Hujung minggu ini dipenuhi dengan pelbagai aktiviti.
Hari sabtu( 26 mac ) ade mesyuarat PIBG di sekolah,
petangnya pula ke PESTA KONVO POLITEKNIK SULTAN
IDRIS SHAH n hari ahad pergi berjalan2 ke Kuala Selangor.
Bukan dekat taw dari SG BESAR nak ke KUALA SELANGOR,
dalam 1 jam 15 minit. Sanggup kami ke sana semata-mata
nak tengok wayang.
tunggu wayang bermula,makan dulu...
Bersama rakan praktikum iaitu LIN dan AISHAH,kami mengembara
ke kuala selangor dari pagi hingga ke malam.
Niat utama adalah nak tgk filem HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA yang
begitu hangat diperkatakan.Sebelum ni plan nak ke
Teluk Intan, tapi cancel sebab dah pernah ke sana .
Masuk panggung di ONE PLAZA di belakang TESCO pukul 3,
sudah terasa kehangatan filem ni.Memang layan betullah
filem ni, durasi hampir 2 jam ini tidak membosankan.
DENGAN kos penerbitan RM8 juta, Hikayat Merong Mahawangsa
muncul sebagai filem termahal kedua tempatan selepas
Puteri Gunung Ledang (PGL).
Ramai betul pelakon yang digunakan untuk askar di
pihak GERUDA , tentera ROM dan CHINA.ape-ape pun,
aku suggest tengok sendiri di panggung berdekatan...
one plaza
Kat sane ak contact kawan2 yg buat pratikal di Kuala
Selangor, AN,TINI,DILA N LINDA.Siap tgok wayang n
ke Bintang Gemilang," menyumbangkan lagu"..hehe.
Puas hati sebab dapat lepaskan perasaan dan pegang mikrofon.
Kemudian, kami ke rumah diorang n
dapat makan bubur jagung n tomyam..special sambutan
kawan2 ku ini kepada kami,,hehe
Sementara tunggu An masak,ak keluar kejap dengan Dila.
Dila bawak ke Taman Melawati.Katanya kat sane banyak
betul kera.Ak rasa takut sebab
kera ni duduk atas kereta la, duk atas pelancong la.
Ak xlama kat sni, tkut dengan kera2 yang banyak di sini
walaupun nampak jinak je.Dibuatnyer digigit,naya..hehee
Malamnya pula, dalam pukl 8.00 pm, kami ke KG KUANTAN,
untuk melihat kelip2.
pakai jaket keselamatan.safety first
dah lama nak datang sini,tak sangka hari ini tanpa dirancang
sampai juga aku di sini.dengan bayaran rm 40 untuk 4 orang
dalam satu perahu, kami menjelajahi sungai
dan melihat kelip2 yang ada di pokok berembang.
Kelip-kelip adalah sejenis serangga dari kumpulan kumbang.
Keunikan yang ada pada Kelip-kelip ini adalah pada ekornya,
yang mengeluarkan kelipan cahaya.
CANTIK YANG AMAT SANGAT! macam pokok krismas dan
lampu lip lap.
Sayangnya, xleh amik gambar, tak nampak dalam gambar.
Lepas tgok kelip2, baru balik ke Sg Besar.
walaupun penat, hepi sangat2 coz dpat jumpa kawan-kawan n
melancong...
No comments:
Post a Comment