jam 7.45 pagi pelajaran dah mula,
cikgu mengajar murid terpinga-pinga,
kerana tak prepare tapi berjaga,
tonton perlawanan bola antara liga.
cikgu meeting kami happy gila,
siap menyanyi lagu delaila,
di atas lantai pun kami rela,
ada juga yang belajar sampai bersila,
takut cikgu berkhutbah berjela-jela.
10 minit lagi waktu makan,
belajar pun dah rasa tertekan,
rasa seperti duduk dalam sekam,
sampai di kantin semua nak terkam,
termasuk juga karipap dan lompat tikam.
lepas rehat rasa mengantuk,
cikgu mengajar kami tersengguk-sengguk,
ada juga yang terangguk-angguk,
sekali tengok macam burung pungguk.
cikgu tak masuk kami melepak,
di beranda bersama si putih melepak,
tapi be careful nanti kena sepak,
dengan siapa lagi kalau bukan dengan bapak,
silap hari bulan dihambat dengan kapak.
bila hampir time nak pulang,
kami menyanyi lagu pening dan pulangkan,
tapi cikgu tak beri peluang,
kami buat kerja sambil pikir jalan pulang,
bimbang kemarahan cikgu menjulang-julang.
loceng belum habis berbunyi lagi,
kami tutup buku angkat kaki,
ke mana lagi kalau bukan untuk lari,
dari cikgu dan kawan yang dilihat hari-hari.
No comments:
Post a Comment