Betapa bangganya menjadi anak klate di negeri serambu mekah ini. Walau sejauh mana pun seseorang pergi berhijrah, negeri cik siti wan kembang tetap di hati..hehe..
Entah sudah berapa kali aku plan dengan kawan untuk melawat tempat bersejarah sekitar Kelantan ini, baru kali ini berkesempatan. Bukan tak pernah datang melawat tapi tidak berkesempatan untuk menghayati nilai sejarah dan warisan negeri. Sempatlah aku melawat Masjid Muhammadi dan Pintu Kota, Istana Balai Besar.
Masjid Muhammadi Kota Bharu merupakan persinggahan untuk solat Asar. Baru kali ini berkesempatan ambil gambar masjid penuh sejarah ini.Masjid ini menjadi pusat penyebaran ilmu agama yang masyhur di Nusantara sehingga negeri Kelantan dikenali sebagai SERAMBI MEKAH. Di sinilah beberapa ulama besar mengajar ilmu agama.Antaranya adalah TUAN TABA (1840-1891). HAJI WAN KUTAN (1837-1912),TOK KENALI (1868-1933).
Berhampiran Masjid Muhammadi terletak pula Pintu Gerbang Istana Besar .
Di puncak pintu gerbang ini terdapat replika Al Quran yang menggambarkan kebesaran dan kemuliaan Al Quran.
Lepas je singgah tempat bersejarah ini, aku n kawan aku terus melencong ke PANTAI CAHAYA BULAN. Dah lama tak tengok laut...Rasa tenang dan damai je hati mendengar deruan ombak dan memijak pasir pantai umpama terapi kepada diri .
ni yang best sekali kalu datang sini, makan benda cucuk2 ni..hehe..ade bebola ikan, ketam dan udang |
perlu ke gambar pasir ni..erm..perlu kot.tanda datang ke pantai..hahah |
dapat main layang-layang dekat pantai sure best kan..angin sepoi2 bahasa bukan sahaja buat layang-layang terbang, tapi aku rsa diri aku pun boleh melayang..hahaha |
No comments:
Post a Comment