Sunday, November 25, 2012

bubur asyura di bulan Muharam





Bulan Muharam  adalah bulan pertama dalam kalendar Hijrah.
Umat Islam dilarang berperang dalam bulan ini kecuali mereka diancam dan diugut.

Kata Nabi SAW, “Puasa yang paling afdal setelah puasa Ramadan ialah puasa di bulan ALLAH, al-Muharam. Solat yang paling afdal setelah solat yang difardukan adalah solat pada malam hari.” (Hadis Riwayat Muslim)

Di kampung aku tidak ketinggalan memeriahkan bulan Muharam ini dengan membuat bubur assyura.
Meriah sekali kerana ramai orang turun untuk menolong mengacau bubur ini. Aku tak lah mengacau bubur assyura ni, sebab ni sume kerja orang lelaki.Panas duk tepi kawah yang besar ni, tak tahan aku..huhhu.. tapi aku tolong bab di dapur seperti memarut kelapa, mengacau kerisik dan pergi kedai beli bekas untuk masukkan bubur assyura . Nanti nak kena agihkan kepada orang kampung.

antara bahan memasak bubur assyura

ma sedang menggoreng kerisik 
kerisik yang telah siap digoreng. Nanti akan dimasukkan dalam bubur assyura


budak-budak pun nak try kacau, tapi kejap je..tkut ade pulak jatuh dalam bubur tu...
Photo
bubur assyura yang dah masak diletakkan atas daun pisang dan bersedia untuk diagihkan


Saturday, November 24, 2012

kedai mok su

Kalau orang Pasir Mas khususnya, mesti taw kan katne kedai Mok Su...betul-betul bersebelahan rumah Tengku Iskandar di bandar Pasir Mas. Gerai ini agak tersorok tetapi setiap kali lalu, meja tak pernah kosong.aku pun baru first time makan kat sni, selalunyer lalu je tak pernah singgah. Bukan kerana memilih kedai, tapi kedai Mok Su ni sentiasa dipenuhi orang, terutama remaja. Segan jugak aku kalau nak makan sorang-sorang..hehe..

lunch hour

mee celup kedai mok su


air coconut shake with ice cream strawbery adalah menu paling popular di kedai mok su. sesuai sangatlah kalau minum time matahari memancar atas kepala. lega asenye...

Thursday, November 22, 2012

NOVEL HINGGA KE AKHIRNYA




Penulis: SITI NUR DHUHA
Terbitan: BUKU PRIMA
Harga: RM 25.90
Muka surat:709 muka surat

Assalamualaikum ,salam penghulu segala hari...

Semalam pusing-pusing sekitar Pasir Mas, singgah sekejap di Syarikat Muda Osman (SMO) mencari novel sambungan dari novel AKHIR SEBUAH CINTA. Pening jugak nak cari sebab SMO  baru renovate, jadi banyak rak yang masih belum tersusun. Cari punya cari jumpalah novel idaman hati iaitu  HINGGA KE AKHIRNYA. Punyalah excited nak baca sampaikan tak kisah harga buku mencecah RM 26.00..

Sinopsis cerita mengikut kefahaman aku:

 Setelah Mimi Atia dan Tengku Khuzairi berkahwin, Mimi Atia tidak dapat menerima suaminya walaupun suaminya telah berubah dan menjadi sangat penyayang. Ketika mereka hendak keluar, pasangan ini dikepung dan diculik oleh geng Raja Insyirah yang ingin membalas dendam untuk abangnya, Raja Irwan. Mimi Atia dan Tengku Khuzairi ditinggalkan di tengah hutan tebal. Pelbagai kejadian telah berlaku seperti diculik oleh orang yang tinggal di dalam hutan tersebut iaitu Angkasa dan Anggerik Wati. Raja Insyirah menyesal dan berusaha menyelamatkan kembali Mimi Atia dan Tengku Khuzairi.

Tapi, setelah baca hampir separuh buku, mula terasa  menyesal..huhu..bagi aku, novel ni tak best macam novel pertama dulu (AKHIR SEBUAH CINTA).Pandangan peribadi aku, jalan cerita agak merapu-rapu dan ada yang tidak logik.Contohnya :
1) Tengku Khuzairi dan Mimi Atia tersesat dalam hutan tebal .Punyalah susah diorang nak keluar, tetapi senang ke Raja Insyirah datang selamatkan mereka.
2) Dalam hutan pula, sempat lagi bermadah bercinta sedangkan kalau ikut logik better fikir cara macam mane nak selamatkan diri dan keluar.
3)Satu lagi, keluarga Mimi Atia tak bimbang ke anak dia tak balik-balik , takde pulak tulis mereka nak report polis.Cuma Tengku Ezairy pada mulanya nak report polis, tapi membatalkan niat sebab dia bimbang ada pembabitan ahli kaum kerabatnya dalam penculikan adiknya.

Walau macam mana pun, SYABAS kepada penulis kerana berjaya menghasilkan novel penuh konflik dan suspen ni. Jujurnya aku pun tak mampu nak tulis, jangan kata novel, cerpen 2 helai pun tak terdaya.Jangan marah ye..hehe

penunggang superbikes kemalangan

tadi baru baca berita pasal kemalangan ni...Kemalangan yang berlaku di KM13.6, NKVE Subang Selangor pada 11.45 pagi (22 nov).Ia melibatkan motosikal berkuasa besar konvoi Kota Tinggi Bikers.
Seorang dari penunggang maut manakala 6 lagi parah. Dari berita yang aku baca, kemalangan berpunca dari sebuah Honda CRV yang mengubah haluan secara tiba-tiba.
Bayangkanlah motor ni dahla besar, pastu konvoi ramai-ramai...kalau seorang terjatuh, yang lain mesti terbabit sama. Lagi pun kelajuan superbikes ni bukan setakat 110 km, malah lebih lagi..lebih laju pada kereta. Takziah diucapka kepada keluarga mangsa yang terlibat




nak lbih info boleh masuk website ini : http://mynewshub.my/2012/11/22/kemalangan-motorsikal-berkuasa-tinggi-1-maut/  dan juga website ini : http://ondscene.my/kemalangan/kemalangan-konvoi-superbike-1-maut-6-parah

peringatan untuk diri, tak kiralah naik superbikes ke, kereta sport ke, naik skuter sekali pun kita pandulah dengan berhemah.Ingat orang tersayang.

Wednesday, November 21, 2012

nama pun cikgu, hadiah pulak mesti buku!






Tajuk buku : HADIAH DARIPADA PENGANTIN
Penulis:Muzayyanah Abdullah
Terbitan: PTS Islamika Sdn Bhd

Aku rasa ini adalah hadiah paling sesuai kepada bakal pengantin.Selalunya orang bagi set pinggan la, alatan elektrik la tetapi aku rasa kalau sesiapa kawan aku kahwin nanti nak bagi hadiah sebuah buku.
 Dari pembacaan aku terhadap buku yang tidaklah tebal mana, hanya 54 muka surat sahaja dan harganya di bawah RM10 je, tapi ilmu dalam buku ini sangat-sangat berbaloi.
Ini sedikit perkongsian hasil 'bedah buku' oleh aku..hehe

P-penyatuan jiwa dua insan
E-elemen cinta, kasih sayang diabadikan
R-rasmi agama diterapkan, resam budaya diamalkan
K-kahwinilah dia kerana agamanya, bukan kerana harta dan kecantikan
A-Allah menghalalkan satu ikatan, usah dicari lagi yang diharamkan
H-hanya sabar elemen tambahan paling mujarab dalam memperkukuhkan ikatan.
W-wanita dan lelaki saling melengkapkan
I-inilah fitrah daripada Tuhan
N-nanti kita mendapat balasan dari setiap yang dilakukan
A-amanahlah kita sebagai insan~menegakkan kebaikan mencegah kemungkaran
N-natijahnya, bahagialah kita sebagai insan!

Pesanan Allah SWT
~"Wahai manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang menciptakan kamu.Pada diri kamu, Dia ciptakan pasangan.Dari kamu yang berpasangan, dikembang menjadi keturunan.Bertakwalah kepada Nya  yang dengan namaNya kamu sentiasa meminta;lalu peliharalah ikatan keluarga.Sesungguhnya Allah sentiasa mengawasimu"
(surah an Nisa':ayat 1)

Pesanan Rasulullah SAW
~"Perkahwinan adalah sunnahku.Sesiapa yang tidak suka mengikut sunnahku, maka dia bukanlah umatku".
(Ibn Majah)


Tuesday, November 20, 2012

layan novel AKHIR SEBUAH CINTA


PENULIS: SITI NUR DHUHA
TERBITAN : BUKU PRIMA
HARGA: RM 19.90

Aku baru je habis baca novel ni. Best!...Mula tengah melilau di POPULAR KB MALL, aku tercari-cari buku yang kalau beli tak rugi.So aku tengok buku ni ada tulis PALING LARIS dan ulang cetak sebanyak 10 kali! wow....mesti best ni..hehehe
Sinopsisi ikut kefahaman aku macam ni:
Rumah Mimi Atia telah dicerobohi oleh Tengku Khuzairi kerana Tengku Khuzairi di tuduh membunuh ayah sendiri.Tengku Khuzairi mengugut untuk mencederakan Mimi Atia jika dia tidak membenarkan Tengku Khuzairi menumpang rumahnya selama 2 bulan. Mereka berdua ni selalu je bergaduh, mcm2 insiden berlaku bila tinggal serumah. Kebetulan pulak Mimi Atia bekerja dengan Tengku Ezairy, Abang kepada Tengku Khuzairi.
Dipendekkan cerita, kedua-dua beradik ni jatuh cinta pada Mimi Atia .Mimi Atia ni sebenarnya suka dekat Tengku Khuzairi .Tengku Khuzairi pun suka juga tetapi ego tinggi. Mimi Atia terpaksa menerima cinta Tengku Ezairy kerana sakit hati dengan Tengku Khuzairi. 

boleh tak nk komen beberapa perkara..sebab aku rasa ada hak sebagai pembaca..
1) Nama watak dalam novel ni tergeliat dan terbelit lidah ak nk sebut,bayangkan lah anak beranak nama lebih kurang je-TENGKU EZAIRY, TENGKU KHUZAIRI dan nama bapa mereka adalah TENGKU HUFZAIRIEY..kalau watak orang kaya dalam novel mesti keturunan kerabat raja, perlu ke?huhu
2.) Yang paling tak best bila heroin kena rogol dengan Raja Irwan, sepupu tengku-tengku ni. Ase macam tak patut je cerita ni, mula-mula lagi dah jadi macam ni.
3)Pastu pasal pembunuhan ayah tengku-tengku ni, macam senang je settle..naik turun mahkamah kira dah lepas.Sepatutnya tambah lagi cerita membuktikan Tengku Khuzairi betul-betul tak bersalah.

Tapi novel ni ade sambungan taw..aku tak sempat baca lagi.Tajuk novel sambungan adalah HINGGA KE  AKHIRNYA...
dengar-dengar kata best juga sambungan dia nie, tak sabar nk p beli novel tersebut.

LAYAN NOVEL DALAM BUAIAN..INI NIKMAT DUK KAMPUNG.PERASAAN PUN TERBUAI-BUAI  BILA FEELING LEBIH LAYAN AKHIR SEBUAH CINTA






INDAH SUNGGUH NEGERI KELATE

KAWE BANGGO SEBAGAI ANOK KLATE

Betapa bangganya menjadi anak klate di negeri serambu mekah ini. Walau sejauh mana pun seseorang pergi berhijrah, negeri cik siti wan kembang tetap di hati..hehe..

Entah sudah berapa kali aku plan dengan kawan untuk melawat tempat bersejarah sekitar Kelantan ini, baru kali ini berkesempatan. Bukan tak pernah datang  melawat tapi tidak berkesempatan untuk menghayati nilai sejarah dan warisan  negeri. Sempatlah aku melawat Masjid Muhammadi dan Pintu Kota, Istana Balai Besar.

Masjid Muhammadi Kota Bharu merupakan persinggahan untuk solat Asar. Baru kali ini berkesempatan ambil gambar masjid penuh sejarah ini.Masjid ini menjadi pusat penyebaran ilmu agama yang masyhur di Nusantara sehingga negeri Kelantan dikenali sebagai SERAMBI MEKAH. Di sinilah beberapa ulama besar mengajar ilmu agama.Antaranya adalah  TUAN TABA (1840-1891). HAJI WAN KUTAN (1837-1912),TOK KENALI (1868-1933).

Berhampiran Masjid Muhammadi terletak pula Pintu Gerbang Istana Besar .
Di puncak pintu gerbang ini terdapat replika Al Quran yang menggambarkan kebesaran dan kemuliaan Al Quran.


Lepas je singgah tempat bersejarah ini, aku n kawan aku terus melencong ke PANTAI CAHAYA BULAN. Dah lama tak tengok laut...Rasa tenang dan damai je hati mendengar deruan ombak dan memijak pasir pantai umpama terapi kepada diri .

ni yang best sekali kalu datang sini, makan benda cucuk2 ni..hehe..ade bebola ikan, ketam dan udang


perlu ke gambar pasir ni..erm..perlu kot.tanda datang ke pantai..hahah

dapat main layang-layang dekat pantai sure best kan..angin sepoi2 bahasa bukan sahaja buat layang-layang terbang, tapi aku rsa diri aku pun boleh melayang..hahaha





Saturday, November 17, 2012

PRAY FOR GAZA






Di mana-mana orang bercerita tentang palestin, di facebook, di blog dan media massa. Aku pun tak terkecuali untuk update pasal kekejaman Israel di Palestin ini.

DON'T LOSE HOPE IN ALLAH ANSWERING YOUR DUA.EVER

Jangan lupa boikot produk Israel ni...

AIM 19


Malam semalam telah berlangsungnya kemuncak Anugerah Industri Muzik 19 (AIM19) yang diadakan di Shah Alam. Bertemakan Black & White Glam Glitz, AIM19 telahpun mengumumkan keseluruhan pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan. Berikut merupakan Keputusan Penuh Anugerah Industri Muzik 19 (AIM19).
  1. Artis Baru Terbaik - Mojo (Andai Ku Bercinta Lagi)
  2. Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki) - Jamal Abdillah (Bahagia Sementara)
  3. Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita) - Jaclyn Victor (Counting Days)
  4. Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu - Forteen (Seperti Dulu)
  5. Kulit Album Terbaik - Even Odds Sdn. Bhd. – MizzNina (Take Over)
  6. Rakaman Album Terbaik - Rahmad Ayob – Nora (Hikmah)
  7. Video Muzik Terbaik - Quek Shio Chuan – Yuna (Sparkle)
  8. Lagu Pop Etnik Terbaik - Kuasa Cinta (Edrie Hashim/Ahmad Fedtri Yahya) – Noraniza Idris
  9. Lagu Nasyid Terbaik - Doa (Gjie 6ixth Sense/Lukhman S) – Nora
  10. Lagu Rock Terbaik - Idola (Audi Mok/Dark) – Azlan & The Type Writer 
  11. Lagu Hip Hop Terbaik - Aku Maafkan Kamu (Malique/Jamal Abdillah/Tripdizs/Malique) – Jamal Abdillah & Malique
  12. Lagu Inggeris Tempatan Terbaik - Counting Days (Aubrey Suwito/Aubrey Suwito/Lin Li Zhen) – Jaclyn Victor
  13. Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan Oleh Artis Luar Negara - Sudah Cukup Sudah (Nirwana Band)
  14. Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu - Aubrey Suwito (Counting Days – Jaclyn Victor)
  15. Album Terbaik - SalamMusik (Salam – SalamMusik)
  16. Anugerah Kembara - Mizz Nina
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NUFFNANG

GuaBlog.com