Tuesday, November 20, 2012

layan novel AKHIR SEBUAH CINTA


PENULIS: SITI NUR DHUHA
TERBITAN : BUKU PRIMA
HARGA: RM 19.90

Aku baru je habis baca novel ni. Best!...Mula tengah melilau di POPULAR KB MALL, aku tercari-cari buku yang kalau beli tak rugi.So aku tengok buku ni ada tulis PALING LARIS dan ulang cetak sebanyak 10 kali! wow....mesti best ni..hehehe
Sinopsisi ikut kefahaman aku macam ni:
Rumah Mimi Atia telah dicerobohi oleh Tengku Khuzairi kerana Tengku Khuzairi di tuduh membunuh ayah sendiri.Tengku Khuzairi mengugut untuk mencederakan Mimi Atia jika dia tidak membenarkan Tengku Khuzairi menumpang rumahnya selama 2 bulan. Mereka berdua ni selalu je bergaduh, mcm2 insiden berlaku bila tinggal serumah. Kebetulan pulak Mimi Atia bekerja dengan Tengku Ezairy, Abang kepada Tengku Khuzairi.
Dipendekkan cerita, kedua-dua beradik ni jatuh cinta pada Mimi Atia .Mimi Atia ni sebenarnya suka dekat Tengku Khuzairi .Tengku Khuzairi pun suka juga tetapi ego tinggi. Mimi Atia terpaksa menerima cinta Tengku Ezairy kerana sakit hati dengan Tengku Khuzairi. 

boleh tak nk komen beberapa perkara..sebab aku rasa ada hak sebagai pembaca..
1) Nama watak dalam novel ni tergeliat dan terbelit lidah ak nk sebut,bayangkan lah anak beranak nama lebih kurang je-TENGKU EZAIRY, TENGKU KHUZAIRI dan nama bapa mereka adalah TENGKU HUFZAIRIEY..kalau watak orang kaya dalam novel mesti keturunan kerabat raja, perlu ke?huhu
2.) Yang paling tak best bila heroin kena rogol dengan Raja Irwan, sepupu tengku-tengku ni. Ase macam tak patut je cerita ni, mula-mula lagi dah jadi macam ni.
3)Pastu pasal pembunuhan ayah tengku-tengku ni, macam senang je settle..naik turun mahkamah kira dah lepas.Sepatutnya tambah lagi cerita membuktikan Tengku Khuzairi betul-betul tak bersalah.

Tapi novel ni ade sambungan taw..aku tak sempat baca lagi.Tajuk novel sambungan adalah HINGGA KE  AKHIRNYA...
dengar-dengar kata best juga sambungan dia nie, tak sabar nk p beli novel tersebut.

LAYAN NOVEL DALAM BUAIAN..INI NIKMAT DUK KAMPUNG.PERASAAN PUN TERBUAI-BUAI  BILA FEELING LEBIH LAYAN AKHIR SEBUAH CINTA






2 comments:

  1. Haha, biase la kak, cerita melayu, mesti la orang kaya nak yg kerabat2...
    baru nampak cam gah je :)

    ReplyDelete
  2. tp dunia sbnr xde org mcm tu..hehehe..klu ade pown satu dlm sejuta..tp best taw nvel ni.akak ulang baca 2 kali..hehe..berbaloi beli

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NUFFNANG

GuaBlog.com