Tajuk buku : HADIAH DARIPADA PENGANTIN
Penulis:Muzayyanah Abdullah
Terbitan: PTS Islamika Sdn Bhd
Aku rasa ini adalah hadiah paling sesuai kepada bakal pengantin.Selalunya orang bagi set pinggan la, alatan elektrik la tetapi aku rasa kalau sesiapa kawan aku kahwin nanti nak bagi hadiah sebuah buku.
Dari pembacaan aku terhadap buku yang tidaklah tebal mana, hanya 54 muka surat sahaja dan harganya di bawah RM10 je, tapi ilmu dalam buku ini sangat-sangat berbaloi.
Ini sedikit perkongsian hasil 'bedah buku' oleh aku..hehe
P-penyatuan jiwa dua insan
E-elemen cinta, kasih sayang diabadikan
R-rasmi agama diterapkan, resam budaya diamalkan
K-kahwinilah dia kerana agamanya, bukan kerana harta dan kecantikan
A-Allah menghalalkan satu ikatan, usah dicari lagi yang diharamkan
H-hanya sabar elemen tambahan paling mujarab dalam memperkukuhkan ikatan.
W-wanita dan lelaki saling melengkapkan
I-inilah fitrah daripada Tuhan
N-nanti kita mendapat balasan dari setiap yang dilakukan
A-amanahlah kita sebagai insan~menegakkan kebaikan mencegah kemungkaran
N-natijahnya, bahagialah kita sebagai insan!
Pesanan Allah SWT
~"Wahai manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang menciptakan kamu.Pada diri kamu, Dia ciptakan pasangan.Dari kamu yang berpasangan, dikembang menjadi keturunan.Bertakwalah kepada Nya yang dengan namaNya kamu sentiasa meminta;lalu peliharalah ikatan keluarga.Sesungguhnya Allah sentiasa mengawasimu"
(surah an Nisa':ayat 1)
Pesanan Rasulullah SAW
~"Perkahwinan adalah sunnahku.Sesiapa yang tidak suka mengikut sunnahku, maka dia bukanlah umatku".
(Ibn Majah)
No comments:
Post a Comment