Sunday, November 25, 2012

madah untuk pelajar

Pelajar,
datang sekolah untuk belajar,
bukan untuk tunjuk kurang ajar,
pada tenaga pelajar,
yang tak jemu-jemu mengajar.

Pelajar,
jangan pentingkan diri sendiri,
apabila sudah berdiri,
pandanglah kanan dan kiri,
kerana hidup tak selalunya berseri.

Pelajar,
di sini tidak diajar mengorat,
dan tidak juga untuk bertegang urat,
nanti tak pasal-pasal tersalah urat,
itulah padahnya belajar mengorat,
nanti ada pula jadi buaya darat.

Pelajar,
datang sekolah pakailah lencana,
takut juga kot-kot dapat bencana,
hingga berlari hingga ke pohon kencana,
ha...kan dah kena,
oleh cikgu disiplin yang bijaksana.


3 comments:

  1. wah nice..suka dengan madah ni..pandai sakura mengarang :)

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum wbt.

    manalah tahu, nasihat penuh berisi dalam puisi menjadi.

    ReplyDelete
  3. puteri kasih- time xde keje, n idea dtg mmg suka merangka2 untuk wt sajak..haha..klu tension gn budak2 bc je madah ni ..heehe

    ctpayong-wslm. idea dtg tanpa disekat,moga hdp memberi manfaat.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NUFFNANG

GuaBlog.com