Monday, December 3, 2012

cek mek molek + agar-agar laici = minum petang

petang-petang macam nie perut mula la rase nak makan macam-macam.nak pergi pasar malam mane bukak lagi masa nie... rase rajin pulak nak surf resepi2 mudah untuk makan petang..kebetulan pulak kat dapur ade bahan-bahan yang dikehendaki..ape lagi, bermulalah misi  'menjadikan dapur seperti kapal pecah' bermula...

musim hujan nie perut memang cepat lapar. kebetulan pulak stok ubi keledek memang banyak di dapur, sebab ubi keledek ni kalau makan time baru masak semasa hujan pulak memang 'umphh'....

misi pertama membuat kuih CEK MEK MOLEK...kuih tradisional Kelantan...senang je.
 cara-cara nye:
-4 atau 5 biji keledek direbus, bila masak buang kulitnya.
-keledek dilenyek sampai hancur.
-sedikit gandum dicampur dengan keledek , dan ditambah sedikit air supaya mudah diuli. tambah secubit garam .
-bila adunan dah sebati, ambil sedikit adunan tadi, dah buatkan kecil-kecil besar bola ping pong, lepas tue leperkan dan letakkan sedikit gula ditengah-tengah.
-bentukkan jadi bujur. lepas tue goreng dalam api yang sederhana sehingga kekuning-kuningan.


kuih cek mek molek yang tak berapa molek bila aku yg buat..kali pertama buat..boleh dimaafkan lagi kan....
agar-agar laici

cara-cara:
-1 plastik agar-agar dimasak bersama 1500 ml .
-setelah agar-agar masak, masukkan 1 cawan gula (kalu xnak manis sangat, kurangkan), 1 tin susu cair dan 1 tin laici .buah laici tue ptong kecil-kecil taw... boleh masukkan kismis jugak kalau nak
-bila dah mendidih, letakkan dalam  bekas dan sejukkan pastue masukkan dalam peti ais..baru best makan ..


tengah sejukkan agar-agar... agar-agar laici yang dah sejuk tak sempat pulak nk snap, sbb seblum ak snap, banyak mulut dah 'ngapp' dulu.huhu

selamat mencuba! maaflah kalu resepi  tak setaraf chef..:)

7 comments:

  1. cek mek molek ni paling sedap kalau masa gigit tu gulanya cair melimpah ke mulut kan...nyummm..

    ReplyDelete
  2. cek mek molek ni kuih traditional klntn ya? baru tau..hehe..

    suka mkn kuih ni, sdp sgt! ;)

    ReplyDelete
  3. br try buat nie, rupa-rupanyer xsusah sgt....huhu..mkn pon sedap..tp kena hati2 klau mkn time pnas, blh melecur lidah sbb gula tu dh cair..huhu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NUFFNANG

GuaBlog.com