Penulis: SITI NUR DHUHA
Terbitan: BUKU PRIMA
Harga: RM 25.90
Muka surat:709 muka surat
Assalamualaikum ,salam penghulu segala hari...
Semalam pusing-pusing sekitar Pasir Mas, singgah sekejap di Syarikat Muda Osman (SMO) mencari novel sambungan dari novel AKHIR SEBUAH CINTA. Pening jugak nak cari sebab SMO baru renovate, jadi banyak rak yang masih belum tersusun. Cari punya cari jumpalah novel idaman hati iaitu HINGGA KE AKHIRNYA. Punyalah excited nak baca sampaikan tak kisah harga buku mencecah RM 26.00..
Sinopsis cerita mengikut kefahaman aku:
Setelah Mimi Atia dan Tengku Khuzairi berkahwin, Mimi Atia tidak dapat menerima suaminya walaupun suaminya telah berubah dan menjadi sangat penyayang. Ketika mereka hendak keluar, pasangan ini dikepung dan diculik oleh geng Raja Insyirah yang ingin membalas dendam untuk abangnya, Raja Irwan. Mimi Atia dan Tengku Khuzairi ditinggalkan di tengah hutan tebal. Pelbagai kejadian telah berlaku seperti diculik oleh orang yang tinggal di dalam hutan tersebut iaitu Angkasa dan Anggerik Wati. Raja Insyirah menyesal dan berusaha menyelamatkan kembali Mimi Atia dan Tengku Khuzairi.
Tapi, setelah baca hampir separuh buku, mula terasa menyesal..huhu..bagi aku, novel ni tak best macam novel pertama dulu (AKHIR SEBUAH CINTA).Pandangan peribadi aku, jalan cerita agak merapu-rapu dan ada yang tidak logik.Contohnya :
1) Tengku Khuzairi dan Mimi Atia tersesat dalam hutan tebal .Punyalah susah diorang nak keluar, tetapi senang ke Raja Insyirah datang selamatkan mereka.
2) Dalam hutan pula, sempat lagi bermadah bercinta sedangkan kalau ikut logik better fikir cara macam mane nak selamatkan diri dan keluar.
3)Satu lagi, keluarga Mimi Atia tak bimbang ke anak dia tak balik-balik , takde pulak tulis mereka nak report polis.Cuma Tengku Ezairy pada mulanya nak report polis, tapi membatalkan niat sebab dia bimbang ada pembabitan ahli kaum kerabatnya dalam penculikan adiknya.
Walau macam mana pun, SYABAS kepada penulis kerana berjaya menghasilkan novel penuh konflik dan suspen ni. Jujurnya aku pun tak mampu nak tulis, jangan kata novel, cerpen 2 helai pun tak terdaya.Jangan marah ye..hehe
No comments:
Post a Comment