untuk menumis 1 inci halia, 4 ulas bawang putih, 1  kilo bawang besar diptong dadu

kemudian masukkan 250gm perencah KERUTUB ADABI , daging cincang 1 kg, sedikit asam jawa dan gula melaka sebanyak 2 keping

setelah inti tadi masak, ambil inti tadi dicampur dengan sedikit bawang besar dan 2 biji telur

bagi acar atau pencicah, hanya didihkan satu jug air.Bila dah mendidih, tutup api dan masukkan gula, garam secukup rasa, cuka , bawang besar dipotong gelang dan cili  merah .

doh yang digentel bulat2 tadi , ambil satu dan jadikan ia senipis ini..jangan sampai koyak taw...


dalam usaha melenyek doh..hehe..sesuai ke ayat 'lenyek' nie...bantai je lah..tangan penuh minyak nie...

Masa untuk menggoreng, yang sebelah tue adalah Umie atau Kak Ma  yang mengajar cara buat murtabak nie
dah siap!nie lah MURTABAK RAJA
bila dah dipotong pecah pulak,,huhu...tp nie bukan murtabak yang cantik di atas tue, ni murtabak raja lain untuk 'testing' ..hehee

3 comments:

  1. Ohhh air liur tetiba rasa nak meleleh...sedap!!! ^_^

    ReplyDelete
  2. emmm.. sedapnye.... lapar la pulak... heheheh...
    jalan2 carikawan kat sini #199

    ReplyDelete
  3. murtabak raja nie mmg sdp, sbb 3 layer..cuma time uli tepung yg leceh ckit.hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NUFFNANG

GuaBlog.com