Sunday, November 25, 2012

bubur asyura di bulan Muharam





Bulan Muharam  adalah bulan pertama dalam kalendar Hijrah.
Umat Islam dilarang berperang dalam bulan ini kecuali mereka diancam dan diugut.

Kata Nabi SAW, “Puasa yang paling afdal setelah puasa Ramadan ialah puasa di bulan ALLAH, al-Muharam. Solat yang paling afdal setelah solat yang difardukan adalah solat pada malam hari.” (Hadis Riwayat Muslim)

Di kampung aku tidak ketinggalan memeriahkan bulan Muharam ini dengan membuat bubur assyura.
Meriah sekali kerana ramai orang turun untuk menolong mengacau bubur ini. Aku tak lah mengacau bubur assyura ni, sebab ni sume kerja orang lelaki.Panas duk tepi kawah yang besar ni, tak tahan aku..huhhu.. tapi aku tolong bab di dapur seperti memarut kelapa, mengacau kerisik dan pergi kedai beli bekas untuk masukkan bubur assyura . Nanti nak kena agihkan kepada orang kampung.

antara bahan memasak bubur assyura

ma sedang menggoreng kerisik 
kerisik yang telah siap digoreng. Nanti akan dimasukkan dalam bubur assyura


budak-budak pun nak try kacau, tapi kejap je..tkut ade pulak jatuh dalam bubur tu...
Photo
bubur assyura yang dah masak diletakkan atas daun pisang dan bersedia untuk diagihkan


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NUFFNANG

GuaBlog.com