Sunday, May 15, 2011

SELAMAT HARI GURU!

Guru penjana transformasi pendidikannegara.
itulah tema hari guru 2011.
ini kali pertama ak akan smbut hari guru
sebagai seorang guru walaupun sedang praktikal.
kiranya ini kali pertama akan nyanyi lagu GURU MALAYSIA
bersama-sama dengan barisan guru lain.

sebelum tu, ak nk ucap terima kasih kpd
LIN, rakan praktikal yg sediakan vdeo lagu
TERIMA KASIH GURUKU ....best sgt lgu ni..ase
nk suruh pljr2 nyanyi lgu ni kat aku..ehhee
but, vdeo ni hanya separuh shja..saje nk suspen..
(padahal download xhabis)..hohoho


C-CELIK

I-ILMU

K-KERANA

G-GURU

U-UNGGUL



Saturday, May 14, 2011

MA, SLMT HR IBU


Tak terlmbt lg nk ucap selamat hr ibu.
Ak dah wish kat ma awal2 lagi,cume entry ke belum buat.


u i luv,ma...

MURAL


Maskot helang

Pagi2 lg sudah bngun di hr sabtu nan indah ini.
semangat untuk mengecat. tp pukul 9 dh panas, kena la bwk
payung.
Mural ni sebagai satu kenangan dan hasil kerja
pelajar praktikal di sekolah. Kami 6 orang bertungkus lumus
menyiapkan mural berbentuk maskot burung helang di
stor sukan.
Tq kepada pljr tg 4 yang melukis mural ini,
kami hanya mengecat je..hehe


nasib baik ade payung besar, xlah pns sgt








saje testing amik gmbr byg2..hihi




bila matahari meninggi,kami try maen ping pong..xpernah main,
ni kli pertama.buah pin pong melantun-lantun hingga ke siling..huhu

LAKSA PERLIS

Tak sempat nak masukkan entry pasal lakse perlis minggu
lepas.Hari ni baru de masa. minggu lepas kan ak
tidor di rumah rakan praktikal lain, so kawan
praktikal dari Perlis masakkkan laksa perlis .
Ak pun xpernah makan, ni bru nk cube.Ingatkan same gan laksa
yang selalu ak beli di pasar.Lagi pun kalu dengan
laksa di kampung lagi berbeza.




ni la kuah laksa perlis.guna ikan kembung.kitorang beli 2 kilo ikan untuk kuah lg pekat

Wednesday, May 11, 2011

1 MINGGU LAGI



YESSS..xlama lg nk hbs praktikal. Ada satu minggu lagi
sebb 20 mei ak hbs praktikum.

Tapi, laporan akhir pon kena siapkan secepat mungkin.Nanti minggu
depan ada sambutan hari guru, lagi bz. Kebetulan pula minggu
depan semua pelajar menduduki peperiksaan pertengahan tahun.
Kalu kena jaga kelas peperiksaan ,lagilah
ak xde msa nk siapkan laporan.

kalu dulu mse kat kolej asyik bz nk siapkan assignment
yang diberikan, dkat skolah pun sama gak r skrg.Ak kena
siapkan laporan akhir praktikum.

Sebelum tu, slmt menduduki peperiksaan kepada semua pelajar
SMK MUNSHI ABDULLAH.Nanti kalu de nak taw tip2 menjawab soalan exam,
terutamanya ttg men'cilok' dalam exam, datang jmpe
cikgu ye..hehehe...

Tuesday, May 3, 2011

MEE UDANG BNO




3 hari terperap dekat rumah ..tu pun xsunyi sangat
sebab ak duk rumah kwn praktikal yg lain,
su..eja..shida..TQ kpd diorg yg layan
ak mcm tetamu..hehee..first class..
mkn pun ckup..hhehe

kalu ak duk kuaters sorang2, ak buleh jadi gila kot..
sbb xde org pon di kawasan sekolah tu..sume pljar
asrama balik rumah.

Waktu cuti hari pekerja tu,ak duk rumah je..tapi
keesokannya kawan ak dr Teluk Intan
datang ke Sg Besar.Sempat singgah di rumah kejap
n aku bawak p makan mee udang di BAGAN NAKHODA OMAR.

best taw mee kat cni,sedap,murah dan tempat pon sangat
cantik.Sambil makan ,angin pantai bertiup
sepoi2 bahasa.

lain kali datang lagi ye IDA N INA.





Saturday, April 16, 2011

kurangkan dan tambahkan


KURANG BERCAKAP KURANG DOSA-BAGUS



KURANG MAKAN KURANG KOLESTROL-SIHAT



BANYAK MAKAN BANYAK BERBUAL-ZERO



RAJIN BERUSAHA RAJIN BEKERJA-HERO

keboringan


hujan rintik-rintik smkin lama semakin lebat.
hati mula rungsing kerana bekalan makanan dan
bekalan duit sudah hampir susut.macam mana nak
keluar jika hujan berterusan begini.wa...
sedih r pulak. nak balik kampung!nk cepat2
habiskan praktikal supaya tak terseksa dan
terpenjara tanpa kebebasan ke mana2 ni.

kebebasan ada, tapi di tangan orang.Maksud aku
walaupun di sni ak boleh kemana2 tnpa pengawasan
ma abah,tapi kebebasan itu bergantung kepada orang
atau kawan2 yg akan bawak kereta or motor nanti.kalau
si pembawa ke kedai kain, aku pun ke kedai kain,
kalau si pembawa ke KFC,aku pun ikut.

kalau d rumah wlaupun tidak bebasa ke sana ke mari,
tapi ak ade motor dan tidak menyusahkan orang nak ke
mana-mana.

Monday, March 28, 2011

WEEKEND DI KUALA SELANGOR

Hujung minggu ini dipenuhi dengan pelbagai aktiviti.
Hari sabtu( 26 mac ) ade mesyuarat PIBG di sekolah,
petangnya pula ke PESTA KONVO POLITEKNIK SULTAN
IDRIS SHAH n hari ahad pergi berjalan2 ke Kuala Selangor.

Bukan dekat taw dari SG BESAR nak ke KUALA SELANGOR,
dalam 1 jam 15 minit. Sanggup kami ke sana semata-mata
nak tengok wayang.


tunggu wayang bermula,makan dulu...

Bersama rakan praktikum iaitu LIN dan AISHAH,kami mengembara
ke kuala selangor dari pagi hingga ke malam.
Niat utama adalah nak tgk filem HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA yang
begitu hangat diperkatakan.Sebelum ni plan nak ke
Teluk Intan, tapi cancel sebab dah pernah ke sana .



Masuk panggung di ONE PLAZA di belakang TESCO pukul 3,
sudah terasa kehangatan filem ni.Memang layan betullah
filem ni, durasi hampir 2 jam ini tidak membosankan.
DENGAN kos penerbitan RM8 juta, Hikayat Merong Mahawangsa
muncul sebagai filem termahal kedua tempatan selepas
Puteri Gunung Ledang (PGL).
Ramai betul pelakon yang digunakan untuk askar di
pihak GERUDA , tentera ROM dan CHINA.ape-ape pun,
aku suggest tengok sendiri di panggung berdekatan...






one plaza


Kat sane ak contact kawan2 yg buat pratikal di Kuala
Selangor, AN,TINI,DILA N LINDA.Siap tgok wayang n
ke Bintang Gemilang," menyumbangkan lagu"..hehe.
Puas hati sebab dapat lepaskan perasaan dan pegang mikrofon.





Kemudian, kami ke rumah diorang n
dapat makan bubur jagung n tomyam..special sambutan
kawan2 ku ini kepada kami,,hehe

Sementara tunggu An masak,ak keluar kejap dengan Dila.
Dila bawak ke Taman Melawati.Katanya kat sane banyak
betul kera.Ak rasa takut sebab
kera ni duduk atas kereta la, duk atas pelancong la.
Ak xlama kat sni, tkut dengan kera2 yang banyak di sini
walaupun nampak jinak je.Dibuatnyer digigit,naya..hehee




Malamnya pula, dalam pukl 8.00 pm, kami ke KG KUANTAN,
untuk melihat kelip2.



pakai jaket keselamatan.safety first



dah lama nak datang sini,tak sangka hari ini tanpa dirancang
sampai juga aku di sini.dengan bayaran rm 40 untuk 4 orang
dalam satu perahu, kami menjelajahi sungai
dan melihat kelip2 yang ada di pokok berembang.
Kelip-kelip adalah sejenis serangga dari kumpulan kumbang.
Keunikan yang ada pada Kelip-kelip ini adalah pada ekornya,
yang mengeluarkan kelipan cahaya.
CANTIK YANG AMAT SANGAT! macam pokok krismas dan
lampu lip lap.
Sayangnya, xleh amik gambar, tak nampak dalam gambar.




Lepas tgok kelip2, baru balik ke Sg Besar.
walaupun penat, hepi sangat2 coz dpat jumpa kawan-kawan n
melancong...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NUFFNANG

GuaBlog.com