Monday, March 28, 2011

WEEKEND DI KUALA SELANGOR

Hujung minggu ini dipenuhi dengan pelbagai aktiviti.
Hari sabtu( 26 mac ) ade mesyuarat PIBG di sekolah,
petangnya pula ke PESTA KONVO POLITEKNIK SULTAN
IDRIS SHAH n hari ahad pergi berjalan2 ke Kuala Selangor.

Bukan dekat taw dari SG BESAR nak ke KUALA SELANGOR,
dalam 1 jam 15 minit. Sanggup kami ke sana semata-mata
nak tengok wayang.


tunggu wayang bermula,makan dulu...

Bersama rakan praktikum iaitu LIN dan AISHAH,kami mengembara
ke kuala selangor dari pagi hingga ke malam.
Niat utama adalah nak tgk filem HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA yang
begitu hangat diperkatakan.Sebelum ni plan nak ke
Teluk Intan, tapi cancel sebab dah pernah ke sana .



Masuk panggung di ONE PLAZA di belakang TESCO pukul 3,
sudah terasa kehangatan filem ni.Memang layan betullah
filem ni, durasi hampir 2 jam ini tidak membosankan.
DENGAN kos penerbitan RM8 juta, Hikayat Merong Mahawangsa
muncul sebagai filem termahal kedua tempatan selepas
Puteri Gunung Ledang (PGL).
Ramai betul pelakon yang digunakan untuk askar di
pihak GERUDA , tentera ROM dan CHINA.ape-ape pun,
aku suggest tengok sendiri di panggung berdekatan...






one plaza


Kat sane ak contact kawan2 yg buat pratikal di Kuala
Selangor, AN,TINI,DILA N LINDA.Siap tgok wayang n
ke Bintang Gemilang," menyumbangkan lagu"..hehe.
Puas hati sebab dapat lepaskan perasaan dan pegang mikrofon.





Kemudian, kami ke rumah diorang n
dapat makan bubur jagung n tomyam..special sambutan
kawan2 ku ini kepada kami,,hehe

Sementara tunggu An masak,ak keluar kejap dengan Dila.
Dila bawak ke Taman Melawati.Katanya kat sane banyak
betul kera.Ak rasa takut sebab
kera ni duduk atas kereta la, duk atas pelancong la.
Ak xlama kat sni, tkut dengan kera2 yang banyak di sini
walaupun nampak jinak je.Dibuatnyer digigit,naya..hehee




Malamnya pula, dalam pukl 8.00 pm, kami ke KG KUANTAN,
untuk melihat kelip2.



pakai jaket keselamatan.safety first



dah lama nak datang sini,tak sangka hari ini tanpa dirancang
sampai juga aku di sini.dengan bayaran rm 40 untuk 4 orang
dalam satu perahu, kami menjelajahi sungai
dan melihat kelip2 yang ada di pokok berembang.
Kelip-kelip adalah sejenis serangga dari kumpulan kumbang.
Keunikan yang ada pada Kelip-kelip ini adalah pada ekornya,
yang mengeluarkan kelipan cahaya.
CANTIK YANG AMAT SANGAT! macam pokok krismas dan
lampu lip lap.
Sayangnya, xleh amik gambar, tak nampak dalam gambar.




Lepas tgok kelip2, baru balik ke Sg Besar.
walaupun penat, hepi sangat2 coz dpat jumpa kawan-kawan n
melancong...

Monday, March 21, 2011

keropok malinja

Bila berada di tempat orang, macam2 pengalaman
yang dilalui.banyak benda kena belajar, banyak benda
sudah ditemui.kawan baru,suasana baru,perasaan baru,
kehidupan baru.

Yg penting sekali belajar tentan budaya tempat baru
dan menerimanya, itulah dinamakan silang budaya.

baru2 ni ak ade la makan satu crackers ni...
kawan praktikum yang tinggal di Banting, suraya
namanya ada bawakkan KEROPOK MALINJA.

apa tu?first ak pon xtaw..ape bende la,x pernah makan.
kat tempat sendiri mane ade..ak main tibai je makan
sebab tgk makan best je keropok ni landing
atas meja..ehhe..ak pon xsbr nk rase..
pergh..skali rasa, ade rase PAHIT la...

eh..ak pon pelik,apesal la pahit ni...mybe
ak gigit tempat yang pahit kot..but akan makan
lagi n lagi,sampai separuh plastik still
rase pahit.

Rupa-rupanya menurut kawan-kawan, keropok ni
memang rasa pahit ckit.Yg ak teruja adalah
ia dihasilakan dari sebuah pokok malinja n
buahnya dileperkan untuk
dijadikan keropok...ooo..baru ku tahu...


ni la rupa keropok malinja ..dh separuh aku mkn bru teringat nak amik gambr..hehe

Sunday, March 20, 2011

REALITI GURU PENGIRING

Musin cuti sekolah dah berakhir . Masih tak puas berada di kampong.
Ye la,cuti seminggu dirasakan sekejap je.Sebelum cuti sekolah,
aku diminta jadi guru pengiring pelajar ke SUMMERCAMP,KEM BUMI JATI, KLANG.Mengiringi pelajar2 sekolahku yang menjadi sekolah angkat kepada PKNS.
Kem bermula 11 dan 13 Mac iaitu jumaat hingga ahad ini memang best lah.
Walau pun aku hanya guru pengiring n duduk di belakang je,
tp banyak ilmu yang aku dapat n blh digunakan serta
dikongsikan kepada pelajar lain nanti.



guru-guru pengiring







Dr.Abdol Aziz Sahat,pengurus besar Akademi Minda Bestari
menyampaikan motivasi kemahiran belajar dan para pelajar
begitu enjoy.Aku n guru praktikal lain pon tumpang
semangkuk sebab aktiviti yang disediakan santai
dan gempak gitu…



Tinggal pula tempat yang sangat selesa dengan
bilik aircond dan ASTRO. Jadi cikgu pengiring memang best,
xperlu sepanjang masa mengawasi pelajar kerana dah ade FC
yang jaga.Ak tak perlu ikut semua aktiviti yang disediakan,
just sebagai memantau mereka sahaja.Tapi, aktiviti makan2
xpernah miss..hehe..setiap waktu makan ,guru
pengiring dahulu yang sampai dari pelajar..ahahaha





Petang ahad tu, kami kerana rushing balik ke sekolah
sebab pada malam nya aku nak blik kampung. Sori
yer pelajar2, xdpat nak singgah mana2,
nanti cikgu terlepas bas plak..ehheee

Thursday, March 10, 2011

MEETING- Meet something

Idea dtg td ketika ak boring dan tersengguk2 mengantuk
semasa mesyuarat guru kali kedua.Pengetua duk bincang
pasal usul, perkara berbangkit la, ak pulak sibuk
nak bermadah. Ak amik mudah je
agenda mesyuarat ini kerana aku bukan terlibat
dalam agenda ini. Tup- tup nama aku dan kawan-kawan
praktikal lagi 5 orang diminta berdiri untuk
diperkenalkan kepada guru-guru.Terus tak mengantuk..hehee


TIAP MINGGU ADA MESYUARAT,
RAMAI YANG HADIR SEBAGAI SYARAT,
DATANG SEBAGAI AHLI MESYUARAT,
DARI YANG NAMPAK PENUH KEPADA KEPALA SEKERAT,
TUNDUK MENGANGGUK LAGAK ORANG HEBAT.


SUDAH DILAYANG BERPUCUK SURAT,
PERGI DENGAN HATI YANG BERAT,
SEPATUTNYA HUBUNGAN BERTAMBAH ERAT,
TETAPI MENJADI MEDAN BERTEGANG URAT,
SEHINGGA DICATAT DALAM MINIT MESYUARAT.

PAGI KE PETANG ASYIK MEETING,
MEMBINCANGKAN USUL PENTING,
PERLU KEPUTUSAN SEGERA SAAT GENTING,
YANG LAIN JANGAN CEPAT MELENTING,
BIMBANG PEN DAN KERTAS TERPELANTING.



orang duk meeting, aku sibuk melilau tgok sekeliling.


Ni saje suka2 ..jgn marah2..:)

Tuesday, March 8, 2011

PENYELIA DATANG MENGEJUT!

Pagi yang tenang dan sempat lagi aku bersenang-senang
digempakkan dengan satu suara ini:

EN MOHD NOOR DAH OTW KE SINI NAK OBSERVE!

jerit cikgu nelly dari dalam biliknya .

HA!!!

terkejut betul aku rasa.
xde khabar berita apa pun, tiba2 dah nak sampai...
Ape lagi ,kelam kabut aku dan k lin menyiapkan kerja
yang masih banyak belum dikemaskini.Dengan kena ganti kelas
dan menjaga kelas peperiksaan lagi, agak kelam kabut sikit.
Aku siap bawak semua fail pengurusan masuk kelas untuk siapkan.
Pelajar-pelajar aku minta mereka mengulang kaji.

Nasib baik la semalam aku terdetik nak siapkan fail
pengurusan dan borang-borang perkembangan pelajar.


Kebetulan pulak minggu ini ada ujian bulanan satu, selamat
lah aku dari diberi penilaian sesi kaunseling secara live sebab
pelajar semua sedang mengambil ujian.Tapi, en Mohd Noor still
nak tengok rakaman audio or video setiap sesi kaunseling
yang aku jalankan.





Jangan cakaplah la pasal komen, aku rase hampir 1 jam lebih
encik memberikan ulasan ,komen dan teguran .Paling ketara
kena tegur adalah pengaplikasiaan teori dalam sesi.Ak memang
kurang mahir.Sebab itulah encik memberikan panduan tadi
dalam mengenal pasti masalah klien berdasarkan teorii.SElain
itu, penggunaan nada suara juga perlu diperbaiki,
maksudnya nada semasa sesi mestilah berbeza dengan
nada suara ketika berborak kosong.


pensyarah penyelia , En Mohd Noor Idris...

Banyak juga aku dan k lin kena "basuh" tadi..hehee

pe pun..tq encik...kami akan perbaiki lagi...
tunggu lepas cuti sekolah minggu depan,nak balik
ambik feel di kampung dulu..:)




Haarap2 dapat A++ ye encik..sbb ak dh tlong "femeskan" muka
encik dlm blog ni..hehe

Monday, March 7, 2011

perkongsian

>KITA INGAT 10 % APA YANG DIBACA

>KITA INGAT 20% APA YANG DIDENGAR

>KITA INGAT 50 % APA YANG DIDENGAR & DILIHAT

>KITA INGAT 70% APA YANG DICAKAPKAN

>KITA INGAT 90% SETELAH DIPRAKTIKKAN

Friday, March 4, 2011

Hujung Minggu yg boring!

Dalam sejarah sepanjang hidup aku, hujung minggu lepas
dan minggu ini sangat2 boring!

Asyik terperap dalam kuaters ni.nak pergi jalan2 pon setakat depan rumah
dan kawasan sekolah je.Sunyi betul jika xde pelajar.
Nak kuar pergi pantai atau nk beli barang2 pon xboleh, xde kenderaan.
jangan kata basikal, mercedez pon xde.hehe

Nasib baik r kat umah ade TV n wireless...Kalu tidak mati kutu la aku...
Minggu lepas lagi rase tension sebb barang keperluan dapur
semua habis. Ade beras n telur je...Lepas tu kakak Roha, guru
yang aku tumpang rumahnya di kuaters ini pulak pergi Klang. Dah xde yang
nak masak sedap2 untuk kami berdua..hehe
Mujurlah minggu ni ak xkebulur sebab semalam beli barang dapur.
Kak Roha pon ade dekat rumah.hehe

Nak buat ape yer?kemas rumah dah siap, tngok TV xde cerita,
nak makan ade jemput2 pisang je, nak tidor dah x ngatuk,
nak main badminton cuaca panas lagi...



gambar SMK MUNSHI dari depan rumah,nak tunjuk bahawa betapa sunyinya di sini

CR MKN TEPI MUARA

Hari jumaat penghulu segala hari.Sekolah tamat awal,
pukul 12.30 tghari lagi.
Dulu aku beria- ia nak blik awl dri sekolah, tp skrg tak pun...
sebabnya kalu balik umah yang hanya dua tiga puluh langkah katak
tu xde ape2 nk buat pon.Balik2 duk termenung n tidor.
Aku baru niat nak wt laporan rekod kaunseling tetapi buku pulak
ditinggalkan dekat pejabat untuk pengetua sign.Ni ak fed up ni
bila nk wt keje ade halangan (padahal hari lain free je..hehe)

Tetiba k lin, my patners pratical panggil ...katanya nak pergi
SG BESAR untuk cari barang..ape lagi, dngan tindakan sepantas
lipas kudung, ak bersiap.Kena siap cepat-cepat sebab nk tumpang
kereta pelajar aku..Bagus betul Wan @ ketua pelajar,
sllu temankan kami pergi sg besar. Mujurlah dia seorang
yg boleh diharap.Nanti minyak kereta cikgu tolong
bayarkan yer..hehee

Lepas round2 cari barang, Wan bawak kami pergi makan
di D'MUARA CAFE,SG BESAR.
cun r tempat die..
tgk bot berlabuh, tengok camar terbang, tngok org kapel.opsss..


tunggu makanan sampai


tgh cakap2 lin snap pic..yg penting mknn smpai..layannnn



tgok lin xsabar nak makan..hehee



makan2 sambil menghadap muara sungai..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NUFFNANG

GuaBlog.com