Monday, April 29, 2013

makan makan makan..biar gemoookk!

Misi terbaru aku untuk bulan ini..MAKAN!

M-Memenuhi fitrah perutku yang sentiasa lapar
A-Apa-apa je makan asalkan halal
K- Kalau masakan mak lagi berselera dan bertambah-tambah
A-Apa nak kisah dengan pandangan orang, kurus ke gemuk ke..tue semua fizikal..yang penting hati...
N- Nampak je badan kecik, tapi selera besar..ahhahaa


Sebenarnya sekolah aku nie suka buat makan-makan atau pot luck..aku memang suka style macam nie..lebih mengeratkan hubungan dengan rakan sekerja..

bukti-bukti aku berselera besar..lalala...

nasi Arab Damsyik di Senawang..sedappppp


Bersama pengetua dan rakan guru menikmati Domino Pizza...

meleleh air liur tengok Domino Pizza nieh..ehhee

BBQ Ayam dan Kambing untuk Hi Tea Kokurikulum


pertandingan memasak antara pelajar..


hasil air tangan pelajar
jamuan semasa kedatangan penulis Haiza Najwa..semua dibuat sendiri taw..hahahaa

aktiviti sepanjang bulan April

Dah lama membiarkan blog aku bersawang..
tak sempat nak update  ..
di sini ak nk berkongsi aktiviti dan program sepanjang bulan April ...
kursus PERASA di BTP NS,PD

Kumpulanku yang ceria..mahal mahkota ni taw.hehe

lawatan ke SMK King George V, Seremban

bersama Iron Man untuk lawatan ke Kolej Tafe, Sikamat



Pertandingan memasak antara pelajar.aku tukang rasa  je..hahaa

antara novel Haiza Najwa..die datang sekolah ak...

sesi bersama penulis Alaf 21, Haiza Najwa...
Hari Buku Sedunia..


Saturday, April 6, 2013

TUHAN SEDANG MENGUJI KITA



Orang jauh datang bertandang,
Assalamualaikum dan selamat petang.

 Baca buku tanpa jemu,
mari kita menambah ilmu.

Aku sedang dalam usaha menghabiskan bacaan buku motivasi islamik ini yang dipinjam dari perpustakaan.
Bila baca buku hasil karangan Ustaz Kasim Elias ini rase tenang jiwa dan raGA.

Bahasa yang digunakan mudah difahami dan banyak cerita teladan diselitkan untuk memudahkan pemahaman kita.

Isi kandungan buku ini mengandungi beberapa tajuk iaitu:
1)musibah mendidik kesabaran
2)tika ujian menimpa
3)tangisan dalam penjara kehidupan
4)jagalah akhlakmu
5)ujian mengajarku berbicara
Antara ayat yang aku suka baca dan meresap dalam hati adalah :

1)JANGAN JADIKAN PANDANGAN MATA INI SEPERTI MATA LALAT YANG HANYA MENCARI SESUATU YANG BUSUK DAN BURUK(KEBURUKAN DAN KESALAHAN ORANG LAIN)  ...JADILAH SEPERTI PANDANGAN MATA LEBAH YANG HANYA MEMANDANG KEWANGIAN DAN KEINDAHAN (KEBAIKAN ORANG LAIN)

2)UMPAMA PELANGI YANG PUNYA PELBAGAI WARNA, BEGITULAH UJIAN BAGI SETIAP HAMBA

3)UJIAN, BAHASANYA BISU, HADIRNYA TIDAK DIDUGA

4)ADA KALA UJIAN ITU BERTANDANG UNTUK MEMBERSIHKAN DOSA, ADA KALA UNTUK MENGAJAK KITA BERTANYA... APAKAH DIRI INI SUDA TERLUPA SIAPAKAH KITA DI SISI-NYA

DAPATKAN BUKU YANG PENUH ILMU INI TERBITAN KARYA BESTARI DENGAN HARGA RM19.90(SEM,M'SIA)

Saturday, March 30, 2013

pencarian rakan beloglist April dan Mei by cik akak

 jum ramai-ramai join segmen ini,
klik banner u maklumat lanjut.

aku suke gan banner nie sbb rase mcm musim autum pulak..hehe..autum in my heart.

RINDU MEMBUAK-BUAK

Tanggal 22 mac 2013 bermula perjalanan ke Tg Malim menaiki komuter. Kebetulan pula membawa para pelajar menyertai kursus kepimpinan di Kolej Aminuddin Baki, UPSI.
kursus kepimpinan SMK WARISAN PUTERI bersama fasilitator JAWATANKUASA MAHASISWA KOLEJ AMINUDDIN BAKI, UPSI

Dah lama tinggalkan Tanjong MaliM, rindu membuak-buak .Perjalanan memakan masa selama 3 jam setengah bermula dari stesen komuter Seremban, transit sekejap di Rawang dan meneruskan ke stesen komuter Tg Malim. Walaupun penat, tapi  tidak bosan kerana permandangan amat berbeza dari menaiki bas.

Dari jauh datang ke mari,
Datang bersama teman-teman,
Tanjong Malim menggamit memori,
Di sini tersimpan berjuta pengalaman.
 pelajar penuh dengan pelbagai  , guru pengiring pula penuh dengan lawatan ke kampus UPSI..huhu
permandangan dari atas bas kampus baru UPSI
kampus lama UPSI di depan SITC...tempat aku konvokesyen, sekarang dan tak konvo di sini, ditukar di kampus baru UPSI

teringat zaman belajar dulu, dewan kuliah adalah rumah kedua...
on the way ke Tg Malim menaiki komuter

tidak lupa juga melawat Perpustakaan Tuanku Bainun


Friday, March 1, 2013

Misi Bloglist By Cik Zara

jum memeriahkan hujung minggu  dengan join contest kawan2....

klik banner yer...

mudah je syaratnyer


Syarat Penyertaan 
 Follow blog Cik Zara
Like Page BlueYarnCrafting
Buat satu entry "Misi Bloglist By Cik Zara" 
Letak banner dan link kan pada entry ini sahaja
 Tag dua orang rakan blogger anda dan pastikan mereka tahu
Copy paste link entry anda pada ruangan comment entry beliau tu ye

Hadiah
IsyaAllah semua yang join akan menjadi bloglist I
Tiga orang blogger bertuah akan di review

Jom meriahkan lagi misi ini!




saya tag:- IETA 
              -BUKAN CINCAI 

..usai sudah..MSU DAN KARANGKRAF.

setelah hampir sebulan bertungkus lumus menyiapkan kertas kerja, menguruskan bas, mengutip yuran dan menyenarai pendek pelajar-pelajar, tercapai jugak impian nak buat lawatan pendidikan ke MSU dan Syarikat KARANGKRAF..


tARIKH 28.2 (Khamis) sangat memberi makna kepada para pelajar yang rata-rata excited bila diberi peluang melawat hampir keseluruhan bangunan MSU di seksyen 13, Shah Alam dan Kumpulan Media Karangkraf di Seksyen 15.
mencuba lukisan doodle menggunakan arang ketika melawat Fakulti Seni Kreatif, MSU

Perpustakaan MSU yang  sangat luas


pelajar masuk dapur untuk belajar uli doh pastri


lawatan ke Karangkraf pula untuk sesi petang selepas setengah hari di MSU...

ralit melihat proses edit gambar

Taklimat oleh Pn Aqmar, tq atas layanan yang sangat baik...

melawat kilang percetakan surat khabat Sinar Harian




asam pedas memanggil-manggilku...

minggu lepas sempena seminar Peluang Pengajian Tinggi KPT  di MITC, aku ambil kesempatan mencuba asam pedas Melaka.Seminar pada 24 Feb nie diadakan sempena Jom Masuk U. Walaupun dibuat di hujung minggu, ak kena pergi jugak ...nak buat cmne,dah kerja kan...








Dah lama nak rasa asam pedas made in Melaka ini, selalunya kalau di Negeri Sembilan asyik makan masak lemak cili api je...:)
asam pedas ikan kembung...terbaik! walau pun pedas sikit,hehe


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NUFFNANG

GuaBlog.com