Idea dtg td ketika ak boring dan tersengguk2 mengantuk
semasa mesyuarat guru kali kedua.Pengetua duk bincang
pasal usul, perkara berbangkit la, ak pulak sibuk
nak bermadah. Ak amik mudah je
agenda mesyuarat ini kerana aku bukan terlibat
dalam agenda ini. Tup- tup nama aku dan kawan-kawan
praktikal lagi 5 orang diminta berdiri untuk
diperkenalkan kepada guru-guru.Terus tak mengantuk..hehee
TIAP MINGGU ADA MESYUARAT,
RAMAI YANG HADIR SEBAGAI SYARAT,
DATANG SEBAGAI AHLI MESYUARAT,
DARI YANG NAMPAK PENUH KEPADA KEPALA SEKERAT,
TUNDUK MENGANGGUK LAGAK ORANG HEBAT.
SUDAH DILAYANG BERPUCUK SURAT,
PERGI DENGAN HATI YANG BERAT,
SEPATUTNYA HUBUNGAN BERTAMBAH ERAT,
TETAPI MENJADI MEDAN BERTEGANG URAT,
SEHINGGA DICATAT DALAM MINIT MESYUARAT.
PAGI KE PETANG ASYIK MEETING,
MEMBINCANGKAN USUL PENTING,
PERLU KEPUTUSAN SEGERA SAAT GENTING,
YANG LAIN JANGAN CEPAT MELENTING,
BIMBANG PEN DAN KERTAS TERPELANTING.
orang duk meeting, aku sibuk melilau tgok sekeliling.
Ni saje suka2 ..jgn marah2..:)
No comments:
Post a Comment