Saturday, May 14, 2011

LAKSA PERLIS

Tak sempat nak masukkan entry pasal lakse perlis minggu
lepas.Hari ni baru de masa. minggu lepas kan ak
tidor di rumah rakan praktikal lain, so kawan
praktikal dari Perlis masakkkan laksa perlis .
Ak pun xpernah makan, ni bru nk cube.Ingatkan same gan laksa
yang selalu ak beli di pasar.Lagi pun kalu dengan
laksa di kampung lagi berbeza.




ni la kuah laksa perlis.guna ikan kembung.kitorang beli 2 kilo ikan untuk kuah lg pekat

Wednesday, May 11, 2011

1 MINGGU LAGI



YESSS..xlama lg nk hbs praktikal. Ada satu minggu lagi
sebb 20 mei ak hbs praktikum.

Tapi, laporan akhir pon kena siapkan secepat mungkin.Nanti minggu
depan ada sambutan hari guru, lagi bz. Kebetulan pula minggu
depan semua pelajar menduduki peperiksaan pertengahan tahun.
Kalu kena jaga kelas peperiksaan ,lagilah
ak xde msa nk siapkan laporan.

kalu dulu mse kat kolej asyik bz nk siapkan assignment
yang diberikan, dkat skolah pun sama gak r skrg.Ak kena
siapkan laporan akhir praktikum.

Sebelum tu, slmt menduduki peperiksaan kepada semua pelajar
SMK MUNSHI ABDULLAH.Nanti kalu de nak taw tip2 menjawab soalan exam,
terutamanya ttg men'cilok' dalam exam, datang jmpe
cikgu ye..hehehe...

Tuesday, May 3, 2011

MEE UDANG BNO




3 hari terperap dekat rumah ..tu pun xsunyi sangat
sebab ak duk rumah kwn praktikal yg lain,
su..eja..shida..TQ kpd diorg yg layan
ak mcm tetamu..hehee..first class..
mkn pun ckup..hhehe

kalu ak duk kuaters sorang2, ak buleh jadi gila kot..
sbb xde org pon di kawasan sekolah tu..sume pljar
asrama balik rumah.

Waktu cuti hari pekerja tu,ak duk rumah je..tapi
keesokannya kawan ak dr Teluk Intan
datang ke Sg Besar.Sempat singgah di rumah kejap
n aku bawak p makan mee udang di BAGAN NAKHODA OMAR.

best taw mee kat cni,sedap,murah dan tempat pon sangat
cantik.Sambil makan ,angin pantai bertiup
sepoi2 bahasa.

lain kali datang lagi ye IDA N INA.





Saturday, April 16, 2011

kurangkan dan tambahkan


KURANG BERCAKAP KURANG DOSA-BAGUS



KURANG MAKAN KURANG KOLESTROL-SIHAT



BANYAK MAKAN BANYAK BERBUAL-ZERO



RAJIN BERUSAHA RAJIN BEKERJA-HERO

keboringan


hujan rintik-rintik smkin lama semakin lebat.
hati mula rungsing kerana bekalan makanan dan
bekalan duit sudah hampir susut.macam mana nak
keluar jika hujan berterusan begini.wa...
sedih r pulak. nak balik kampung!nk cepat2
habiskan praktikal supaya tak terseksa dan
terpenjara tanpa kebebasan ke mana2 ni.

kebebasan ada, tapi di tangan orang.Maksud aku
walaupun di sni ak boleh kemana2 tnpa pengawasan
ma abah,tapi kebebasan itu bergantung kepada orang
atau kawan2 yg akan bawak kereta or motor nanti.kalau
si pembawa ke kedai kain, aku pun ke kedai kain,
kalau si pembawa ke KFC,aku pun ikut.

kalau d rumah wlaupun tidak bebasa ke sana ke mari,
tapi ak ade motor dan tidak menyusahkan orang nak ke
mana-mana.

Monday, March 28, 2011

WEEKEND DI KUALA SELANGOR

Hujung minggu ini dipenuhi dengan pelbagai aktiviti.
Hari sabtu( 26 mac ) ade mesyuarat PIBG di sekolah,
petangnya pula ke PESTA KONVO POLITEKNIK SULTAN
IDRIS SHAH n hari ahad pergi berjalan2 ke Kuala Selangor.

Bukan dekat taw dari SG BESAR nak ke KUALA SELANGOR,
dalam 1 jam 15 minit. Sanggup kami ke sana semata-mata
nak tengok wayang.


tunggu wayang bermula,makan dulu...

Bersama rakan praktikum iaitu LIN dan AISHAH,kami mengembara
ke kuala selangor dari pagi hingga ke malam.
Niat utama adalah nak tgk filem HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA yang
begitu hangat diperkatakan.Sebelum ni plan nak ke
Teluk Intan, tapi cancel sebab dah pernah ke sana .



Masuk panggung di ONE PLAZA di belakang TESCO pukul 3,
sudah terasa kehangatan filem ni.Memang layan betullah
filem ni, durasi hampir 2 jam ini tidak membosankan.
DENGAN kos penerbitan RM8 juta, Hikayat Merong Mahawangsa
muncul sebagai filem termahal kedua tempatan selepas
Puteri Gunung Ledang (PGL).
Ramai betul pelakon yang digunakan untuk askar di
pihak GERUDA , tentera ROM dan CHINA.ape-ape pun,
aku suggest tengok sendiri di panggung berdekatan...






one plaza


Kat sane ak contact kawan2 yg buat pratikal di Kuala
Selangor, AN,TINI,DILA N LINDA.Siap tgok wayang n
ke Bintang Gemilang," menyumbangkan lagu"..hehe.
Puas hati sebab dapat lepaskan perasaan dan pegang mikrofon.





Kemudian, kami ke rumah diorang n
dapat makan bubur jagung n tomyam..special sambutan
kawan2 ku ini kepada kami,,hehe

Sementara tunggu An masak,ak keluar kejap dengan Dila.
Dila bawak ke Taman Melawati.Katanya kat sane banyak
betul kera.Ak rasa takut sebab
kera ni duduk atas kereta la, duk atas pelancong la.
Ak xlama kat sni, tkut dengan kera2 yang banyak di sini
walaupun nampak jinak je.Dibuatnyer digigit,naya..hehee




Malamnya pula, dalam pukl 8.00 pm, kami ke KG KUANTAN,
untuk melihat kelip2.



pakai jaket keselamatan.safety first



dah lama nak datang sini,tak sangka hari ini tanpa dirancang
sampai juga aku di sini.dengan bayaran rm 40 untuk 4 orang
dalam satu perahu, kami menjelajahi sungai
dan melihat kelip2 yang ada di pokok berembang.
Kelip-kelip adalah sejenis serangga dari kumpulan kumbang.
Keunikan yang ada pada Kelip-kelip ini adalah pada ekornya,
yang mengeluarkan kelipan cahaya.
CANTIK YANG AMAT SANGAT! macam pokok krismas dan
lampu lip lap.
Sayangnya, xleh amik gambar, tak nampak dalam gambar.




Lepas tgok kelip2, baru balik ke Sg Besar.
walaupun penat, hepi sangat2 coz dpat jumpa kawan-kawan n
melancong...

Monday, March 21, 2011

keropok malinja

Bila berada di tempat orang, macam2 pengalaman
yang dilalui.banyak benda kena belajar, banyak benda
sudah ditemui.kawan baru,suasana baru,perasaan baru,
kehidupan baru.

Yg penting sekali belajar tentan budaya tempat baru
dan menerimanya, itulah dinamakan silang budaya.

baru2 ni ak ade la makan satu crackers ni...
kawan praktikum yang tinggal di Banting, suraya
namanya ada bawakkan KEROPOK MALINJA.

apa tu?first ak pon xtaw..ape bende la,x pernah makan.
kat tempat sendiri mane ade..ak main tibai je makan
sebab tgk makan best je keropok ni landing
atas meja..ehhe..ak pon xsbr nk rase..
pergh..skali rasa, ade rase PAHIT la...

eh..ak pon pelik,apesal la pahit ni...mybe
ak gigit tempat yang pahit kot..but akan makan
lagi n lagi,sampai separuh plastik still
rase pahit.

Rupa-rupanya menurut kawan-kawan, keropok ni
memang rasa pahit ckit.Yg ak teruja adalah
ia dihasilakan dari sebuah pokok malinja n
buahnya dileperkan untuk
dijadikan keropok...ooo..baru ku tahu...


ni la rupa keropok malinja ..dh separuh aku mkn bru teringat nak amik gambr..hehe

Sunday, March 20, 2011

REALITI GURU PENGIRING

Musin cuti sekolah dah berakhir . Masih tak puas berada di kampong.
Ye la,cuti seminggu dirasakan sekejap je.Sebelum cuti sekolah,
aku diminta jadi guru pengiring pelajar ke SUMMERCAMP,KEM BUMI JATI, KLANG.Mengiringi pelajar2 sekolahku yang menjadi sekolah angkat kepada PKNS.
Kem bermula 11 dan 13 Mac iaitu jumaat hingga ahad ini memang best lah.
Walau pun aku hanya guru pengiring n duduk di belakang je,
tp banyak ilmu yang aku dapat n blh digunakan serta
dikongsikan kepada pelajar lain nanti.



guru-guru pengiring







Dr.Abdol Aziz Sahat,pengurus besar Akademi Minda Bestari
menyampaikan motivasi kemahiran belajar dan para pelajar
begitu enjoy.Aku n guru praktikal lain pon tumpang
semangkuk sebab aktiviti yang disediakan santai
dan gempak gitu…



Tinggal pula tempat yang sangat selesa dengan
bilik aircond dan ASTRO. Jadi cikgu pengiring memang best,
xperlu sepanjang masa mengawasi pelajar kerana dah ade FC
yang jaga.Ak tak perlu ikut semua aktiviti yang disediakan,
just sebagai memantau mereka sahaja.Tapi, aktiviti makan2
xpernah miss..hehe..setiap waktu makan ,guru
pengiring dahulu yang sampai dari pelajar..ahahaha





Petang ahad tu, kami kerana rushing balik ke sekolah
sebab pada malam nya aku nak blik kampung. Sori
yer pelajar2, xdpat nak singgah mana2,
nanti cikgu terlepas bas plak..ehheee

Thursday, March 10, 2011

MEETING- Meet something

Idea dtg td ketika ak boring dan tersengguk2 mengantuk
semasa mesyuarat guru kali kedua.Pengetua duk bincang
pasal usul, perkara berbangkit la, ak pulak sibuk
nak bermadah. Ak amik mudah je
agenda mesyuarat ini kerana aku bukan terlibat
dalam agenda ini. Tup- tup nama aku dan kawan-kawan
praktikal lagi 5 orang diminta berdiri untuk
diperkenalkan kepada guru-guru.Terus tak mengantuk..hehee


TIAP MINGGU ADA MESYUARAT,
RAMAI YANG HADIR SEBAGAI SYARAT,
DATANG SEBAGAI AHLI MESYUARAT,
DARI YANG NAMPAK PENUH KEPADA KEPALA SEKERAT,
TUNDUK MENGANGGUK LAGAK ORANG HEBAT.


SUDAH DILAYANG BERPUCUK SURAT,
PERGI DENGAN HATI YANG BERAT,
SEPATUTNYA HUBUNGAN BERTAMBAH ERAT,
TETAPI MENJADI MEDAN BERTEGANG URAT,
SEHINGGA DICATAT DALAM MINIT MESYUARAT.

PAGI KE PETANG ASYIK MEETING,
MEMBINCANGKAN USUL PENTING,
PERLU KEPUTUSAN SEGERA SAAT GENTING,
YANG LAIN JANGAN CEPAT MELENTING,
BIMBANG PEN DAN KERTAS TERPELANTING.



orang duk meeting, aku sibuk melilau tgok sekeliling.


Ni saje suka2 ..jgn marah2..:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NUFFNANG

GuaBlog.com