Pagi yang tenang dan sempat lagi aku bersenang-senang
digempakkan dengan satu suara ini:
EN MOHD NOOR DAH OTW KE SINI NAK OBSERVE!
jerit cikgu nelly dari dalam biliknya .
HA!!!
terkejut betul aku rasa.
xde khabar berita apa pun, tiba2 dah nak sampai...
Ape lagi ,kelam kabut aku dan k lin menyiapkan kerja
yang masih banyak belum dikemaskini.Dengan kena ganti kelas
dan menjaga kelas peperiksaan lagi, agak kelam kabut sikit.
Aku siap bawak semua fail pengurusan masuk kelas untuk siapkan.
Pelajar-pelajar aku minta mereka mengulang kaji.
Nasib baik la semalam aku terdetik nak siapkan fail
pengurusan dan borang-borang perkembangan pelajar.
Kebetulan pulak minggu ini ada ujian bulanan satu, selamat
lah aku dari diberi penilaian sesi kaunseling secara live sebab
pelajar semua sedang mengambil ujian.Tapi, en Mohd Noor still
nak tengok rakaman audio or video setiap sesi kaunseling
yang aku jalankan.
Jangan cakaplah la pasal komen, aku rase hampir 1 jam lebih
encik memberikan ulasan ,komen dan teguran .Paling ketara
kena tegur adalah pengaplikasiaan teori dalam sesi.Ak memang
kurang mahir.Sebab itulah encik memberikan panduan tadi
dalam mengenal pasti masalah klien berdasarkan teorii.SElain
itu, penggunaan nada suara juga perlu diperbaiki,
maksudnya nada semasa sesi mestilah berbeza dengan
nada suara ketika berborak kosong.
pensyarah penyelia , En Mohd Noor Idris...
Banyak juga aku dan k lin kena "basuh" tadi..hehee
pe pun..tq encik...kami akan perbaiki lagi...
tunggu lepas cuti sekolah minggu depan,nak balik
ambik feel di kampung dulu..:)
Haarap2 dapat A++ ye encik..sbb ak dh tlong "femeskan" muka
encik dlm blog ni..hehe
No comments:
Post a Comment